Mutiara Hidup!!!











{28 Januari 2009}   BAB 1

Aku duduk menghadap cermin yang sudah pun aku bersihkan sebentar tadi. Wajahku tampak lebih jelas kini. Siapa sangka, teruna yang dulunya kurus kering bagaikan cicak kobeng kini boleh berubah menjadi tegap. Kacak juga aku sehingga dianggap sebagai jejaka idaman para gadis. Tetapi, aku bukanlah play boy untuk melayan mereka semua. Aku Hisham, insan biasa. Yang masih terpuji akhlak dan nilainya. Yang masih berpegang teguh nilai keagamaan dalam diriku.

     Zamarul Hisham bin Abdul Wahid, itulah nama penuhku. Namun, aku lebih senang dengan panggilan Sham. Romantik sikit… Aku anak tunggal, tiada adik mahupun abang untuk bertegang urat. Hanya umilah tempat aku mengadu. Ini kerana, ayahku sudah lama meninggalkan kami dua beranak kesepian. Apa nak buat, dia dah terlebih dahulu menerima seruan Illahi. Allah lebih menyayanginya. Itulah takdir. Kita tidak dapat menjangka apa yang telah ditakdirkan untuk kita. Aku masih ingat, ketika itu aku baru berusia 7 tahun, belum cukup matang. Namun, aku boleh memahami dan menerimanya. Syukur, aku masih ada umi.

     Aku dibesarkan oleh umi seorang diri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Aku manja dan…. kadang-kadang nakal juga, tapi bukanlah jahat. Berkat usahaku dan doa umi, maka aku berjaya menjejakkan kakiku ke Menara Gading. Umi bangga denganku… dan, aku bangga dengan umi. Jika bukan kerana umi, aku tidak pasti ke mana hala tujuku; entahkan hidup… entahkan tidak. Mungkinkah aku berada di Rumah Anak-Anak Yatim?

     Umilah yang memberi aku segala tunjuk ajar serta didikkan agama yang secukupnya. Percaya tak, kalau aku mengatakan bahawa aku bakal menjadi seorang doktor. Ya…. kini, aku sedang mengikuti jurusan Kedoktoran di Universiti Sains malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan. Dah tiga tahun aku menapak di sini. Rupanya aku dah jadi senior. Rasanya macam baru semalam aja aku mendaftar sebagai siswa tahun pertama. Dua tahun lagi tamatlah pengajianku. Begitu pantas masa berlalu pergi. “Masa itu Emas”. Aku mengakui kebenarannya. Setiap detik masa yang berlalu, aku hargai. Kerana masa itulah aku bertemu dengannya. Bertemu…. dan kemudiannya berpisah… Masing-masing menghilang diri. Apakah sudah mula wujud jurang di antara kami?

     “Woi, Sham! Hang ni tak pi kuliah ka? Dari tadi duk tengok cermin. Cheq taulah hang tu handsome. Tapi, tak kan hang nak melalak ja,” suara lantang Ghani menyebabkan aku tersentak, lantas menyedarkanku daripada lamunan. Terkejut gorila aku waktu tu. Malu pun ada.

     “Lah kau ni… terperanjat aku dibuatnya. Cubalah jangan jerit. Kejab lagi aku pergilah,” sambil tu aku mengurut dadaku. Nasib aku tak ada sakit jantung; kalau tak, alamatnya masuk Hospitallah. MAUT DISERGAH RAKAN SEBILIK. Itulah tajuk berita yang akan dipaparkan oleh semua saluran berita terkini.

      “Eh! Yang kau tu Ghani, mandi pun belum… apa ceritanya?” aku pula menyoal. Ghani teman sebilikku.

     “Cuti.” Balasnya pendek.

     “Cuti? Hai, kau ponteng ke…? Mana ada cuti hari ni? Nak kata birthday Sultan Kelantan, dah lepaslah pula. 30th March and 31st march last month, hari ni dah 12 Aprillah sayang oii,” terang Sham.

     “Hang ni pun satulah. Bukan cuti public tapi cuti sebab class batal noh. Pensyarah cheq ada hal mustahak sikit. Tulah sebabnya dapat cuti hari ni. Hang faham tak sekarang….,”sela Ghani.

     “Hmmmm,”sambutku ringkas. Malas nak bersoal jawab lagi dengan si Ghani tu.

     Aku bersiap sepantas belangkas. Kuliah Professor Hassan tidak pernah menjemukan dan aku juga tidak pernah sekali pun ponteng kuliah tersebut. Entahlah kenapa, sejak semenjak dua ni aku sentiasa teringatkan dia. Rindu ke aku kepadanya? Ahh… lupakan sahaja. Dah orang tak sudi. Apa gunanya nak rindu-rindu. Lagipun kami bukannya pasangan kekasih. Di saat perhubungan hampir terjalin, ribut pula yang melanda. Err… salahku juga.. yalah bak kata pepatah; ‘kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa’. Tulah pandai-pandai nak mengusik orang. Gurau tak bertempat. Tapi, aku tetap tidak berubah. Pantang ada kesempatan, pasti akan aku gunakan. Kenakalanku sudah sebati dengan diriku. Bagaikan saudara kembarku, cuma tidak bernyawa. Siapa yang tak pernah kena denganku? Kalau tanya umi, mesti dia cakap orang pertama yang sabar dengan kerenah aku semestinya umi sendirilah. Aku memang tak pilih orang. Siapa-siapa pun jadilah. Asalkan aku kenal walaupun tak bertegur sapa.

     “Zamarul Hisham…!”

     “Zamarul Hisham…!”

     “Zamarul Hisham Bin Abdul Wahid….!!!!” pekik Professor Hassan. Sumpah, tak pernah aku dengar Professor Hassan berteriak sebegitu. First time in my life I heard Professor Hassan shouting like hell. Mungkin agak lama juga dia memanggilku. Aku dah jadi pekak badaklah pula. Tak boleh jadi ni.

     “Arg…. ya????” Aku terpaku sejenak. Jelas diwajahku menunjukkan aku sedang beranggan-anggan sebentar tadi. Segera aku kembali ke bumi nyata. Aku bagaikan baru terjaga daripada lena. Malu… teramat sangat. Panas mukaku ketika itu. Tak payah nak tuang minyak mendidih.

     “Aikk… mimpi di siang hari ke? Ingat kat bidadari kayangan mana pula ni?” usik Professor Hassan. Ingatkan dia nak marah. Prof. Hassan memang begitu. Sporting. Mungkin itulah punca utama kenapa para siswazah suka sangat akan beliau.

     “Tak adalah Tuan Prof,” aku cuba berdalih. Satu dewan gelakkan aku. Suasana menjadi gamat. Macam kat pasar malam pula. Masing-masing sibuk bersembang. Mengata akulah tu. Aku memang patut kena pun. Macam tak biasa pula dengan situasi itu. Aku pun sama juga macam mereka yang lain. Dah terkena diri sendiri baru tahu.

     “Hai, kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang? Ya tak kawan-kawan?”

     “Betul tu, Tuan Prof,” sokong Ismail, course mate aku. Memang nak kena Ismail ni. Pandai-pandai pula nak menyibuk. Nilah dia contoh ‘kawan makan kawan’. Bukannya nak bantu aku yang tengah mengelupar nak jawab pertanyaan Prof. Hassan. Kenakan aku lagi adalah. Malang betul nasib. Apa nak buat, dah nasib badan…

“Hah, Sham. Saya panggil awak tiga kalipun boleh tak dengar lagi atau mungkin speaker utama rosak kot? Hmmm, pandai pula tu nak tipu saya. Kata tak mimpi… Kalau betul tak melayang fikiran tu tadi, meh sini jawab soalan saya. Apa yang saya explain tadi…” sindiran Professor Hassan makin menjadi-jadi. Aku kematian akal lantas segera membatukan diri. Selalunya aku yang mengusik orang, hari ini aku pula yang dijadikan bahan gurauan. Biarkanlah…. asalkan semua orang gembira. Wajah kacakku merona merah. Nampak jelas pula tu.

     “Hah Sham! Kenapa diam je? Ni sebab tak de idea ke atau ada sebab-sebab tersirat?” Aku yakin; Professor Hassan tidak akan melepaskan aku selagi perkara sebenar tidak dia cungkilkan daripada aku. Namun aku sudah bertekad tidak akan bocorkan rahsia hatiku kepada sesiapa pun. Termasuklah umiku yang tersayang. Aku tak nak dikatakan bertepuk sebelah tangan, padahal aku tak tahu isi hati gadis idamanku itu. Biarlah aku tanamkan kukuh di dalam jiwa mudaku ini. Cinta pertama tak bisa dilupakan. Tak kisahlah walaupun syok sendiri.

     “Tak de apa-apa Tuan Prof. Saya okey je. Tadi tu tersilap. Sebenarnya saya menggantuk,” begitu lancar aku membohongi Professor Hassan. Aku tiada pilihan lain. Terpaksa. Kalau tak… tak senang duduk Professor Hassan. Asyik nak tahu jawapan.

     “Silap?”

     “Ya,” jawabku ringkas.

     “Yalah. Saya pun tak nak tanya banyak sangat kat awak tu. Tapi… mana boleh tersilap kan??? Memang dah nampak jelas sangat yang awak tu tengah dilamun sakit angau yang berterusan. Cepat berubat tau. Tak boleh dibiarkan begitu sahaja. Melarat nanti. Dahlah… yang lain-lain cukup jangan kenakan kawan kamu lagi. Menangis pula dia nanti. Jom, kita teruskan pelajaran kita. Nanti tak sempat habis silibus pula. Hal Hisham ni lupakan dulu. Lepas ni kalau ada siapa-siapa yang nak tahu in-details jumpalah Sham. Manalah tahu dia akan bagitahu awak siapa yang bertakhta di hatinya sampaikan dia dah mula tak sedar diri. Tapi, nanti jangan rahsiakan daripada saya pula. Cepat-cepat datang khabar kat saya tau. Kalau tak jumpa saya kat bilik just make a call to my phone. Tak pun mail saya. Sure saya akan reply on the spot,” kata Professor Hassan sambil tersenyum menyenget. Mengejek akulah tu.

All right Prof. Kami menjunjung perintah Prof.” Siapa pula yang menjawab ni? Nanti aku siku kepala budak yang sibuk support tu.

Aku dah betul-betul malu. Hai, kenapalah aku boleh termenung panjang ketika berada di dalam kuliah Prof. Hassan? Bukan ke aku sudah sedia maklum dengan perangai Prof. Hassan yang suka mengusik tu. Sama je macam perangai aku sebenarnya. Bila sendiri dah terkena baru tahu. Mesti perkara ini akan menjadi isu buat beberapa minggu lagi. Prof. Hassan selagi tidak mendapat idea baru, tak senang duduk lagaknya. Aku kenalah tahan dengan kerenah beliau kerana silapku juga. Siapa suruh gatal-gatal mengelamun diri teringatkan kekasih jauhari. Lain kali kalau nak juga termimpi-mimpi di siang hari, agak-agaklah tempatnya sikit. Cari yang sesuai. Macam taman ke, bilik tidur ke, bilik mandi ke… tak pun kat library pun boleh. Bukan orang akan ganggu pun. Aku bertaubat ni. Lain kali kena hati-hati sikit. Biarlah pecah di perut, jangan pecah di mulut. Aku ni takut juga dengan diriku sendiri. Takut ter… terpecah rahsiaku sendiri yang aku jaga sejak dulu lagi. Manalah tahu secara tak sengaja aku terkhabar. Tak boleh jadi ni.. Aku kena jaga-jaga mulai dari saat ini. Bukan hanya dengan Prof. Hassan tapi juga terhadap sahabat-sahabatku yang memang suka sangat jaga tepi kain orang.

     Aku bertambah-tambah malu jadinya apabila kejadian di dalam kelas Prof. Hassan tersebar meluas di kalangan pensyarah-pensyarah fakulti perubatan. Tebal dah kulit muka aku. Mana sahaja aku pergi mesti mendapat perhatian umum. Aku akan ditahan oleh para pensyarah. Lenguh dah mulut aku nak terangkan satu persatu. Patutnya aku kena record kejadian tadi tu dalam handphone aku. Senang sikit. Kalau aku ditahan bolehlah aku mainkan video clip tersebut. Tak payahlah terangkan panjang-panjang. Tak senang aku. Punggung pun dah jadi panas. Itulah susahnya kalau jadi best student. Macam manalah pula kalau room mate dan kawan-kawan aku dapat tahu benda ni? Mampus aku dek dikerjakan oleh mereka.



{28 Januari 2009}   BAB 2

     “Jom,” Ghani mengajakku.

     “Mana?” aku menyoal kembali untuk mendapatkan kepastian.

     “Cafelah. Mana lagi cheq nak ajak hang pi. Hang puasa ka? Tak nak makan…? atau hang tak lapaq, noh?” Tanpa banyak bicara, aku mengekorinya. Kalau tak macam-macam si Ghani ni akan tanya. Kadang-kadang tu menyakitkan hati pun ada. Tapi, aku tak pernah marah atau tersinggung. Kerana aku tahu Ghani hanya sekadar bergurau. Bukan itu sahaja, Ghani ni seorang yang bertimbang rasa dan suka mengambil berat terhadap sahabat disekelilingnya. Walaupun kami baru 3 tahun kenal, namun kami saling faham-memahami antara satu sama lain. Biasanya, selepas makan aku akan lepak, berborak-borak dan bergurau-senda dengan member-memberku di cafe; tetapi hari ini aku beredar sejurus nasi di pinggan aku lahap sehabis-habisnya. Aku tak tahu apa yang menganggu aku sampai aku mula lupa diri dan kawan-kawanku. Sebelum ni aku elok je… Cuma sejak 2-3 bulan lepas semacam perasaan mula wujud menusuk-nusuk dada bidangku. Sekembalinya aku ke bilik, fikiranku melayang semula sehinggakan kehadiran Mat tidak aku sedari. Aku ditenunginya. Lama juga. Cuitannya akhirnya membuat aku tersedar. Aku segera menghadiahkan senyuman buat Mat. Ikhlas….!

     “Sham, tanya sikit boleh? Jangan marah ya.” Begitulah kawan baik aku memulakan bicara tak romatisnya. Dia memang selalunya banyak pertanyaan; yang pelik-pelik pula tu. Biasanya aku kurang faham dengan persoalannya sehingga menyebabkan aku terpaksa bertanya kembali. Dah banyak kali juga aku nasihatkan dia supaya jangan tanya benda yang bukan-bukan. Tapi jawapannya membuat aku tertunduk. Mudah saja madahnya, “ malu bertanya sesat jalan”. Padahal tak ada kena-mengena ungkapan tersebut dengan apa yang aku kata. Kawan aku pun macam aku juga. Otak tak betul. Kenalah sekali-sekala aku mengaku juga perkara yang sebenarnya.

     “What’s up? Bila masa pula aku pernah marah kat kau. Come on. You are my best friend. Kau boleh soal aku, marah aku… because you have the rights. Tapi janganlah sampai kau belasah aku pula. Tak tahan badan beb,” aku menjelaskan kepadanya. Mat kawan baikku sejak form 5. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya.

     “Sampai ke situ pula kau ni. Aku just nak tanya kau, kenapa dengan kau?”

     “Kenapa apa pula?” tanyaku balik. Pelik dengan soalan Mat. Cara pandangan matanya juga berbeza dari sebelum ni. Pelik! Pelik! Macam ada yang tak kena je. Aku ada buat salah ke? Setahu aku taklah pula.

     “Kau ada problem ke? Sejak kebelakangan ni aku tengok kau suka sangat duduk bersendirian. Kau tak pernah macam ni. Demi Allah… aku risau tengok kau. Yalah, takut kawan aku ni kena sampuk orang bunian pula… Aku tak kisah kalau kau nak share problem kau dengan aku. Yalah kan… kalau ada mana-mana yang boleh aku bantu, Insya-Allah akan aku tolong. Kau tu aku kenal bukan sehari dua. Dah lama juga,” luah Mat semata-mata untuk meyakinkan aku bahawa dia sentiasa bersedia untuk membantu aku sekiranya aku memerlukannya.

     Ingatkan apa benda. Rupanya nak tanya masalah aku. “Terima kasih Mat. Kaulah sahabat aku hingga akhirat. Aku sebenarnya tak apa-apa. Maaf sebab kelakuanku menyebabkan kau risau. Mungkin rindu kat umi,” bohongku. Sebenarnya, aku sendiri pun tidak pasti apa puncanya aku jadi begini. Kesianlah pula sahabatku yang seorang ni, buat dia risau tak tentu pasal aja. Yalah, perubahan aku ni pun ketara sangat. Dah cuba sorok tapi tak dapat. Macam tulah orang sakit jiwa. Tak senang duduk. Punggung macam ada bisul aja.

     “Kalau dah rindu kenapa tak call je,” ternyata Mat kurang yakin dengan penjelasan yang aku berikan sebentar tadi. Nampak sangatlah tu aku menipu. Tipu sunat. Kadang-kadang apa salahnya. Bukannya aku berniat jahat.

     “Tak kan kau lupa kot. Telefon rumah aku kan rosak. Macam mana nak call?” alasan yang cukup munasabah. Terpaksa aku gunakan untuk selamatkan diri daripada tembakkan pertanyaan bertubi-tubi oleh Mat. Tak mampu aku nak jawab. Dia tu pandai korek rahsia. Sama je perangai macam umi aku yang sorang tu.

     “Kau kan ada handset. Kenapa mak kau tak call kau…?

     “Sebenarnya aku yang pesan kat umi dulu, jangan call aku.”

     “Ahhh… Kenapa pula?” Mat kembali bertanya kepadaku.

     “Busy punya pasal.”

Busy? Kau ni macam-macamlah.” Aku tersengeh meleret sebelum meneruskan kata-kataku.

“Ya. Biasanya aku just buat macam two second call. Then, umi akan call aku balik. Sebabnya, dapatlah aku jimatkan sikit credit dalam phone aku. So, sekarang ni macam mana umi nak tahu yang aku free ke tak?” panjang lebar aku memberi penerangan. Entah betul entah tidak apa yang aku terangkan.         

“Kau tak de alternatif  lain ke Sham? Mana tau kau boleh hubungi jiran terdekat ke? Atau tak pun may be boleh call office mak kau.”

“Tak nak susahkan orang lainlah, Mat. Tak baik. Lagipun jiran aku tu busy memanjang. Maklumlah usahawan yang baru nak menempah nama. Takkan aku nak sibukkan lagi mereka tu. Berkenaan ngan office umi… Lagilah dua kali lima. Busy gak. Kalau tak mesti aku dah call.” Fuh! Dapat juga alasan. Teror juga aku dalam bab kelentong orang.

“Emmm…. Hah! Aku ada idea. Why not kau tulis surat je. Warkah buat bonda tersayang. Sekali sekala mesti seronok umi kau terima surat kan…,” Mat memberi cadangan yang bernas juga aku kira. Boleh pakai juga idea budak ni… Otak dia taklah lembab mana. Apa punya kawanlah aku ni. Sanggup mengata dia. Daripada layan si Mat ni, ada baiknya kalau aku memulakan mengarang surat.

Good idea my friend. Biar aku duk tulis surat dulu. Nanti kita sembang.”

  Zamarul Hisham,

USM.

                                                                                                         

Kehadapan bonda yang dirindui, dikasihi dan disanjung tinggi; apa khabar bonda di sana? Semoga bonda sihat sejahtera. Alhamdullilah, anakanda disini sihat walafiat tanpa sebarang cacat celanya. Terlebih dahulu anakanda ingin memohon keampunan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kerana tidak pernah pulang kepangkuan bonda semenjak tiga tahun pengajian anakanda di sini.

 

Bonda kan sudah sedia maklum bahawa anakanda terpaksa bekerja sepanjang cuti semester. Ini bukanlah kerana anakanda kekurangan wang tetapi sebaliknya anakanda ingin membeli bahan rujukkan tambahan. Bonda tidak perlu risau kerana segala-galanya disini terancang dengan rapi. Bonda juga janganlah susahkan diri untuk mencari wang buat bekalan anakanda. Izinkanlah anakanda berdikari sedikit. Dah besar panjang pun. Tak kan masih nak mengharapkan bonda seorang. Lagipun bonda juga yang mengajar anakanda untuk tidak mengharapkan bantuan kewangan daripada sesiapa pun termasuk saudara terdekat. Jangan marah ya bonda. Anakanda tahu bonda mesti gembira mendengar anakanda masih berpegang kepada janji. Lagipun kerja anakanda disini taklah berat sangat. Hanya bertugas sebagai pembantu makmal komputer. Sekurang-kurangnya kelapangan anakanda terisi dengan kerja-kerja yang berfaedah.

 

Bonda, para pensyarah anakanda juga baik-baik belaka. Mereka sering membimbing anakanda ke jalan yang benar, yang diberkati Allah. Jadi, bonda usahlah khuatir dan doakanlah kejayaan anakanda agar anakanda berjaya menjadi seorang Doktor lepas tamat pengajian nanti. Ini bukan sahaja cita-cita anakanda tetapi juga impian ayahanda. Tak sanggup anakanda memusnahkan impian ayahanda. Doa-doakanlah ya bonda. Dan bonda jangan lupa pula janji bonda pada anakanda ni. Ingat lagi kan bonda? Bonda janji untuk menunaikan umrah bersama dengan anakanda. Jadi nantikanlah kedatangan anakanda ya.

 

Bonda, anakanda rindu teramat sangat pada bonda. Macam mana agaknya bonda sekarang ya? Mesti bertambah anggun. Bonda memang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Bonda tetap yang teristimewa. Jagalah diri bonda baik-baik. Kesihatan bonda lebih penting buat anakanda. Anakanda sentiasa ingin melihat bonda tersenyum manis. Bukan itu sahaja, malahan anakanda ingin berkongsi saat kegembiraan anakanda bersama bonda kerana hanya bonda seorang sahajalah tempat untuk anakanda bermesra. Tiada pertalian lain. Sebab itulah anakanda katakan yang bonda tetap merupakan insan yang teristimewa buat anakanda.

 

Baiklah bonda, sampai sini sahajalah yang dapat anakanda coretkan buat tatapan bonda. Sehingga berjumpa lagi secepat mungkin. Bonda, sekiranya talian telah pulih seperti sedia kala jangan lupa untuk maklumkan pada anakanda. Sayang bonda. Wassalam.

 

p/s: Umi, tolong jaga diri umi untuk Sham ya. Makan ikut waktu.  Jangan ponteng pula. Umi, ambil makanan yang berkhasiat. Umi mesti kena jadi wanita paling anggun ok. Janji ya umi… Love you umi!!! Miss you umi!!! Ummaaaaaaaaahhhhhhhhhhhh…. Rindu umi….

 

With Lot of Love,

                                                                           -Sham-



{28 Januari 2009}   BAB 3

Pagi-pagi lagi aku ke pejabat pos berhampiran. Aku membuat kiriman pos laju; niatku semata-mata untuk segera umi menerima suratku. Esok…. lusa pasti pak posmen ke rumah.

     “Hai, dah tak nampak orang ke?” tiba-tiba aku disapa oleh Alia, teman sekuliah. Gadis yang terkenal dengan sikap manjanya.

     “Opsss… sorry saya tak perasan tadi. Sorang je ke?” tanyaku sambil mataku mencari-cari kelibat seseorang.

     “Habis tu? Tak kan nak bawa sepuluh orang kot,” jerit Alia. Tajam sungguh bunyi nada suara Alia. Aku menjadi serba-salah. Aikkkk… aku tanya apa-apa yang salah ke? Rasanya tak…

     “Tak delah…. Amir tak ikut sama ke? Biasanya awak berdua bagaikan burung merpati sejoli, tak pernah berenggang biar pun seketika. Kehulu kehilir mesti bersama. Tu tanya nya…,” aku melihat Alia mencebik bibirnya. Merah membara mukanya. Terasalah tu…

     “Eh… awak tu!!! Ingat orang ni tergila-gilakan sangat ke kat awak. Jangan nak perasanlah ya. Lagi lawa mamak kat Subaidah tu,” tengking Alia. Tiba-tiba je si Alia naik berang. Marah sangat. Aku pula tak habis-habis di jelingnya. Bagaikan singa betina kelaparanlah pula lagaknya. Macam tak sabar-sabar nak baham mangsa. Cuma tunggu masa. Aku ni nampak macam ayam panggang kot kat depan mata dia. Aku pelik. Bila masanya aku kata yang dia tergila-gilakan aku. Nak kena budak ni. Pandai-pandai fitnah orang. Gila!

     “Cik Alia woi, kenapa marah-marah ni? Saya tak kata apa-apa yang salah pun. Awak pula tiba-tiba melenting tak tentu pasal. Ingat kalau awak menjerit, saya akan dipersalahkan? Tolonglah! Lagi satu, saya tak kata pun yang awak tu nak kat saya. Setahu saya…. saya hanya tanyakan Amir. Lagipun, awak dan Amir memang selalu bersama pun kan? Saya tahu awak tak tergila-gilakan saya. Dan…. saya pun tak pernah nak tergila-gilakan awak. Tak ingin pun walau awak tawar saya harta-kekayaan sekali pun. Harap ada rupa je tak de gunanya kalau budi bahasa tak ada. Maaflah kalau saya terkasar. Saya juga sedar saya ni taklah sehandsome mana,” lontarku.

Seterusnya, aku mengorak langkah beredar dari situ. Malas aku nak layan si Alia tu. Entah apa nak jadi dengan dia. Tuduh orang tak tentu pasal. Tapi, mesti dia tersinggung dengan kata-kataku. Ringkas, tapi pedas bagaikan cili padi. Aku tak nafikan Alia memang cantik orangnya. Siapa yang melihatnya pasti nak cuba nasib. Seksi pun seksi…. Emmm…. boleh mengiurkan iman lelaki yang memandangnya. But what to do… she is not my taste. Hanya seorang sahaja yang berjaya menambat hatiku. Tatkala mengingatinya, sajak bermain dijiwa. Ciptaanku khas buatnya yang entah menghilang ke mana… entah bagaimana keadaan dia sekarang. Melanjutkan pelajaran atau tak pun mungkin dah kahwin kot. Siapa agaknya jejaka bertuah tu? Kan best kalau aku…

 

“Sekiranya,

Aku dihadiahi sepasang sayap,

Akan aku terbang ke langit,

Mencari puteri pujaan,

Yang tidak pernah lesap,

Dari ingatan,

Mahupun…

Hati kecilku ini;

 

Begitu perit terasa diri,

Bila rindu melanda jiwa,

Ekoran kehilangan gadis sunti,

Yang pernah bertakhta di hati;

 

Kau akan sentiasa aku pujai,

Dan…

Aku amat pasti,

Suatu hari nanti,

Kau akan kembali,

Mewarnai diriku ini,

Yang masih setia menanti…”

 

     “Woi!” Jeritan yang cukup kuat hinggap di cuping telingaku. Rasa macam nak pecahlah pula gegendang telingaku. Nasib tak ada titisan darah merah merembes keluar dari celah-celah telinga aku. Tapi, memang telinga aku dah naik panas.

Terperanjat aku. Asal je aku mengelamun, mesti ada-ada je gangguan. Tak suka nak tengok orang senang sikit. Kat kelas, lecturer ganggu… kat dalam bilik, room mate pula yang ganggu. Nasib aku kurang baik betullah. Memang aku dah agak. Siapa lagi kalau bukan si Amir. Datang nak bela si Alia lah tu. Dia tu pun sama je. Nak jadi pak turut pula. Walaupun begitu, Amir seorang lelaki yang bertanggungjawab. Aku tak sanggup kehilangan pertalian persahabatan dengannya.

“Amir… apa hal?” hanya itu yang aku mampu ucapkan; kerana aku tahu Amir tengah marah. Mukanya mencuka. Silap langkah, pecah kepalalah aku ni alamatnya.

“Dah buat pura-pura tanya pula. Awak ingat awak tu sapa, hero ke?” herdik Amir.

“Bawa mengucap Mir… aku tak bersalah. Janganlah kau terpekik-pekik macam ni. Malulah sikit orang semua tengok,” aku menasihatinya. Lembut tetapi tegas.

“Tak payah awak nak ajar saya. Apa awak cakap pada Alia? Awak jaga sikit; pandai-pandai buat mak we orang menangis.” Sekali lagi Amir meradang. Ganas juga muka dia time tu.

“Mir, aku tak kata apa-apa yang salah. Pada mulanya aku hanya bertanyakan kau. Tapi Alia yang tiba-tiba tengking dan menuduh yang bukan-bukan. Percayalah. You know me well right…? It’s up to you to believe it or not. Anyway, i’m really sorry if i have hurt Alia in any ways. Janganlah di perbesarkan perkara yang kecil hingga boleh menjejaskan ikatan persahabatan kita. Aku pergi dulu,” lantas aku bergerak ke hadapan. Amir kelihatan terpinga-pinga. Aku sempat menoleh, bertentang mata dengan Amir.

“Ingat tak Mir; bulan lepas sketsa yang kau lakonkan. Mungkin kau lupa. Tapi, aku ingat lagi apa yang kau kata. Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang molek itu budi dan yang indah itu bahasa. Rasanya kau faham apa yang aku maksudkan.” Langkahku dipercepatkan, bukan kerana takut. Motifku untuk elak pergaduhan sesama rakan. Umi selalu berpesan agar aku tidak berdebat dengan sesiapa pun. Biar tidak berkawan asalkan tidak bermusuhan.

“Sham… tunggu jab. Aku… aku minta maaf. Patutnya aku tak besarkan hal ini. Lagipun ia antara kau dengan Alia. Sorry ya… aku mengamuk tak tentu pasal. Hati aku jadi cair lepas tengok air mata Alia sampai hampir bertindak bodoh.” Syukurlah akhirnya sahabatku Amir memahamiku. Aku risau juga kalau-kalau aku kehilangan sahabat seperti Amir, walaupun perkenalan kami tidaklah selama mana. Tapi, kami rapat. Persahabatan yang terjalin antara kami ikhlas. Tidak pernah mengenal harta-kekayaan mahupun pangkat.

“Tak pelah, Mir. Just forget it. We move as usual.” Aku ikhlas mengatakannya. Lagipun bukan salah Amir. Dia terlalu mencintai Alia sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi Alia asal cinta dia berbalas.

“Terima kasih, Sham. Aku juga minta maaf atas sikap kasar Alia terhadap kau. Dia tu anak manja. Sebab tu tak terkawal sikapnya. Panas baran, mudah tersinggung dan cepat merajuk. Aku akan cuba bercakap ngan dia sebaik mungkin.”

“Aku tak terasa pun, Mir. Aku tahu. Kau jangan bimbang. Aku takkan salahkan kau. Dahlah, tak payah ungkit hal yang lepas. Ada baiknya kita lupakan aja. Perkara remeh. Buat apa besar-besarkan. No use.” Selesai aku berkata-kata, aku lihat Amir mengangguk-anggukkan kepalanya, mengiakan luahanku sebentar tadi. Kesian Amir. Dia terlalu menaruh kepercayaan terhadap kekasih hatinya, Alia Shahidah. Moga-moga penantiannya nanti membuahkan hasil kerana aku tahu Alia bermain kayu tiga di belakang Amir. Aku hairan juga… macam manalah Amir boleh tak tahu padahal satu campus tahu mengenai perkara tersebut. Cinta itu buta! Mungkin ada betulnya.

Aku paling-paling tak sangkanya macam mana Alia menjadi pilihan hati Amir. Padahal dia bukan gadis idaman Amir. Kalau tak silap aku, Amir pernah beritahu aku yang dia sukakan gadis yang bertudung, yang tutup aurat dan murah dengan senyuman yang merupakan sedekah. Dia paling benci gadis yang menonjolkan tubuh badan buat tatapan umum. Apa gunanya maruah jika diperdagangkan? Itulah yang diluahkan olehnya suatu masa dulu. Tapi, sekarang…? Dia telah jatuh cinta pada seorang gadis yang tiada walau satu pun ciri-ciri yang Amir harapkan. Itulah manusia. Mudah berubah.

Aku meneruskan perjalanan ke hostel. Terpaksa jalan kaki sebab motor aku rosak tetiba je. Malam nanti baru nak bawa ke kedai motor berdekatan sebab lepas ni aku ada kuliah penting. So, kenalah balik bilik dulu. Salin baju. Takkan nak pergi kuliah pakai track-suit. Aku bukannya nak pergi latihan sukan. Nanti kena terajang keluar dari dewan kuliah pula. Dahlah aku baru je lepas insiden memalukan gara-gara mengelamun. Nanti tambah dalam sejarah ‘Zamarul Hisham- dean list’ kena halau kerana tidak menepati etika pakaian. Tak pernah dean list alami masalah seperti itu. Pecah record kebangsaan era baru. Hilang kriteria sebagai seorang doktor.



{28 Januari 2009}   BAB 4

Aku mengeliat malas. Alamak! Aku terlupa untuk sediakan pakaian yang sesuai umtuk aku kenakan. Hari ini merupakan hari ulang tahun fakultiku. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk memakai sut berwarna hitam. Nampak kemas sikit bila dipadankan dengan tali leher. Nasib baik aku awal sampai. Majlis bermula tepat seperti yang di rancangkan, jam 9.00 pagi. Kalau aku lambat tadi buat malu je. Mesti semua mata akan memandang tepat ke arahku. Terfamous pula nanti.

     Tanpa diduga, aku telah dijemput oleh Ahli Jawatankuasa Majlis (AJK) untuk memberikan sedikit tips kejayaan kepada para siswazah yang hadir. Ini adalah kerana aku telah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang, jurusan kedoktoran enam semester berturut-turut. Pelbagai jenis soalan diajukan kepadaku. Semuanya aku jawab dengan jujur.

     “Bagaimana caranya saudara Hisham belajar hingga boleh mencapai Dean List setiap semester?” tanya seorang siswi tahun pertama. Soalan yang memang dah pun aku agak.

     “Bagaimana saya belajar? Emmm… sama sahaja seperti anda semua. Sebenarnya, tiada cara yang khusus atau berbeza bagi pelajar cemerlang mahupun pelajar biasa. Apa yang membezakannya adalah ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang itu. Pelajar yang cemerlang mempunyai ciri-ciri yang cemerlang. Jika anda semua ingin menjadi cemerlang, tanamkan ciri-ciri tersebut di dalam jiwa anda dan praktikannya. Itu yang paling penting. Nescaya anda akan berjaya. Antara yang saya maksudkan:

    ·        Taat kepada Allah dan mendirikan sembahyang (lima waktu)

    ·        Hormati ibu bapa, guru/pensyarah, orang yang lebih tua.

    ·        Bermotivasi tinggi, bersungguh-sungguh, jujur.

    ·        Mahir mengenai kaedah belajar.

    ·        Cinta pada setiap ‘subjek’

    ·        Bersedia bantu kawan

    ·        Sentiasa berdoa, bersyukur dan bertawakkal.

Inilah ciri-ciri yang perlu ada dalam setiap diri pelajar, tidak kiralah pelajar sekolah rendah, menengah mahupun para siswazah seperti kita semua. Yakinlah bahawa kita semua sebenarnya pelajar cemerlang. Itulah sebabnya kita berada disini. Selagi kita hidup, selagi itulah perjuangan tidak akan tamat.” Petua pelajar cemerlang yang disediakan oleh Tuan Haji Mohd Hanim Tahir banyak membantuku. Begitu juga dengan seminar yang cukup memberangsangkan daripada Dr. Shukri Abdullah.

      “Yang Berjaya Tak Semestinya Yang Paling

             Bijak tetapi Semestinya Yang

                     Paling Rajin „

Ini adalah untuk renungan bersama oleh kita semua, pelajar cemerlang oleh Dr. Shukri Abdullah;

Sabda Nabi Muhammad S.A.W;

“siapa yang ingin melihat orang yang dimerdekakan Allah, dari neraka, maka lihatlah pada murid-murid, maka demi Allah yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, tiada seorang pelajar yang pergi balik ke pintu guru melainkan Allah menulis untuknya bagi setiap huruf yang dipelajari sama dengan ibadat satu tahun dan untuk tiap langkah satu kota di syurga dan tiap ia berjalan dimintakan ampun oleh bumi dan tiap pagi dan petang tetap diampunkan dosanya dan disaksikan oleh malaikat bahkan mereka berkata: mereka inilah yang dimerdekakan oleh Allah dari Api Neraka.”

Penceramah atau seminar hanya bertujuan memberikan kata-kata semangat kepada kita dan ianya hanya akan berfaedah sekiranya kita amalkannya. Ingatlah, apa yang anda lakukan hari ini akan mencorakkan masa depan anda buat selama-lamanya. Akhir kata, andalah yang akan menentukan kejayaan diri sendiri, bukannya orang lain. Jadilah guru untuk diri sendiri. Bimbing ke arah kemenangan. Nescaya akan berjaya juga nanti.” Begitu bersemangat aku berkongsi kejayaanku dengan rakan-rakan seperjuang yang lain. Bagi aku, kalau dah digenggam bara api tu, biarlah sampai jadi arang. Jangan mudah berputus asa. Berusaha! Berusaha! Dan Berusaha!!!

“Saudara Hisham praktik tak semua ni?”

“Saudari rasa?” soalku kembali.

“Praktik kot.”

“Tak de kot-kot. Saya memang praktikkan semua ni. Lagi satu…. saya suka menjadi cikgu untuk diri saya sendiri. Cubalah ajar diri sendiri. Mesti boleh faham punya.”

     “Bagaimana kalau kami tak berjaya?”

     “Jangan lemah semangat. Cuba lagi. Biasanya kegagalan akan mengajar kita untuk menemui jalan kejayaan. Percayalah. Ada soalan lagi?”

     “Hmmm… Tak de. Tu jelah. Thanks.

     Setelah selesai berucap, aku kembali semula ke tempat dudukku. Satu tepukkan gemuruh dihadiahkan kepadaku. Majlis kemudiannya disudahi dengan persembahan daripada para siswazah dan tidak lupa juga jamuan ala Italian (halal) yang dinikmati kami bersama-sama. Lazat! Hingga menjilat jarilah katakan.

     Aku, John dan Chew Mei (Course Mates) berjalan seiring menuju ke kolej. Kebetulan, kami bertiga dari kolej yang sama. Tiba-tiba kedengaran suara orang menjerit, macam suara Chew Mei. Aku dan John serentak menoleh ke belakang. Laaa… dia terjatuh rupanya. Aku tidak dapat mengawal diriku daripada mentertawakannya. Begitu juga dengan John. Lubang sebesar itu pun dia tak nampak. Habis berlecak seluarnya. Aku masih lagi ketawa. Chew Mei tersinggung agaknya. Dia segera bangkit. Dia mengurut-urut betisnya. Aku bukan berniat nak ejek mahupun mempermainkan perasaan Chew Mei tapi aku memang begitu sejak dulu lagi. Kalau aku jatuh sekali pun, benda pertama yang akan aku buat ialah aku akan ketawa sepuas-puasnya dulu sebelum memerhatikan keadaan sekeliling, kalau-kalau ada yang tertengok.

     “Macam mana ni?” dia bertanya.

     “Apa?” soal John kembali.

     “Lecak ni. Nak basuh, malu orang tengok,” dia merungut.

     “Nanti basuh kat kolam ikan depan bangunan HEA,” cadang John.

     “Tak naklah. Air tu kotor. Busuk pula tu.” Banyak songeh betul budak ni. John dah bagi cadangan first class macam tu pun boleh dirunggutnya lagi.

     “Tak nak sudah. Balik macam tu je. Nanti biar orang ingat Mei mandi dalam lumpur.” Aku pula hanya memerhatikan sahaja. Malas nak menyampuk. Menganggu orang yang sedang hangat bercinta. Kacau daun aja nanti….

     “Laa… John!” rengeknya manja. Macam kanak-kanak bawah umur je. Tapi cute.

     “Yalah, yalah. Nanti saya cari alternatif  lain. Rasanya ada tandas perempuan dekat dengan corp. Basuh kat sana nanti.” Akhirnya John terpaksa memberi cadangan lain demi menjaga hati kekasih manjanya yang comel dengan telatah budak kecilnya itu. Sayang juga si John tu kat Chew Mei. Tak sangkalah pula.

     “Saya sayang John,” luah Chew Mei sambil mencuit lembut pipi John. Aku tersenyum aja. Geli hati melihat tingkah laku mereka berdua. Manja!

Kami meneruskan perjalanan. Chew Mei masih lagi merungut-rungut. Lawak betullah si Chew Mei ni. Perempuan biasalah… cerewet sikit. Kalau yang jatuh tadi tu aku atau John, dah tentu tadi dah kami lupakan. Buat apa nak bising-bising lagi. Baik cover macho. Betul tak?

     “John, Sham…,” Chew Mei memanggil. Kami menoleh. Memandang tepat wajah manja Chew Mei. Setia menanti bicara seterusnya.

     “Jangan kasi tau orang Mei jatuh ya,” pintanya. Aku apa lagi… terkekeh-kekeh ketawa. John hanya mampu senyum. Muka Chew Mei dah merah. Cuma aku tak pasti sebab marah atau malu. Rasanya sebab malu kot.  Takkan dia nak marah. Kalau dia marah pun aku tak boleh nak buat apa-apa.

     “Tak,” janji John. Aku pula mengangguk-anggukkan kepala sambil tersenyum geli hati. Aku tidak sedikit pun berniat mempersendakan Chew Mei. Apa nak buat, dah nasib Chew Mei nak jatuh… bukan diminta pun… Siapa yang tak pernah jatuh???? Semua orang pun pernah tersungkur.

     “Sham, Mei tak nak tengok you goyang kepala. Cakap janji.”

     “Yalah Mei. Sham janji tak hebohkan pada sapa-sapa pun.” Baru aku nampak senyuman pada bibir Chew Mei.

Aku sendiri pun pernah jatuh juga. Depan orang ramai lagi tu. Kat super market. Waktu tu, kat super market dipenuhi oleh pelbagai jenis manusia yang sibuk membeli-belah bagi menyambut Chinese New Year yang bakal menjelang tak lama lagi. Dari budak kecil hinggalah orang dewasa ada kat situ. Buat malu je… Umi pula bukannya bantu aku, sebaliknya meleret senyum; mengejek. Aku pula taklah ketawa kuat. Cuma tersengeh-sengeh macam kerang busuk. Kenangan manis tau…. Kalau cuba ingat-ingat balik, seronoklah pula. Mesti ketawa punya. Tapi, kalau kat USM, aku belum pernah tersembam ke tanah. Aku percaya kalau lelaki kacak macam aku tersungkur mesti famous punya. Ceh! Perasan nak mampus pula aku ni. Asyik-asyik puji diri sendiri. Nak harapkan orang lain memuji, alamatnya tanam jagunglah aku kat kampung. Buang masa! Jadi, ada baiknya aku puji diriku sendiri. Lagipun aku ni memang pun kacak dan bergaya. Boleh cair gadis yang pandang aku. Melebih-lebih pula. Kalau ada yang boleh cair, kenapa tidak dia…? Kenapa aku boleh tak tahu hati dan  perasaan si gadis sunti yang aku lamunkan saban hari tu? Aku rasa mungkin angan-angan aku seorang sahaja. Padahal si dia tidak sedikit pun merinduiku, agaknya. Atau mungkin juga dia pun merana sepertiku. Tak pelah… Kalau ada jodoh, takkan kemana pun. balik-balik kesitu juga nanti.



{28 Januari 2009}   BAB 5

Hello, Sham ke?” suara seorang gadis di corong handphoneku.

“Ya saya. Siapa di sana?” aku bertanya kembali. Suara yang agak ganjil. Aku tak kenal. Aku mana pernah bagi nombor aku kat mana-mana budak perempuan.

“Saya Alia,” jawabnya ringkas.

“Alia? Emm… ya… ada apa hal?” soalku acuh tak acuh. Aku malas nak cakap dengan dia sebenarnya. Tapi, dah dia call, tak boleh nak mengelak lagi. Suara dia pun nampak macam ada masalah je. Mahu tak mahu terpaksa juga aku sahut. Nanti tak naklah dituduh sebarangan. Jatuh saham aku nanti sebagai gentelmen…!

“Sham, tolong saya. Please!” rayu Alia tetiba je.

“Apa maksud awak? Kurang mengertilah.” Aku terpaksa bertanya sekali lagi. Aku memang tidak faham apa-apa pun. Yang Alia ni pun satu, cubalah bagitahu aku elok-elok. Ni tak; pakai meluru je. Mana aku nak tahu. Gila!

“Saya ada masalah right now. So, can you come to my apartment for awile?

“Malam macam ni? Tak elok kalau orang tengok, Alia. Lagipun… awak tu per…” belum pun sempat aku menghabiskan kata-kataku, Alia menyampuk….

“Sham, tolonglah. Saya memang sakit sangat ni. Tak larat dah. Rasa macam nak mati je,” sekali lagi rayu Alia. Aku ni memang cepat sangat simpati pada orang. Tak kisahlah perempuan ke lelaki ke atau tua ke muda ke… Yang penting aku ikhlas menghulur tangan, meringankan beban yang menyerang diri.

“Tapi….” sekali lagi aku cuba mengelak. Bukan aku tak sudi nak membantu Alia; Cuma…. entah mengapa jiwaku resah semacam, menghalang aku daripada meneruskan niat ke apartment Alia.

“Tolong Sham. Saya tengah merana ni,” pintanya sekali lagi. Bersungguh-sungguh benar Alia mendesakku.

“Alia, awak dah hubungi Amir ke?”

“Dah! Tapi dia tak de kat sini. Balik kampung. Ada hal sikit. Dia yang suruh saya call awak. Dia yang bagi nombor awak. Tolonglah, Sham. Saya sakit ni.”

“Baiklah. Awak tunggu. Saya datang.” Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Alia. Tak salah membantu sahabat yang dalam kesusahan. Itulah yang aku fikirkan tanpa menaruh sebarang syak-wasangka ke atasnya. Walaupun aku sedikit terkilan dengan tindakan Alia ketika terserempak dengannya di Pejabat Pos beberapa minggu yang lepas. Aku perlahan-lahan melangkah masuk ke apartment Alia. Aku tiba disana selepas 5 minit kemudiannya. Bayangkan betapa lajunya aku menunggang motosikal EX5 Classicku. Padahal kedudukkan apartment kami bukanlah dekat sangat. Biasanya 15 minit perjalanan.

Aku mengetuk pintu. Tiada jawapan. Lantas aku mengambil keputusan untuk redah aja. Tiada siapa-siapa pun disana. Mungkin semua dah keluar jalan-jalan kot. Patutlah Alia terpaksa menghubungiku. Aku mencari kelibat Alia. Tak jumpa. Pelik! Tadi bukan main dia menangis-nangis, merayu minta aku datang. sekarang batang hidung dia pun aku tak nampak. Ke mana dia menghilang? Menyampah betullah budak ni. Menyusahkan aku je. Aku mula merunggut-runggut mengenangkan sikap tidak bertanggungjawab Alia. Tiba-tiba aku rasa macam ada orang peluk aku dari belakang. Aku segera menoleh.

“Masya-Allah! Alia. Kau…? Apa ni?” jeritku. Aku terkejut apabila ada orang tiba-tiba peluk aku dari belakang. Siapa yang tak terkejut kan? Ingatkan puntianak harum sundal malam… Nak cekik aku ke??? Atau nak hisap darah aku…??

“Shuuuuu… jangan bising Sham,” bisik Alia ke telingaku. Seram terasa jiwaku mendengar suara menggoda yang sengaja dibuat-buat oleh Alia.

“Lepaskan saya Alia.” Suaraku sedikit tegas.

“Ala… Sham, tak kan kau tak pernah buat semua ni? Jomlah…”

“Alia, bawa mengucap. Kita sama-sama Islam. Kita orang Timur. Bukan barat. Jangan melebih-lebih.” Aku cuba mengelak. Aku dah naik meluat dengan kelakuan hina Alia. Dia memanggil aku rupanya; ada udang di sebalik batu. Kurang ajar betul.

“Kenapa kolot sangat pemikiran kau, Sham? Apa tak cukup seksi ke aku ni pada pandangan mata kau?” tanya Alia sambil menanggalkan jaket yang melindungi tubuhnya sebentar tadi. Kini, tubuh Alia sedikit terdedah. Dia hanya mengenakan sleeve less. Dahlah sendat. Mungkin milik adik bongsu dia kot. Bayangkan bagaimana keadaannya ketika itu? Garisan dadanya pun nampak dengan jelas sekali. Aku bukan sengaja nak tengok. Terpandang… tiada niat sebenarnya.

“Alia, aku datang ni sebab kau kata kau sakit. Kalau tak jangan mimpi aku akan datang sini tau tak. Jadi ada baiknya kalau kau bersikap sopan sikit.”

“Sham, ni bukan masanya untuk bertekak. Nanti pun boleh kita bergaduh. Aku tak kisah. Sekarang ni masa kita berada di awang-awangan. Kau buktikanlah kelelakian kau,” pujuk Alia sambil sekali lagi memeluk aku dengan rakusnya. Tak sempat aku nak mengelak. Dada kami bertembung. Aku dapat rasa kelainannya. Cis! Apa yang aku merepek ni? Aku dengan sepantas yang boleh menolak Alia ke lantai. Jatuh tersungkur budak tu. Nak main-main dengan aku. Aku menjauhkan kedudukkan aku. Bukan sebab aku takut tapi ada eloknya aku jauhkan diriku daripada Alia yang sedang menggila tu.

“Alia, lebih baik kawal tingkah laku kau tu. Aku tak suka. Dan aku tak nak cari dosa. Kau tu fikir sikit. Sebagai seorang perempuan kau tu yang sepatutnya kena belajar menjaga diri kau dan mengelak daripada api kemusnahan. Bukannya mencari nahas. Kau nak bakar diri kau sendiri ke? Tunggulah… nescaya api neraka lebih ganas daripada kehangatan jiwa busuk kau tu.”

“Kau nak hina aku pun hinalah. I don’t care. Atau jangan-jangan kau takut aku hamil nanti ya. Jangan bimbang. Aku dah pun pakai kondom untuk melindungi diriku. Kau tak perlu takut. Lagipun aku tak kan menuntut nanti. Ni hanya untuk suka-suka,” terangnya sambil tersengih-sengih. Aku betul-betul meluat hati mendengar kata-kata gedik Alia tu. Dia kelihatan seperti seorang pelacur murahan pada pandangan mataku ketika itu. Memang betullah sangkaanku… Puntianak Harum ‘Sundal’ Malam. Sahlah! Aku tidak sedikit pun sangka dia boleh berkelakuan seteruk itu. Liar! Mana perginya maruah diri? Hilang ditelan zaman ke?

“Dengar sini, Alia. Kalau beginilah sikap kau. Jangan mimpi kau akan aku tegur mulai dari saat ini. Selamat tinggal!” Belum pun sempat aku melangkah meninggalkan Alia, sekali lagi dia menerkah ke arahku. Aku dah hilang kesabaran. Aku menghadiahkan satu tamparan hebat ke pipi Alia sehingga dia terpelanting. Aku memang tak nak berkasar dengan kaum perempuan. Tetapi, Alia memaksaku. Aku tiada pilihan lain. Perempuan seperti Alia memang patut menerimanya. Habis merah pipi Alia.

“Alia, bertaubatlah. Jangan kau binasakan diri kau sendiri. Aku kesiankan Amir. Dia terlalu mencintai kau. Tapi kau… mempermainkan perasaannya. Kau hanya mencari jalan untuk menuju ke neraka. Kalau kau tidak berubah pasti keadaan akan menjadi lebih rumit.” Aku cuba juga menasihati Alia. Alia menangis. Kesian pula aku tengok. Aku menghampirinya. Bukan untuk memper‘apa’kan dia. Just nak pujuk.

“Alia, bangun,” ucapku lembut seraya memujuk.

“Sham, kenapa awak tak suka kat saya?”

“Alia, saya dah ada pilihan sendiri. Awak patutnya menghargai orang yang sayang kat awak. Amir tu baik orangnya. Janganlah awak kecewakannya.”

“Tapi…”

“Alia, awak ambil masa awak untuk fikirkan betul-betul perkara ni.”

“Sham, aku bukan minta kau mencintai aku, jauh sekali kalau kau fikir aku nak bernikah dengan kau. Yang ni hanyalah untuk malam ni. sekali ni je. Lepas tu aku tak kan kacau kau lagi.”

“Astaqfirullazim! Kenapa perlu aku tunduk kepada nafsu serakah apabila digoda oleh perempuan seperti kau, Alia?”

“Sham, kenapa kau terlalu keras? Apa salahnya kau enjoy sikit life tu.”

“Tidak sama sekali, Alia. Jangan kau fikir aku akan lemah dengan godaan kau. Kau tak boleh memaksa aku melakukan sesuatu yang aku tidak suka. Cuba-cubalah kau mengubah sikap kau tu. Keji tau. Jijik mata memandang. Kau dah tak ubah nampak macam perempuan jalang.” Aku mula lancang melemparkan kata-kataku.

“Sham, maafkan aku kerana bertindak hina sebentar tadi. Aku tidak dapat mengawal nafsu aku,” terang Alia. Aku ingatkan dia dah berubah. Tapi rupanya itu hanya taktik dia sahaja. Sekali lagi Alia cuba mengoda aku. Kali ini dia hanya memakai Bra bersama mini skirt. Begitu pantas dia menanggalkan pakaiannya. Aku gugup. Terkejut dengan tindakkan spontan Alia. Aku dah dapat agak, Alia tidak akan mengalah selagi tidak berjaya membawaku ke katil, lemas bersama-sama dengannya. Dia nak aku bergelut agaknya. Tak akan aku buat walau dalam mimpi sekalipun. Tu orang yang tak ada pedoman aja yang akan terpengaruh. Aku hanya akan lakukan bersama dengan isteriku. Tu pun lepas ikatan kami sah sebagai pasangan suami isteri.

“Alia, awak tak akan bertaubat ke walau diberi peluang sekalipun? Kenapa masih dengan ajaran sesat tu?”

“Ahhh!!! Campak kau punya taubat tu. Tak ada gunanya. Kau jangan berlagak sombong, Sham. Kau ingat kau tu baik sangat ke? Entah apa-apa yang kau lakukan kat luar tu. Bukannya orang tengok. Aku boleh jerit panggil orang tau tak. Aku boleh tuduh kau cuba rogol aku.” Kali ini Alia mula marah-marah. Dia dah bengang sangat sebab aku tidak memberikan kerjasama kepadanya. Dia memang dah tak dapat mengawal nafsunya lagi sehingga sanggup memaksa aku. Aku sebenarnya tak nafikan aku naik cuak bila Alia kata boleh tuduh aku cuba perkosa dia. Sebabnya sekarang ni aku yang ada kat bilik dia. Tapi aku buat-buat berani. Berani kerana benar.

“Tak kisahlah sekiranya itu yang kau fikirkan. Aku tidak perlu buktikan kepada kau. Yang penting sekarang ini, aku tidak akan bersubahat dengan kau melakukan sesuatu yang hina seperti ini. Aku masih tinggi imannya. Jagalah diri kau tu baik-baik. Assalammuallaikum! Kalau kau nak malukan diri sendiri, jeritlah. Tapi, rasanya kau tak sanggup kan?” balasku sambil tersenyum sinis. Aku melangkah pergi meninggalkan Alia dalam keadaan terpinga-pinga. Entah apa nak jadi dengan si Alia, aku pun tak tahu. Dia dah terlalu terikut-ikutkan sangat ajaran barat, yang mana akan memakan dirinya sendiri suatu hari nanti. Aku sebagai seorang sahabat dah cuba menasihatinya. Kini, terpulang kepada Alia sama ada nak dengar atau tak. Sekiranya dia ingin membinasakan masa depannya sendiri, maka dia akan terus mengagung-agungkan kehidupan ala barat tu. Semuanya, 100% terletak di tangan Alia sekarang. Dia lebih berhak ke atas dirinya berbanding orang lain. Aku hanyalah orang ketiga. Aku kembali semula ke bilik dengan perasaan sedikit kecewa bercampur sedih. Siapa tak sedih bila terkenangkan ada juga umat islam yang berkelakukan hina seperti itu. Aku berdoa sangat pada pencipta agar memberi peluang kepada Alia untuk bertaubat. Janganlah dia persia-siakan kemuliaan diri seorang wanita.

Aku rasa tergugat sebentar tadi. Bukan sebab aku lemah melihat tubuh molek Alia. Cuma… aku agak tertekan. Aku rasa hina. Apakah yang akan terjadi pada diriku sendiri sekiranya Alia benar-benar menjerit meminta tolong? Semestinya luahan hatiku tidak akan diterima sesekali. Sebabnya… Aku yang berada ditempat Alia, bukan dia. Hancur segala kepercayaan umi pada diriku. Namun, aku bersyukur kerana terselamat dari dugaan keimananku. Tapi, aku kecewa kerana tidak berjaya membawa Alia ke jalan yang benar. Aku tidak berjaya menyakinkannya. Aku tidak mampu memujuknya. Aku gagal sepenuhnya. Itu adalah kegagalan paling besar dalam hidupku.

Biarlah kejadian hari ini menjadi pengajaran buat diriku agar tidak mudah mempercayai perempuan seperti Alia. Bukan aku menghina kaum hawa. Tidak pernah sama sekali…. Dan tidak akan sesekali pun. Cuma… aku terkilan sedikit. Tapi, aku tak nafikan bukan semua perempuan seperti itu. Aku percaya masih ramai lagi perempuan baik kat luat sana. Mereka tetap akan memenangi tempat di hatiku sebagai saudaraku yang mulia. Kalau aku menghina kaum perempuan, bermakna aku menghina umiku sekali. Mana mungkin? Tidak….! Not even once. Biarlah aku lupakan sahaja insiden yang berlaku tadi. Biarlah ia menjadi rahsia antara aku, Alia dan Allah.



{28 Januari 2009}   BAB 6

Aku bersendirian lagi. Duduk di beranda sambil menikmati suasana malam. Udara yang cukup nyaman. Aku kagum dengan ciptaan-Nya, sempurna segala-galanya. Adakalanya seronok juga bersendirian begini; jiwaku benar-benar aman dan tenteram selepas kejadian malam tu. Teman-temanku yang lain keluar menonton wayang. Aku malas; jadi tinggal seorang. Telefon bimbitku berdendangkan lagu sexy girl milik Justin Tumberland  yang sengaja aku pilih sebagai ring tone memecah kesunyian malam. Siapa lagi kalau bukan umi tersayang…. Rindu sangat dengan anaknya yang sorang ni kot. Rancak juga kami berbual, sehinggakan umi bertanyakan tentang seseorang….

     “Sham, kau ingat lagi anak Dato’ Bakar tak?” umi memulakannya…

     “Siapa umi?” soalku kembali.

     “Alah… yang cantik tulah.”

     “Cantik mana pula umi?”

     “Bukan U Sham ke?”

     “Umi… ramai gadis kat sini. Semuanya pun cantik.”

     “Itu umi tahulah…”

     “Habis tu, mana Sham tahu umi. Nama dia pun umi tak bagitahu.”

     “Nama dia??? Hah…! Baru umi ingat. Kalau tak silap umi, Sue namanya.”

     “Sue…??? Ohh… yang sama sekolah dengan Sham dulu tu ke? Ingatkan sapalah tadi… Dia bukan U Shamlah umi.”

     “Manalah umi tahu… Ha..! Dialah yang umi jumpa 2 minggu lepas.”

     “Sham baru ingat. Kenapa dengan dia umi? Kat mana pula umi jumpa dia” Aku terpaksa berpura-pura lupa akan sue. Takut umi fikir yang bukan-bukan pula. Umi memang selalu macam tu. Mana boleh aku lupa kawan sekelasku yang cantik tu.

     “Umi terserempak dengan dia kat pekan.”

     “Ohhh… ya ke? Ingatkan apa tadi.”

     “Makin cantik budak tu.”

     “Dia memang pun cantik umi, sejak dari zaman persekolahan lagi. Apa katanya?”

     “Tak ada apa-apa. Cuma dia tanyakan Sham.” Aku mendiamkan diri. Jauh disudut hatiku, aku sangsi. Kenapa pula dia nak tanyakan aku…? Walau apa pun, aku tidak menafikan Sue memang manis orangnya, lemah lembut dan baik budi pekertinya, macam juga Asha Bairavi, teman baikku. Aku tertarik juga dengannya. Tapi, apa nak buat, orang dah tak suka. Lagipun Sue memang tidak pernah bertegur sapa denganku. Keistimewaan yang dimiliki oleh Sue ialah senyumannya yang menawan. Tapi dia jarang senyum. Aku sendiri pun pelik, kenapa begitu payah Sue menyedekahkan senyumannya. Bukan hanya padaku seorang tapi juga pada kawan-kawan lain yang belajar bersamanya sejak dari sekolah rendah lagi. Kalau mereka sendiri tidak dapat mendekati Sue, aku apatah lagi.

     “Sham!”

     “Hah…? Ya, umi!” jawabku segera. Terhenti serta-merta igauanku.

     “Jauh Sham mengelamun.”

     “Taklah umi…”

     “Betul ke ni?”

“Betul lah Umi. Sham tak mengelamun pun.”

“Tak?”

“Tak.”

“Ok…

“Apa yang ok, umi?”

“Tak ada apa-apa. Saja je. kenapa dengan Sham? Mengigau ke? Ataupun Sham tu teringatkan Sue? Jangan sangkal kebenarannya.” Umi memang bijak dalam cubaan nak tahu kebenaran. Pandai korek rahsia. Kena belajar skill tu dari umi.

     “Emmm… mungkin,” jawabku acuh tak acuh. Aku terdengar kekekkan kecil umiku.

     “Umi…?”

     “Ya… umi tak ejek.” Namun aku masih dapat dengar gelakkan kecil umiku yang sengaja mengejek aku.

Aku memang rindu pada Sue pun. Dah lama aku tak tengok jelingan maut Sue, rasa tak sempurna pula hidup ni. Kalau ada chance nak usik Sue lagi, aku tak nak lepaskan. Seronok!!!!

“Sham,” umi memanggilku.

“Ya, umi,” sahutku lembut.

“Kalau ditakdirkan Sham berjumpa semula dengan Sue… Nak tak Sham tegur dia?”

“Laa, umi. Soalan apa ni? Cepu emas ke? Walau apa pun Sue tu kawan satu sekolah dengan Sham. Mesti tegur punya. Dengan syarat dia tegur dululah. Sebab umi kan tahu, kalau Sham yang tegur dulu alamatnya bergegarlah dunia ni. Mengamuk tak tentu pasal pula dia nanti,” jujur aku memberitahu umi apa yang aku rasakan betul di dalam otak kepala aku ni. Sue dahlah sememangnya membenci aku. Benci-benci nanti lama-lama sayang pula. Hisk… apa yang aku merepek ni. Kalau betul-betul orang tu sayang baru tahu. Tak boleh nak lari diri. Padan muka!

“Emm… Umi harap Sham janganlah jual mahal pula nanti bila Sue mencari Sham. Balas dendam… Manalah tahukan? Anak umi ni pendendam ke…? Takut juga bila umi fikir-fikirkannya.” Pandai-pandai je umi menuduh aku sebarangan. Macam umi tak tahu perangai semulajadi aku. Aku ni baik walaupun terlebih nakal.

“Taklah, Umi. Sham janji. Yang penting Sue dah maafkan kesalahan Sham yang lepas.” Walaupun tenang aku meluahkannya, namun sanubariku sedikit cemas.

“Umi tau Sham tak kan berdendam.”

“Sebab umi tak ajar Sham untuk berdendam,” sampukku.

“Tidak. Sampai bila-bila pun.”

“Ya umi. Dan sekiranya lagi sekali umi terserempak ngan Sue, sampaikan salam persahabatan Sham.” Suka hati je aku susahkan umi. Bukan nak usahakan sendiri.

“Insya-Allah. Yang penting tiada lagi permusahan.”

“Umi, Sham tak pernah bermusuhan ngan Sue. Sekarang mengusik je.”

“Umi tahu. Anak umi ni baik.” Kembang hidung aku mendengar pujian umi. Siapa tak bangga kalau umi sendiri yang puji. Berkat tau. Kalau macam ni, lena aku tidur malam ni.

“Terima kasih umi kerana menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap Sham. Tidak akan Sham kecewakan umi sampai bila-bila.”

“Yalah! Whatever… yang paling penting, Sham tahu bezakan antara yang baik dan yang buruk. Thats more than enough my dear son.”

Akhirnya perbualan kami dimatikan. Hampir dua jam lamanya kami berbual. Pelbagai perkara. Dah lama sangat aku tidak berborak mesra dengan umi. Mungkin itulah puncanya umi berkongsi segalanya denganku pada hari ini. Umi memang tidak pernah merahsiakan apa-apa pun daripada pengetahuanku. Begitu juga dengan aku. Kecualilah hal satu tu. Kekasih misteri!!! Aku malu nak ceritakan pada umi. Mau tak malunya. Ramai rakan-rakanku suka sikap umi yang bukan sahaja peramah, malahan dia lebih prihatin terhadap kegemaranku. Tak kisahlah walau apa sahaja yang aku idami. Apa yang aku suka, umi pasti akan memberi kebenaran kepadaku untuk melakukannya. Segala priority diberikan kepadaku. Perbualanku dengan Umi telah mengingatkan aku kembali kepada zaman silamku. Yang tak mungkin hilang dari ingatanku, biar sampai ke liang lahad sekalipun. Biarlah aku kuncikan jauh ke dalam lubuk hatiku, agar tidak terkeluar sewenang-wenangnya. Rahsia aku seorang aja. Mana boleh orang lain tahu.

Aku memandang jauh ke arah langit pekat yang terbentang luas; bintang-bintang berkerlipan bagaikan kejora. Bulan mengambang penuh. Menghadiahkan cahaya terang-benderang buat penghuni-penghuni bumi. Malam yang cukup indah, terutama buat pasangan kekasih yang ingin meluangkan masa bersama-sama. Aku duduk menghadap bulan, bagaikan pungguk rindukan bulan pula gayanya. Aku membiarkan sahaja angin malam menjamah tubuhku yang tidak berbaju. Aku sedikit pun tidak merasa kedinginan malam yang sedang memukul-mukul wajahku mahupun tubuh badanku yang terdedah itu. Kehangatan jiwaku lebih mendalam tamparannya, yang hinggap tepat-tepat ke dalam sanubariku berbanding kedinginan malam yang hanya mengena pada luaran sahaja.

Lampauan silam kembali mekar bak kan bunga-bungaan di taman yang tersenyum manis, menyambut kehadiran sinaran mentari. Begitulah ingatanku terhadap kejadian masa lalu, iaitu ketika aku mula-mula menapak di tanah jati Perak sehinggalah aku menjadi rakyat asalnya. Bagaimana mungkin aku melupakannya dengan begitu mudah? Ingatan silam mula menari-nari menikam jiwaku. Kerana masa kegemilangan itulah aku bertemu dengan seseorang yang telah berjaya membuat aku lupa akan diriku sendiri. Aku mula angan-angankan dirinya seorang. Sampaikan aku dikatakan angau, gila bayang, otak dah sewel, mabuk asmara, mabuk kepayang, biul, crazy frog dan macam-macam lagi. Aku terima aja tanpa banyak comment. Aku tidak dapat menghalang sanubariku daripada terus merana. Lampauan silam megah berdiri bakkan kibaran jalur gemilang di udara. Kenangan itu aku rasakan seperti baru semalam aku alami. Aku termimpi-mimpikan kehadirannya semula. Ya! Indah sungguh pengalaman-pengalaman yang mencuit hati. Yang tetap in my heart forever.



{28 Januari 2009}   BAB 7

Aku terkenangkan diriku ketika di alam persekolahan, zaman remajaku. Zaman yang penuh dengan kenakalanku tetapi hebat dalam memperjuangkan hakku sebagai seorang pelajar sehingga akhirnya aku menapak di Universiti.

     Ketika itu usia aku menjangkau 17 tahun. Umi dan aku berpindah ke Perak. Pertama kali aku menjejak kaki ke sini; berlainan sekali dengan suasana tempat lamaku. Namun, perpindahan bukanlah perkara luar biasa buatku. Umi bertugas sebagai kerani khas Tentera Darat Diraja Malaysia (TDRM). Soal pertukaran tidak lagi menjadi rumit.

     Aku dilahirkan di Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Selepas ayah meninggal dunia, umi membawaku berhijrah ke Johor. Kami ke sana bukan sebab suka-suka. Tetapi atas desakkan tugasan umi. Aku berada di sana sehingga tamat tingkatan empat, dan kini aku di sini untuk meneruskan tingkatan limaku. Tahun ini aku bakal menduduki peperiksaan terpenting yang bakal menentukan masa depanku, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hari ini merupakan hari pertamaku di sekolah baru. Aku dibawa oleh pengetua, Tn. Hj. Karim Abdullah ke bilik kelasku, tingkatan 5SC1. Suasana yang cukup berbeza dengan tempat lamaku.

     “Selamat pagi, murid-murid sekalian,” salam diberikan oleh pengetua.

     “Selamatttt pagi… cikguuuu….”  serentak semua menyahut.

     “Duduk semua. Saya kenalkan ni rakan baru anda, dari Johor. Saya harap anda semua akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada kawan baru anda ini. Bimbinglah mana-mana yang perlu,” pinta pengetua. Aku hanya tersenyum aja. Maklumlah pelajar baru. Kenalah tunjuk lagak budak baik. Pengetua beredar meninggalkan aku. Aku mengambil kesempatan itu untuk memperkenalkan diriku.

     “Assalammualaikkum,” aku memulakan bicara, sebagai tanda permulaan perkenalan.

     “Waalaikummussalam,” balas pelajar muslim yang lain.

     “Dan… selamat pagi,” tambahku lagi.

     “Selamat pagi…” jawab yang lain-lain.

     “Saya Zamarul Hisham bin Abdul Wahid. Panggil je Sham. Saya dilahirkan di Kedah. Anak tunggal. Tinggal bersama dengan Umi,” jelasku riang dan ikhlas.

     “Saudala Sham, kamu tak ala bapa ke…?” tiba-tiba suara Kam Moy memecahkan suasana riang di kelas.

     “Ayah saya dah lama meninggal dunia,” begitu sayu aku menjawab.

     “Innalillahi Wa Inna Ilaihi Ra Jiun!” Aku tidak pasti siapa yang mengucapkannya. Tapi yang pastinya kaumku sendiri.

“Haiyooo Kam Moy ha… Loo tak ala soalan lain mau tanya ke??? Kan ala baik kalu loo tanya Sham dia ala girl friend ke tak ala?” sampuk Rozaidi. Rasanya dia memang selalu menganggu Kam Moy…  Nampak gaya memang macam tu.

“Loo.. Lozaidi. Tak mau kawan sama loo. Silalu cakap tak selupa bikin punya. Sulah gila. Loo… hantu!” Satu kelas gelak. Kata-kata Kam Moy mencolek hati semua, termasuk aku.

“Haiyooo Kam Moy. Jangan malahlah. Saya gulau sama loo. Saya sayang loo apa.” Sekali lagi Rozaidi menyakat Kam Moy. Aku hanya memerhatikan sahaja gelagat mereka berdua. Kam Moy, aku lihat menggeleng kepala.

“Loo memang sulah gila. Loo banyak kasi saya problem. Saya talak sayang sama loo. Loo boleh pigi cali olang lain mau kacau.”

“Amoi banyak malah ooo…. Sorrylah.” Akhirnya terpaksa juga Rozaidi mengalah. Kalau tak… siapa nak bantu Rozaidi menyelesaikan soalan rumit add maths.

Kelas kembali sepi. Aku meninjau kalau-kalau ada kekosongan untuk aku… dan akhirnya aku terpaksa juga duduk di meja paling hadapan sekali, berdepanan dengan meja guru. Hanya table itu sahaja yang tidak berpenghuni. Aku bukannya tidak suka duduk di situ, Cuma… terlalu dekat sangat dengan guru. Maklumlah aku ni kan suka mengusik. Nanti tak pasal-pasal kena rotan pula.

     “Hai! Saya Ahmad. Panggil je Mat.” Begitulah permulaan persahabatan aku dengan Mat sehinggalah ke Menara Gading. Dia memang sahabatku yang sejati.

     “Saya Sham,” sambutku sambil bersalaman dengan sahabat baruku. Orang-orang Perak memang peramah. Tak seperti orang-orang Johor yang sentiasa sibuk dengan kerja masing-masing hingga tiada masa untuk bertegur sapa. Amalan hidup berjiran lagilah menghilang begitu je. Tiada lagi muafakat. Tapi tak bermakna mereka jahat. Mereka pun baik sebenarnya. Cuma tiada masa untuk berbual mesra. Yalah! Biasanya mereka keluar awal-awal pagi lagi untuk mengelak dari tersangkut dalam traffic dan pulang lewat malam.

     “Saya Megat.”

      “Najib.”

      “Saya Zairul Azmir,”

      “Saya Rozaidi, dan yang lain-lain biar saya je kenalkan. Yang ni Amirul, Raj, Akhmal, Mohan, Mani, Kogi, Saiful dan Daud.” Rancak mereka meneruskan sesi perkenallan. Rozaidi ni memang penyibuk. Tak nak bagi peluang kepada mereka yang lain. Tapi, mereka kelihatan selesa bersama Rozaidi.

     “Hai semua,” aku menyambut manis salam persahabatan mereka. Aku bersalaman dengan setiap orang. Tapi pelajar lelaki jelah. Pada yang perempuan, aku just sedekahkan senyuman disamping perkataan ‘SELAMAT BERKENALAN’. Tak bolehlah nak bersalaman. Berdosa!

     “Saya Sue.” Tak sempat aku nak membalas, dia segera kembali semula ke tempat duduknya. Terpinga-pinga aku. Kalau ya pun, janganlah terlalu macam tu sangat. Macam aku ni pernah bermusuhan dengan dia pula. Tapi, aku ni ada juga sekali-sekala menjeling ke arahnya. Manis muka dia. Tinggal seorang sahaja yang belum memperkenalkan dirinya. Pada waktu rehat, aku dihampiri oleh seorang pelajar kelasku, yang belum aku kenali. Dia merupakan pengawas sekolah. Sibuk, sebab tu tak sempat nak berkenalan. Pagi tadi pun lambat dia masuk ke kelas.

     “Hai!” sapanya lembut.

     “Hai!” balasku.

     “Saya Asha Bairavi. Panggil je Asha.”

     “Nice name. Saya Zamarul Hisham. Panggil je Sham.”

     “Nice name too. Tak pergi kantin ke? Nak Asha teman. Mungkin Sham tak tahu kantin kat mana kot.” Begitu ramah Asha. Macam dah lama kenal antara satu sama lain. Selesa aku macam ni.

     “Ishk; tak pelah Asha. Sham tahu Asha mesti busy. Biar Sham ikut Mat dan kawan-kawan lain. Tapi kalau Asha belum makan, boleh tumpang sekali kot.” Kini, giliran aku pula mempelawa Asha.

     “Asha dah makan. Kalau ada member tak pe lah. Jangan hilang pula nanti ya. Tak kuasa kami nak cari.” Aku senyum dan dia membalasnya. Aduh! Cutenya. Ada lesung pipit pula tu. Jauh berbeza perwatakkan Asha jika dibandingkan dengan Sue. Memang kedua-duanya sopan dan anggun. Tapi, Asha lebih periang. Begitu mudah melemparkan senyuman; manis, semanis madu. Sehingga menyebabkan aku tidak kekok untuk berbual lebih lanjut dengannya.

     “Jumpa lagi nanti ya, Sham. Asha kena pergi tugas ni. Nanti tak pasal-pasal kena marah dengan guru disiplin pula. Garang cam nak mampus. Nanti kenal juga Sham ngan cikgu tu. Setiap perimpunan sekolah, tak sah kalau cikgu tu tak berucap.”

     ”Yalah. Sham pun dah lapar sangat ni. Baik Asha gi cepat. Nanti cikgu tu nampak, Sham pula yang kena.” Aku membiarkan Asha pergi meninggalkan aku; menuju ke pintu masuk utama. Kemudian, aku meneruskan langkahku mengekori Mat, Akhmal dan kawan-kawan lain menuju ke Kantin Sekolah. Bakkan pak turutlah pula. Makanan kat kantin boleh tahanlah. Harga pun murah je. Nasi lemak hanya RM0.30 sahaja. Jimatlah macam ni. Kalau kat JB dulu, nak cari makanan RM0.30, kempunanlah alamatnya.

     Aku sedikit geram melihat mata pelajar-pelajar lain yang tenung aku bagaikan aku ada hutang dengan mereka pula. Aku tahulah aku ni budak baru kat sekolah ni. Tapi, tak bermakna kena pandang aku sampai sebegitu sekali. Aku ni nampak macam alien yang baru turun dari angkasa ke? Atau entah-entah aku ni nampak lutsinar? Yang tak berpakaian. Hanya nampak kulit. Hai hairan bin ajaib betul lah kehidupan ni. Dikelilingi oleh pelbagai jenis manusia. Kalau persahabatan yang mereka hulurkan, sudah pasti aku sambut dengan ikhlas. Tapi kalau pandangan yang mereka lemparkan, minta maaflah. Tujuh lautan sekali pun aku tak nak. Yalah, bukannya aku tahu niat atas pandangan mereka tu. Entah baik; entah buruk…. Mana tahu mereka nak jampi aku ke dengan pandangan sihir mereka tu.

     Tak cukup dengan tu, aku ada juga terdengar suara berbisik-bisik sesetengah budak perempuan sekolah baru aku tu. Kalau nak mengata pun agak-agaklah. Tengok dulu aku ni dah berlalu pergi ke belum. Ni tak…. pakai rempuh je. Tak takut ke mereka kalau-kalau aku ni tiba-tiba je meradang, mengamuk kat tengah-tengah kantin sekolah. Aku ni lelaki, mesti berani nak buat apa pun. Kalau budak perempuan mungkin kena kawal sikit tingkah laku tu. Geramnya aku dengan mereka semua ni. Kalau aku dapat tahu mereka mengumpat yang buruk-buruk pasal aku, terimalah sepakkan maut aku tu nanti. Tapi, kalau yang baik-baik aku tak kisah. Lagi aku alu-alukan kehadirannya. Siapa yang tak suka orang puji kan? Aku suka… walaupun selalunya aku tak tunjuk. Tak naklah orang kata aku ni lelaki yang tak tahu malu. Aku ni memang sangat-sangat malu. Tapi bukanlah pemalu. Untuk hari ni je aku tunjuk lagak budak baik. Lepas ni tahulah mereka perangai sebenar aku yang tak jauh bezanya dengan devil. Sedap-sedap aku kata diri sendiri. Nilah dasar orang yang tak tahu malu macam aku.



{28 Januari 2009}   BAB 8

Kini, dah genap seminggu aku disini. Satu-satunya pelajar perempuan yang aku rapat ialah Asha, seorang gadis kacukkan Punjabi dan India. Kalau tak silap mamanya India dan papanya Singh. Dia baik orangnya, fasih berbahasa Melayu dan pandai bermain kata-kata. Dia juga cantik dan mempunyai sepasang mata yang cukup menawan. Jelingannya menggoda jiwa. Dia mempunyai perwatakkan yang menarik. Dia belum berpunya… Ini kerana dia tidak berminat walau sedikit pun dalam soal percintaan. Aku pun kurang pasti apakah punca utamanya. Mungkin pernah dikecewakan atau mungkin juga dia belum bersedia untuk menerima perhubungan baru.

     Walaupun berlainan kaum, aku sayang padanya. Tapi, kami bukanlah pasangan kekasih. Nanti tak pasal-pasal disepak terajang oleh si Asha pula. Bukan tu je, dia dahlah ada secret admirer. Satu sekolah tahu. Tapi, tiada siapa pun yang berjaya mencari peminat setia Asha tu. So, aku pun kenalah berhati-hati. Kalau aku buat hal… entahlah apa yang akan terjadi. Walau apa pun, bertuah sesiapa yang memilikinya. Gadis yang tinggi martabatnya, yang menjaga kewanitaannya. Supaya tidak lupus oleh panahan kesyaitanan. Dia tetap menjaga batas-batas pergaulannya dengan kaum lelaki walaupun tidak dapat aku nafikan dia agak peramah orangnya. Tak kisahlah… as long as dia pandai menjaga diri.

     Seperti biasa; aku, Asha, Mat dan  Azmir lepak di meja guru… Sue muncul. Aku suka sangat mengusik dia. Sambil mataku melirik memandang Sue, aku berkata;

     “Eh… kawan-kawan, nak tau tak?” aku memulakan bicara nakalku.

     “Apa dia?” tanya Asha separuh berbisik. Kononnya nak meniru gaya akulah tu. Dia ingat rahsia besar kot. Nanti tahu jugalah dia apa benda yang aku nak khabarkan.

     “Semalam kan…” Sengaja aku tidak meneruskan kata-kataku. Buat-buat suspenslah pula aku ni. Macam cerita-cerita orang putih. Mana boleh terus serbu je. Kenalah ada trill sikit.

     “Apa semalam?” Azmir memang tak sabar-sabar nak tahu. Itu pun jika hal tersebut berkaitan dengan Sue. Walaupun mereka tidak bertegur sapa antara satu sama lain, tapi aku dapat rasakan yang Azmir meminati Sue dalam diam-diam. Gayanya memang nampak macam tu.

     “Ada berlaku satu insident.” Percakapan aku terhenti sekali lagi. Yang lain masih setia menunggu. Sue memandang tepat mukaku. Tejam benar tenungannya. Agak kekok juga aku nak teruskan. Sebenarnya aku saja je nak sakat dia. Tak berniat nak malukan dia pun.

     “Sham, tadi kau nak cakap apa?” Mat pula bertanya.

     “Aku berbasikal… ke…” kata-kataku tersekat. Aku sengaja lakukannya.

     “Laaa… ni yang malas nak layan tau,” Asha dah naik bengganglah tu. Aku pula tersengih-sengih bagaikan orang tak betul pula. Tanpa menjawab walau sepatah kata pun, Sue segera melangkah meninggalkan kami berempat. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia kecewa dengan sikapku. Aku tidak berniat hendak memburuk-burukkan dia, cuma sekadar nak bergurau. Apa salahnya kalau sekali-sekala aku mengusik, bergurau-senda dengan rakan sekelasku. Walaupun kami tidak bertegur sapa, aku tetap menganggap Sue sebagai rakan karibku.

     “Wei, kau nak cakap ke tak?” jerit Azmir. Hilang sabar dengan sikap acuh tak acuh aku tu. Dahlah si Azmir tu serius nak tahu.

     “Aku berbasikal ke pinggir hutanlah. Hari ni aku pergi lagi. Korang nak ikut?” jawabku selamba. Mesti Sue ingat aku dah menceritakan kepada mereka apa yang berlaku semalam. Kesian dia… Apa taknya, Sue keluar berjogging semalam, kononnya untuk menjaga kesihatan tubuh badan, patutlah ramping. Tapi… lain pula jadinya. Dia telah dikejar oleh seekor anjing lalu tertiarap di tepi longkang. Nasib baik aku berada dikawasan kejadian; kalau tak… pasti dia terpaksa menerima suntikkan gara-gara digigit oleh anjing itu. Hampir nak menangis budak tu. Aku ketawa; mula-mula perlahan, kemudian ketawaku sedikit kuat. Sejak daripada saat itulah maka bermulanya api kebencian Sue terhadapku. Dan bermula dari saat itu jugalah dia berjanji pada dirinya sendiri untuk tidak menjalini sebarang perhubungan persahabatan denganku.

     Walaupun pada dasarnya aku ni suka sangat bermain, tak pernah nak serius, namun aku tetap memberi tumpuan penuh terhadap pelajaranku. Di sekolah aku bergurau-senda, manakala di rumah aku setia menghadap buku. Aku tidak lokek dalam mempelajari perkara-perkara baru, tetapi yang berkaitan dengan education ajalah. Benda yang bukan-bukan aku tak nak ambil tahu. Aku amat terhutang budi kepada umi kerana umilah satu-satunya insan yang sering menemaniku ketika aku sibuk menelaah. Tak kiralah siang mahupun malam. Aku kadang-kala ada juga mengusik umi. Umi dah masak benar dengan perangaiku. Makin dilayan, makin menjadi pula. Biasalah…. remaja era baru katakan. Jika hendak hidup, mesti bijak bermain kata.

     Keesokkan harinya, di sekolah, aku dan rakan-rakan yang lain diarahkan untuk mengisi maklumat peribadi pada borang pemeriksaan gigi. Masing-masing sibuk mengisi borang tersebut. Sempat juga aku mencuri pandang borang Asha. Terbeliak mata aku.

     “Asha….! awak berasal dari Sarawak ke?”

     “Ah-ah… Kenapa?”

     “Emmm… Tak ada apa-apa.”

     “Sham tak tau ke?”

     “Tak.” Aku memang tidak menjangka semua ini. Patutlah dia nampak lain dari yang lain. Ingatkan sebab dia kacukkan Punjabi-India. Tapi rupanya sebab dia berasal dari Negeri Borneo rupanya.

     “Habis Asha membesar disanalah ya?” tanyaku kembali untuk mendapatkan kepastian. Aku kalau nak tahu sesuatu, sampai lubang jamban pun aku sanggup korek. Asal aku dapat tahu apa-apa je. Bukan busy body. Cuma nak tahu.

     “Tak. Lahir je kat sana. Mak asal dari Sarawak. Asha membesar disinilah. Apasal Sham tanya? Sham rasa pelik ke sebab Asha ni bukan orang Semenanjung yang tulen.” Dahinya kelihatan sedikit berkerut. Mungkin dia tak suka dengan soalan sebegitu.

     “Nothing. Just want to know. That’s all… Sha…, awak nak dengar satu lagu tak? Best punya.” Aku cuba untuk menukar topik perbincangan kerana takut Asha akan rasa semacam pula. Kepulauan Borneo ke, Semenanjung Malaysia ke… sama je untuk aku. Tiada bezanya. Malaysia juga.

     “Lagu apa? Jangan macam katak panggil hujan dahlah,” sindirnya.

     “Ala… walupun saya ni tak setanding Micheal Jackson, tapi boleh tahanlah,” pujiku… Aku lihat Asha menggeleng. Tapi, bibirnya pantas mengukirkan senyuman. Mesti dia dah pening dengan perangai gilaku.

     “Ni nak dengar Sham nyanyi ke tak?” aku bertanya sekali lagi sambil memuncungkan sedikit mulut tak insurans aku tu. Merajuklah kononnya.

     “Oklah. Asha dengar. Dah nasib Asha. Apa nak buat?”

 

                   “Puteri santubong Puteri sejenjang,

                   Penjaga gunung negeri Sarawak,

                   Manis sik ada dapat dilawan,

                   Anak dak dewa turun kayangan;

                   Ooo..Puteri Santubong,

                   Menenun kain…siang,

                   Ooo…Puteri Sejinjang,

                   Menumbuk padi…malam;

 

Satu harinya duak kelayi,

Beranok-anok sik renti-renti,

Sorang madah diri bagus agik,

Sorang sik ngalah sampei ke mati;

 

Yalah kisah duak orang puteri,

Suka kelayi setiap hari,

Lalu disumpah raja kayangan,

Menjadi gunung negeri Sarawak.”

 

     “Ishk! Sham ni,” dia mengetap bibir. “Asyik-asyik nak kenakan orang je,” sambungnya lagi. Manja sungguh. Geram pun ada aku ni. Pada masa yang sama, bebola mataku sempat menyantap wajah gadis ayu yang suka menyepi; Sue…., bayangan yang sentiasa menganggu ihlamku. Kenapa dia begitu?

     “Sham, boleh tak kalau tak usik Asha? Cari mangsa lain ok…” sambungnya lagi.

     “Boleh… No problem tuan puteri,” aku segera mengalihkan pandangan. Takut-takut ada orang terlihat pula. Lebih-lebih lagi si Azmir mat jiwang tu.

     “Bangun!” suara lantang ketua tingkatan memeranjatkan kami yang sedang leka berbual-bual. Cikgu Nora, guru bahasa Malaysia dah masuk rupanya, patutlah pun. Aku segera kembali ke tempat dudukku. Asal je ada kesempatan, sure aku akan lepak kat meja Asha. Berborak dan menjadikan kelas lebih kecoh daripada yang sememangnya kecoh.

     “Ok class, hari ini kita akan buat karangan, 350 patah perkataan. Tajuknya, sejak kebelakangan ini remaja di negara kita kian liar dan merungsingkan para pemimpin mahupun ibu-bapa. Pada pendapat anda, bagaimanakah masalah remaja ini dapat diatasi untuk menjamin para remaja supaya tidak menimbulkan masalah kepada negara dan masyarakat. Karangan terbaik akan dipilih untuk dimuatkan dalam ruangan bacaan, majalah sekolah.” Kemudian kami ditinggalkan oleh cikgu Nora kerana beliau terpaksa menghadiri mesyuarat gempar. Aku dan geng aku berbincang mengenai remaja masa kini yang sudah tidak kenal tradisi dan budaya yang dahulunya dijaga dan dilindungi supaya tidak hilang didunia.

     Pernah sekali, media sibuk memaparkan kisah pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam kes peras ugut dan gengsterisme di sekolah terhadap rakan-rakan lain. Apa yang lebih menyedihkan lagi, mereka juga terlibat dalam kes rogol, mencabul dan mengambil video lucah serta menghebahkan kepada remaja-remaja lain. Jika dulu pelajar lelaki yang giat menjalankan aktiviti tidak berfaedah ini, kini pelajar perempuan juga sudah tiada pegangan hidup. Kes yang hangat diperkatakan suatu masa dulu ialah mengenai sepuluh orang pelajar perempuan sekolah menengah yang telah membelasah rakan sekolah yang sedang dalam perjalanan ke pusat tuisyen sehingga cedera teruk. Tidak puas dengan itu, mangsa ditelanjangkan. Tali bra dipotong, seluar dalam ditanggalkan; dan dicampakkan ke dalam longkang berdekatan. Kemudian mereka merakam gambar mangsa melalui camera telefon bimbit. Video clip tersebut di sebarkan dikalangan rakan sekolah yang lain. Tengoklah bagaimana mereka menggunakan kemudahan canggih tersebut. Untuk kerja yang sia-sia dan tak bermoral sebegitu. Akhirnya kesepuluh orang pelajar tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut. Aku pun tidak tahu mana perginya nilai-nilai murni pada diri setiap manusia. Berbeza sekali dengan zaman nenek moyang kita.

     Seperti biasa, guru geografi, Mrs. Goh, masuk tepat pada waktunya. Cuma… wajahnya agak bengis berbanding hari-hari sebelumnya. Mungkin bad mood kot. Mrs. Goh garang tetapi seorang guru yang berdedikasi.

     “Megat, tolong lukis peta Malaysia kat black board,” arah Mrs. Goh. Megat patuh akan arahan Mrs. Goh. Bukan sahaja Megat, tetapi kami semua pun tidak pandai melukis peta Malaysia.

     “Megat, saya suruh lukis peta bukan lukisan seni. Kenapa masih belum siap lagi?” soal Mrs. Goh.

     “Cikgu, saya tak pandai lukis peta.” Megat dengan jujur mengaku kelemahannya. Dia diarahkan kembali semula ke tempat duduknya. Begitu mudah Mrs. Goh melakarkan peta Malaysia. Sedang beliau sibuk menghadap black board, Megat mengambil kesempatan berborak dengan Azmir. Sungguh riang sehingga tidak sedar Mrs. Goh sedang memerhatikan gelagat mereka berdua. Perlahan-lahan Megat dihampiri… Susun langkah Mrs. Goh lembut. Mungkin tidak mahu mengganggu kerancakkan pergaulan hebat Megat. Kini, kedudukkan Mrs. Goh betul-betul di belakang Megat. Sebenarnya depan. Cuma disebabkan Megat menoleh ke arah Azmir, menyebabkan dia tidak perasan dirinya diperhatikan. Azmir pula tidak dapat berbuat apa-apa. Macam mana dia nak bagitahu Megat supaya toleh ke depan kerana Mrs. Goh sedang memerhatikan mereka. Jadi, terpaksalah dia diamkan diri.

     “Pap!” bunyi hentakkan yang cukup kuat; hinggap di kepala Megat. Buku record guru memang tebal kandungannya. Begitu juga dengan kulit buku tersebut. Berapa kilogram tu aku memang tidak dapat pastikan. Aku hampir nak tergelak apabila melihat mata Megat yang terbeliak itu. Nasib baik aku sempat dihalang oleh Akhmal yang duduk dibelakangku. Dia mencuit bahuku. Aku menoleh dan dia menunjukkan isyarat matanya supaya aku tidak meneruskan niatku. Megat terduduk diam. Dia terkejut bila tiba-tiba menerima hempapan kuat itu. Kuat bunyinya. Kesian! Kalau aku gelak tadi, mesti hadiah yang sama aku pun terima juga. Tanda kasih kerana mentertawakan rakanku sekelasku.

     “Suruh lukis peta tak reti, tapi bab sembang first class. Macam ni macam mana mau lulus exam ha…? Lepas tu salahkan cikgu. Kata cikgu tak pandai ajarlah. You all yang tak nak belajar. Malas! Kalau mau bising juga jangan masuk kelas cikgu. Pergi lepak kat luar sana. Cikgu tak kisah. Tapi you pandai-pandai jawab ngan pengetua,” marah Mrs. Goh. Lantang benar suara Mrs. Goh. Kelas sepi sehinggalah loceng berbunyi menandakan tamat waktu persekolahan. Subject Mrs. Goh merupakan kelas yang terakhir sekali pada hari ini. Kesian Megat…. mesti dia terasa bahangnya ekoran pukulan Mrs. Goh tadi. Tiba-tiba pula tu. Macam kena sambar petir… Bergema bunyi hentakkan tersebut. Walaupun yang kena Megat, tapi kami pula yang terasa sakit. Mungkin kerana ianya berlaku betul-betul di depan mata kami.

Aku tidak dapat bayangkan sekali pun sekiranya pukulan tersebut hinggap di atas kepalaku. Bukan sebab aku tak tahan kesakitan. Tapi, sebab aku malu. Memanglah semua ni adat ketika berada di alam persekolahan; kena rotan, kena denda, kena marah, kena ketuk, kena halau dari kelas, kena siku, kena kutip sampah, kena berdiri kat depan kelas… Tapi, tak sangguplah pula aku nak terimanya di depan khalayak ramai. Lebih-lebih lagi depan Sue.

Aku mengaku sebelum ini aku pernah kena denda. Tapi sekadar berdiri di atas kerusi. Bukan aku seorang aja. Ramai. Hampir separuh daripada pelajar kelasku. Waktu tu aku masih kat Johor Bharu, tingkatan empat. Kami terlupa nak bawa Novel (Kesusasteraan Melayu), salah satu daripada sukatan penting mata pelajaran Bahasa Malaysia. Wajib. Kami ingatkan nak kena bawa buku berjudul “Kerusi” (koleksi sajak, puisi & gurindam, seloka, cerpen dan juga koleksi cerita-cerita klasik.). Tapi rupanya kena bawa novel berjudul “Perlumbaan Ke Dua”. Sepanjang waktu BM kami terpaksa berdiri tegak di atas kerusi. Orang yang lalu-lalang di depan bilik tingkatan kami, sahnya melihat kami sambil tersenyum mengejek. Yang tu pun satu kenangan juga. Mana mungkin dilupakan begitu sahaja. Kehidupan seorang pelajar tidak akan berulang semula. Once dah tamat… tak kan berbalik. Jadi simpanlah peristiwa-peristiwa sebegitu ke dalam minda. Kalau dah tak ada kerja tu, duduk dan fikirkan kembali hal-hal lepas. Mesti terisi juga kekosongan tu.



{28 Januari 2009}   BAB 9

Kabus pagi yang sejuk itu menikam susuk tubuhku. Aku menghidu kesegaran udara jati Perak, cukup enak; aku menikmati nyanyian merdu sang Murai yang sedang duduk merehat-rehatkan diri di atas pokok. Aku menyandarkan tubuhku pada sebatang pohon rendang, yang terletak di depan rumahku. Daun-daun lebat daripada pohon yang rendang itu menghalang pancaran sinaran mentari daripada terus membakar kulitku. Pada hari minggu begini, aku memang selalu menghabiskan masa menikmati keunikkan alam semester. Indah sungguh kurniaan-Nya.

     “Hai Sham! Buat apa tu?”

     “Oh… umi; saja. Makan angin.”

     “Kenapa nasi tak cukup ke?”

     “Aikkk… umi! Apa hal ni? Tiba-tiba je nak kenakan orang.”

     “Saja. Tak boleh?”

     “Eh… boleh.”

     “Emm… jangan lama sangat berjemur kat luar. Nanti sakit Sham juga yang susah.”

     “Baiklah, Umi. Kejab lagi Sham masuk.”

     “Janji?”

     “Janjiiii Umiiii,” jawabku seakan-akan menyanyi.  

     Sebenarnya, aku sedang memikirkan perihal Sue. Dia anak orang berada, tapi… tidak pernah memperolehi kasih sayang yang secukupnya. Umi yang memberitahuku semalam selepas aku menceritakan bagaimana aku menyakatnya.

     “Sham, umi nak kau minta maaf kat Sue.”

     “Laa… umi. Bukan Sham kacau teruk-teruk,” aku menagih simpati.

     “Itu bukan soalnya. Budak tu dah luka hatinya. Jangan kau parahkan lagi dengan gurauan seperti itu, Sham. Sesungguhnya lidah senjata paling berbahaya. Kau harus berhati-hati nak.”

     Kata-kata umi menyebabkan aku gelisah. Ada semacam perasaan sedih terbit jauh disudut hatiku. Seribu macam pertanyaan mula menari-nari di onak fikiranku. Tak dapat dibendung lagi.

     “Sham kurang mengerti apa yang umi katakan.” Pandangan mataku menjilat kesederhanaan wajah umi. Umi tenang. Tetapi, wajahnya sedikit menunjukkan ketegasannya. Mungkin tidak berpuas-hati dengan layananku terhadap Sue.

     “Sham, sejak kematian neneknya lima tahun lepas, tiada lagi tempat dia untuk bergantung. Ayahnya sibuk dengan urusan perniagaan. Mak dia pula dah pun berkahwin lain selepas diceraikan oleh ayahnya. Dah tu, tak pernah pula datang menjenguk anaknya yang seorang ni. Mereka tak faham, Sue perlukan perhatian dan kasih-sayang bukannya harta kekayaan. Mereka hanya nampak kebendaan sahaja. Perasaan anak sendiri diabaikan. Dia seperti hidup keseorangan di dunia itu, yang hanya dikelilingi oleh orang-orang gaji. Tak kan Sue nak share masalah dia dengan orang yang tidak dikenalinya itu,” hujah umi.

     “Oooo… patutlah, Sue selalu duduk bersendirian. Dia hanya akan bersuara ketika perlu sahaja. Rupanya dia sakit, pada hatinya. Sham telah berlaku kejam,” rintihku. Aku memang tidak tahu-menahu hal ini. Kalau tak pasti aku tidak akan menganggu ketenteraman Sue. Aku sangkakan kebisuannya disebabkan dia sombong atau mungkin juga disebabkan oleh kekayaannya itu. Tapi, rupanya aku silap tafsir. Ia tiada kaitan langsung. Sue sebenarnya tengah menghadapi masa-masa yang paling sukar.

     “Baguslah kalau Sham sedar. Esok, awal-awal lagi, Umi nak Sham pergi minta maaf kat Sue. Tak kisahlah Sham dimaafkan atau tak. Sekurang-kurangnya Sham mencuba. Sham perlulah berjaga-jaga dan lepas ni jangan cakap yang bukan-bukan lagi. Nanti terkilan lagi budak tu.”

     “Baiklah umi. Sham janji. Tak kan buat macam tu lagi.”

     “Emmm… Baguslah. Oh ya! Sebelum umi lupa, siapa Asha, Sham?”

     “She’s my best friend, umi.”

     “Tak nak kenalkan kat umi ke?”

     “Insya-Allah umi. Macam mana umi tahu pasal Asha?”

     “Umi tahulah. Sibuk tanya buat apa.”

“Laa umi. Janganlah sorok-sorok lagi. Bagitahulah Sham.”

“Hmm… sebenarnya umi tertengok buku rujukkan kat atas meja tu. Umi belek muka depan. Tengok ada nama Asha. Umi tahulah yang buku tu mesti milik Asha.”

“Ohhh… Ingatkan umi pasang spy untuk intip Sham.”

“Hiskkkk… budak ni. Sampai ke situ pula dia.”

“Asha ada dua bahan rujukkan yang sama. Jadi, dia pinjamkan Sham sebuah. Kami tukar-tukar bahan Umi.”

“Baguslah kalau macam tu, Sham. Kirim salam umi pada Asha ya.”

No hal Umi. Itu sudah beres.” Jawabku seraya mengusik Umi.

     Sepanjang malam aku memikirkan kebodohanku. Aku sedikit pun tidak menyangka gurauanku hanya memburukkan keadaan. Pasti Sue benar-benar kecewa dengan sikapku. Aku sedar; ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.’ Keesokkan paginya….

     Aku menghampiri Sue. Aku sudah bertekad untuk tidak mempermainkannya lagi. Perlahan-lahan aku mengatur ayat. Tak nak menyakitkannya lagi.

     “Sue, saya nak…” tak sempat aku nak memohon maaf apabila tiba-tiba…

     “Awak tak perlu cakap apa-apa. Saya tak sudi nak dengar.” Lantang benar suaranya. Terkejut aku. Kussssss…. semangat. Nasib aku bukan lemah jantung orangnya.

     “Astagfirullah azim! Apa yang awak cakap Sue? Saya tahu saya dah buat banyak salah pada awak… Saya bukan… bukan… nak….apa..” Belum pun sempat aku menghabiskan kata-kataku….

     “Sudah.” Jeritnya ringkas. Namun sudah cukup menunjukkan kegarangan suaranya.

     “Sue?” aku memanggil lembut. Tidak mahu menanbahkan lagi api kemarahan Sue.

“Hmmm…. Dengar sini baik-baik. Saya tak suka awak. Saya benci awak. Awak tau tak, awak ni menyusahkan orang lain je. Awak buat saya tension.  Tengok muka awak pun tak lalu saya nak makan. Meluat….!” herdiknya. Matanya kelihatan sedikit berair. Menangis ke dia?

     Ishk apa kena dengan Sue ni. Aku dimarahinya. Ingatkan dia ni lemah lembut, sopan-santun… baik budi pekerti… tapi? Ahh… lantak dialah. Jual mahal tak bertempat. Nasib baik aku bukannya meluahkan perasaan kat dia. Kalau tak…, pasti dipangkungnya dengan kasut sekolah dia tu. Kalau pun dia marah sangat kat aku janganlah sampai macam tu. At least dengarlah dulu apa aku nak kata. Ni tak… pakai lenting aja… Aku tahulah aku bersalah.

     “Shammmm…. apa hal tu?” Azmir bertanya.

     “Entahlah,” jawabku ringkas.

     “Masya-Allah! Aku tak sangka suara dia selantang tu. Dia boleh lagi menjerit sampai macam tu sekali. Bergema kelas ni. Aku ingatkan dia tu pendiam. Tapi, rupa-rupanya diam-diam ubi berisi. Aku minta sangat agar dia tak buka mulut dia lagi. Kalau tak pecah gegendang telinga aku,” luah Azmir. Aku pula buat ‘dek’ je. Sumpah! Aku tak nak minta maaf kat dia lagi selagi dia sendiri tidak datang tegur aku. Menyesal tak sudah-sudah ni.

     “Sham, aku rasalah kan dia tu memang marah sangat kat kau. Sebab tu dia menjerit. Dia tu sopan. So, kalau dia berubah jadi agresif macam tadi tu, mesti sebab kau. Dia tak pernah macam ni sebelum ni. Aku tahu sebab kami satu kelas sejak form one lagi.” Aku hanya tersenyum. Geli hati dengan diriku sendiri. Tak pasal-pasal kena sound depan orang ramai.

“Memang pun,” kataku kepada Azmir. Dia juga tersenyum. Aku mengaku juga. Memang aku suka kacau Sue pun. Azmir pula beria-ria nak salahkan aku. Biasalah! Mabuk Kepayang…

So, kau rasa macam mana? Elok ke kalau aku lupakan niat untuk meminta maaf dari Sue? Atau may be kau rasa aku patut berusaha lagi?”

“Tak yahlah Sham. Memburukkan keadaan je. Baik kau lupakan je niat kau tu. Biar budak tu cool sendiri. Dia tu memang cam tu. Tak suka di ganggu.”

“Emmm…. okeylah. Nanti kau jangan salahkan aku lak. Kata aku tak minta maaf kat budak tu.”

“Tak. Nasihat aku satu je. Jangan kacau budak tu lagi.”

“Nasihat ke ugutan ni?”

Two in one.” Pandailah kawan aku ni. Dia takut budak tu benci kat dia sampai sanggup memberi nasihat yang berbaurkan ugutan pada aku. Aku kenalah juga patuhinya. Bukan sebab Azmir tapi sebab umiku.



{28 Januari 2009}   BAB 10

“Sham! Sham! Ooo Sham! Bangun,” Ghani mengejutkanku. Aku tertidur rupanya. Dok syok-syok ingatkan kembali zaman kenakalanku hingga tidak sedar aku terlentok kat situ. Nasib tak terkeluar air liur basi.

     “Ehhh… Ghani. Bila kau sampai?” soalku, sejurus terpandang wajah Ghani yang cute tu. Aku masih lagi mamai. Sedar tak sedar…

     “Baru sat. Kenapa hang tiduq kat luaq? Hang ni tak sejuk ka? Baju pun hang tak pakai. Kalau hang tak nak tiduq kat dalam, cheq boleh sedekahkan katil hang kat yang memerlukannya.”

     “Hmmm… Baru terasa sejuk. Naik bulu roma ni. Sembang ngan umi tadi. Dah tu duduk sorang-sorang kat sini jadi boring pula sampai aku pun tak sedar bila aku tertidur kat sini. Kalau ya pun janganlah kau serahkah katil aku kat sapa-sapa. Tak kan sepanjang tahun aku nak tidur kat beranda?” aku memberi penjelaskan kepada Ghani sambil sempat mengusiknya. Lagak aku dan Ghani seperti banduan dengan polislah pula. Biasalah kan… kalau kawan dah tanya kenalah jawab. Kalau tak kena sekeh kepala kita.

     “Hang masih mengelamun ka…?”

     “Taklah,” aku cuba berdalih.

     “Sue tu sapa Sham, noh?” tiba-tiba nama tersebut keluar dari mulut Ghani. Aku terpaku sejenak. Kantoi! Apa aku nak kelentong budak ni agaknya ya… kena fikir ni…

     “Arggg?” aku kehilangan idea. Masih fikir.

     “Hang tak payahlah tergesa-gesa nak jawab. Pikiaq dulu ya. Oh ya… sebelum terlupa, siapa pula Asha, noh?” Sekali lagi aku diajukan pertanyaan oleh Ghani. Bagaikan petir memanah jiwakulah pula. Macam mana dia boleh tahu nama mereka berdua? Entah-entah kerja umi kot….? Tapi…. bila pula Umi call Ghani. Kalau Umi call pun mesti khabar kat aku. Tak simpan punya. Kan ke aku dan Umi tak pernah merahsiakan apa-apa pun antara satu sama lain. Kecuali satu sahaja yang terpaksa aku rahsiakan. Ratu hatiku! Kerana aku sendiri pun belum tahu apa kesudahannya. Aku tak nak dikatakan bertepuk sebelah tangan sahaja. Biarlah aku mendapat keputusannya dulu.

     “Any problem Sham? Hang tengah pikiaq macam mana cheq boleh tau ka…? Biar cheq ja yang jawab. Hang tak yah susah-susah pikiaq, buat pening kepala hang. Semalam hang duduk study kat table cheq kan… Dalam hang tak sedaq, rupa-rupanya hang conteng buku cheq. Dan dalam tak disedari oleh cheq, buku tersebut cheq serahkan kepada Professor Sakinah untuk diteliti hasil kerja cheq. Prof. Sakina pula memaparkan hasil kerja tersebut kat depan rakan-rakan yang lain. Cheq pun turut tonton juga hasil kerja tu. Hampir separuh mati cheq nak jawab segala macam questions  daripada course mate cheq, padalah cheq tak ada kena-mengena,” panjang lebar Ghani menceritakan pengalamannya gara-gara ketidak-sengajaanku. Dalam hati, aku gelak… Padan muka Ghani.

     “Oppsss.. sorry beb. Lain kali aku kasi tau cerita sebenar. Buat masa ni, aku hanya boleh bagitau kau yang mereka berdua bekas rakan sekelasku. Sekarang ni aku mengantuk; so, good night my dear friend.” Aku segera melabuhkan badan ke katil. Lantas memeluk bantal. Alasan lagi. Sebenarnya aku tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan semuanya kepada member-memberku. Pada kiraanku belum tiba masanya lagi. Biarlah ia tertanam jauh dilubuk hatiku. Kubu keras juga hati aku ni. Tembok yang tak dapat ditembusi oleh sesiapa pun. Memang tidak dapat dinafikan bahawa aku teramat sangat merindui Sue dan juga Asha. Tapi… Ah! Biarlah… biarlah masa yang menentukannya. Ingat-ingatkan pun bukan boleh buat apa-apa. Hanya merimaskan lagi pemikiranku adalah.

         “Umbut mayang diumbut

Umbut dengan jala jemala

Ulik mayang diulik

Ulik dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong

Puteri dua bersanggul sendeng

Puteri dua bersubang gading

Puteri dua berselendang kuning

 

Umbut mayang diumbut

Umbut dengan jala jemala

Nak ulik mayang diulik

Ulik dengan puterinya empat

 

Puteri empat berbaju serong

Puteri empat bersanggul sendeng

Puteri empat bersubang gading

Puteri empat berselendang kuning

 

Umbut mayang diumbut

Umbut dengan jala jemala

Nak ulik mayang diulik

Ulik dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong

Puteri enam bersanggul sendeng

Puteri enam bersubang gading

Puteri enam berselendang kuning

 

Umbut mayang diumbut

Umbut dengan jala jemala

Nak ulik mayang diulik

Ulik dengan puterinya tujuh

 

Puteri tujuh berbaju serong

Puteri tujuh bersanggul sendeng

Puteri tujuh bersubang gading

Puteri tujuh berselendang kuning

 

Umbut mayang diumbut

Umbut dengan jala jemala

Nak ulik mayang diulik

Ulik dengan tuannya puteri

 

Ku tahu asal-usulmu

Yang laut balik ke laut

Yang darat balik ke darat

Nasi berwarna hamba sembahkan

 

Umbut mayang diumbut

Umbut dengan jala jemala

Pulih mayang kupulih

Pulih balik sedia kala.”

     “Woi, sapa noh yang melalak dalam bilik ayaq ni hah?” lantang benar suara Ghani. Bagai nak roboh je bilik mandi. Tidak puas hati dengan orang yang berada dalam bilik mandi pada masa itu.

     “Alamak Ghani. Aduh mak buat malu aku aja Mak… tolonglah Mat… selamatkan daripada keganasan orang kat luar,”  jerit hati kecil Mat.

     “Ingat suara hang tu baguih sangat ka? Macam katak panggil hujan ja. Cepat keluaq. Berapa lama lagi hang nak mandi? Cheq dah sabar tunggu hang kat luaq ni. Dah nak separuh abad cheq tunggu,” sambung Ghani semula. Mat pula serba salah. Nak keluar malu; tak keluar takut kena tengking lagi. Nanti satu bangunan pula datang. Dah nasib badan. Ingatkan tak de orang akan ke bilik mandi tengah hari macam ni. Tapi lain pula jadinya. Mahu tak mahu terpaksa juga Mat keluar.

     “Masya-Allah! Hang ke yang nyanyi tadi?”

     “Ah-ah. Saja je. Balik-balik kau pula yang terdengar suara merdu aku tu. Yang kau pun satu, apasal tunggu aku habis nyanyi. Cuba tegur awal-awal. Walau apa pun, janganlah marah ya,” pinta Mat sambil berlari anak menuju ke biliknya. Entah apa kena dengan Mat ni. Dah gila kot. Sorang tu asyik termenung je. Yang sorang lagi ni pula melolong macam orang tak siuman je. Ingat mandi bunga kot dia tu. Emmm… macam-macamlah karenah pelajar-pelajar Universiti ni. Setelah Ghani selesai membersihkan diri, segera dia mencari kelibat Sham dan Mat. Bersama-sama mereka lepak di cafe.

     “Sham, minggu depan cuti start kan? Dua minggu tu lama juga noh. Apa kata kita pergi melancong. Kali ni hang semua ikutlah cheq balik Pulau Pinang. Mak ngan ayah cheq teringin sangat nak berkenalan dengan hang semua. Kita pi sana ramai-ramai. Nak tak?” cadang Ghani.

     “Eh, Sham. Setujulah. Aku memang teringin sangat nak melawat Bukit Bendera. Lagipun kita belum pernah keluar jalan-jalan bersama. Kenapa kau diam je?” pujuk Mat.

     “Aku…?” belum pun sempat aku nak habiskan madah ajimat aku tu… cepat-cepat Amin menyampuk. Ni yang aku tak suka.

“Bolehlah, Sham. Kali ni je.”

Please.” Kali ni Ghani pula merayu. Beriya-iya betullah kawan-kawan aku ni. kalau ya pun, tunggulah aku habis cakap dulu.

“Aku sebenarnya tengah fikir apa yang patut kita bawa sebagai buah tangan untuk ibu-bapa Ghani. Tak kan nak pergi sana dengan tangan kosong kot. Tak ke ibu-bapa Ghani fikir semacam nanti. Adat kita kalau nak ke rumah seseorang untuk kali pertama kenalah bawa oleh-oleh. Aku belum habis cakap benda ni, Amin dah menyibuk tak tentu pasal. Buang karat betullah korang ni,” jawab aku sambil tersenyum kambing. Sempat juga aku mengenyit mata. Mat betul-betul terkejut itik apabila melihat aku begitu cepat aja bersetuju dengan rancangan tersebut. Bukan senang nak ajak aku ni pergi bercuti. Kalau aku dah bersetuju maknanya seronoklah cuti mereka kali ini. Sebab aku ni jenis happy go lucky. Berita gembira itu disampaikan kepada kawan-kawan aku yang lain, serta-merta oleh Mat. Dia dah tak kisah credit habis sekali pun. Kalau sebelum ni, jangan harap Mat akan membuang credit begitu sahaja. Dia sanggup ke public phone untuk membuat panggilan. Dia memang seorang yang pandai berjimat-cermat. Bukan kedekut ya. Dia tu tak suka habiskan duit untuk benda-benda yang tak berfaedah. Sejak dari dulu lagi, dia memang macam tu.



dan sebagainya