Mutiara Hidup!!!











{30 Januari 2009}   “Sekuntum Senyuman”

smile

Aku menanti sekali lagi,

Menikmati sekuntum senyuman,

Dari sang mentari,

Yang tidak pernah jemu,

Menjamu diriku yang menyepi;

 

Aku rela diketepi,

Sekiranya senyuman itu milikku,

Untuk hari ini,

Untuk hari-hari seterusnya,

Wahai mentariku;

 

Aku terbayangkan,

Hanya dirimu,

Hanya kuntuman senyumanmu,

Yang sentiasa kembang,

Walau jauh ke dalam jiwaku.



{30 Januari 2009}   “Gadis Sebelah Rumah”

angle12

 

Wahai si gadis manis,

Gerangan teman rumah sebelah,

Kau memandangku,

Aku membalas pandanganmu,

Ternyata kau menggelabah,

Ku sengaja melemparkan ciuman manja,

Sekali lagi kau merona merah,

Marah bukan sebabnya,

Kau malu…!

Ternyata kau mahu,

Sambutlah terus cinta segarku,

Yang hanya berputik buat dirimu,

Gadis sebelah rumahku,

Yang tetap ayu di mataku.



dan sebagainya