Mutiara Hidup!!!











{4 Februari 2009}   “TEBUS DOSA”

“Ibu, tolong Ana bu. Ana takut petir ni,” jerit Ana. Sejak dari dulu lagi Ana risau, takut-takut disambar petir. Itulah siapa suruh degil sangat. Pn. Jamilah dah pesan awal-awal lagi supaya balik cepat tak pun bawa payung bersama bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Sedap-sedap je Ana menolak. Alasannya malas. Tengah tension macam tu, muncul pula kereta BMW Sports berwarna merah. Kecut perut si Ana. Kereta tersebut berhenti betul-betul di hadapannya. Ana bersedia untuk mengambil langkah seribu.

“Adik, buat apa kat sini? Tak takut ke? Bahaya tau duk sorang-sorang macam ni. Rumah kat mana?” tanya pemandu kereta tersebut. Segak dan bergaya orangnya. Ana masih membatukan diri. Betul manusia ke mamat ni? Entah-entah….

“La, nape ni? Adik tak usahlah bimbang. Abang ni bukannya hantu pocong ke apa. Tengok kaki abang pijak bumi,” katanya seraya melangkah keluar dari kereta. Macam dapat baca je bisikkan hati Ana ketika itu. Siapa tak takut kan?

“Argg… tak.”

“Apa yang tak? Dah sah takut ni. Tak pelah. Mai abang tolong hantarkan,” pelawa jejaka tersebut. Baiklah pula. Tapi, entah-entah ada udang di sebalik batu.

“Emmm… Tak pe… a.. abang. Saya…,” belum pun sempat Ana meneruskan ayat biasanya, dah pula mamat tersebut menyampuk.

“Kalau tak sudi tak kisahlah. Abang teman adik sampai hujan reda. Tak manis anak gadis bersendirian kat tempat macam ni. Sunyi pula tu.” Ana tidak menolak mahupun menerima tawaran lelaki itu. Kenal pun tidak. Tapi pandai-pandai pula bahasakan diri abang dan adik. Binggung! Dan lagi satu… Kalau dia nak teman kat situ, suka hati dialah. Tak ada kena-mengena dengan aku. Itulah yang difikirkan oleh Ana. Hujan ni pun satu, menggada-ngada. Makin lebat jadinya. Menyusahkan betullah. Tak cukup dengan tu berdentum bunyi guruh. Macam nak roboh je dunia ni. Ana tegak berdiri sambil memeluk tubuh, kerana hampir keseluruhan tubuhnya basah di timpa hujan yang semakin mengganas.

“Adik nak pakai kot abang tak?”

“Tak. Terima kasih,” jawab Ana dengan suaranya yang tergetar-getar kerana kesejukkan. Ana bukannya nak jual mahal. Cuma tak nak beri muka sangat kat orang yang tidak dikenali.

“Dum!”

“Ya, Allah!” jerit Ana sambil terpeluk lelaki tersebut. Terbeliak mamat tu dengan tindakkan refleks serta-merta Ana akibat bunyi guruh dengan diikuti kilat, seakan-akan mencari mangsa untuk disambar. Lelaki itu menilik wajah murni Ana. Setiap inci ditelitinya. Cantik! Buat seketika, lelaki tersebut lupa akan dosa yang bakal dia tempuhi. Entah kenapa, tiba-tiba tergerak hati lelaki tersebut untuk memperlakukan Ana seperti isterinya. Keadaan Ana memberi peluang kepadanya; kerana Ana tidak sedarkan diri ketika berada di dalam dakapan lelaki itu. Ana pengsan sejurus terpeluk lelaki tersebut. Akhirnya… hilang sudahlah kesucian Ana yang dijaganya selama ini buat insan yang bakal bergelar suaminya nanti. Hancur segala-galanya. Mahkota kewanitaan Ana diragut oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya di dalam keretanya.

“Masya-allah! Apa dah aku lakukan ni? Ya Allah! Mana perginya imanku? Aku… a.. adik… bangun… Ya tuhan! Aku perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Ya, aku akan kahwin dengan dia,” rintih lelaki itu. Menyesal dengan sifat kebinatangannya sebentar tadi. Namun apakan daya, walau air mata darah sekali pun dia titiskan, tiada gunanya. Dia telah memusnahkan hidup seorang gadis.

Perlahan-lahan kelopak mata Ana dibuka… “Ah!” jeritnya sambil tanganya menyilang menutupi sebahagian tubuhnya yang terdedah. Tahulah dia sudah…. dirinya telah dinodai.

“Kau… kau… binatang. Sampai hati kau.” Ana mula menangis teresak-esak. Hancur segala harapannya.

“Adik, abang minta maaf. Abang bersalah. Abang… sanggup terima adik. Kita nikah ya.”

“Lepas. Lepaskan aku. Aku benci laki macam kau. Tunjuk lagak baik. Syaitan!” Ternyata Ana tidak termakan pujuk rayu lelaki itu. Pantas sahaja Ana menyarungkan kembali baju kurungnya. Dia kecewa dengan apa yang terjadi kepadanya.

“Adik, please.” Lelaki itu sekali lagi cuba memujuk Ana yang sedang pantas meninggalkan tempat jahanam itu.

Sekembalinya Ana ke rumah kediamannya, Pn. Jamilah terkejut besar melihat wajah pucat Ana. Perlukah aku ceritakan pada ibu? Berkali-kali persoalan yang sama menghantuinya. Bagaimana mungkin dapat dia terangkan. Tiada gunanya.

“Ana, nape ni? sakit ke?”

“Bu, sebenarnya…. achum!” terbersinlah pula. Ni macam petanda menghalang Ana daripada meneruskan niatnya.

“Hish, budak ni. Tulah suka sangat mandi hujan. Dah sakit diri sendiri jugak yang susah,” bebel Pn. Jamilah.

“Susah sebab sakit tak pe, bu. Kalau…” terhenti on the spot kata-kata tersebut. Tak sampai hati nak sedihkan ibunya yang dah banyak menanggung kesengsaraan ditinggalkan oleh seorang insan yang bergelar suami… Kata lainnya ayah kepada Ana.

“Kalau…?”

“Hamm… tak delah bu.”

“Dah! Pegi mandi. Pas tu turun makan,” arah Pn. Jamilah.

“Ya, bu. Tapi Ana tak lapar. Selamat malam, bu.” Pn. Jamilah sedikit pelik melihat perubahan Ana. Dia tidak ceria. Malahan nampak lesu semacam. Sepanjang malam Ana berendamkan air mata.

Manakala di rumah lelaki tersebut…. tiada kurangnya. Mama, papa mahupun isterinya tidak di tegur walau sepatah perkataan pun. Rupanya mamat tersebut dah pun mendirikan mahligai. Cuma tidak seindah mana. Mereka tidak pernah hidup seperti pasangan lain. Isterinya mencintai jejaka lain dan masih lagi setia mencintainya. Lelaki itu tak sudah-sudah menyesali peristiwa tadi. Akan aku mencari semula gadis itu. Dosaku perlu di tebus. Itulah yang difikirkan olehnya. Dia memang menyesal teramat sangat.

Begitulah saban hari kelakuan Ana mahupun lelaki itu. Kehidupan mereka lebih dikerumuni kesedihan. Ana disebabkan kehilangan dirinya sendiri manakala lelaki itu disebabkan tindakkan kejinya. Puas juga Pn. Jamilah cuba mengorek rahsia yang membuntui anak tunggalnya itu. Tidak juga dia berjaya. Sehinggalah, pada suatu hari Ana menyatakan hasratnya untuk bekerja di salah sebuah Syarikat Elektronik yang terletak di PutraJaya. Pada mulanya Pn. Jamilah tidak bersetuju. Tetapi, melihat kesungguhan anaknya terpaksa juga dia akur. Lagipun bukannya jauh sangat tempat tu. Hanya 20 minit sahaja perjalanan dari kawasan perumahan mereka.

“Ikut suka Analah. Ibu malas nak halang. Tapi, jaga diri. Janji pada ibu.”

“Ya bu. Ana janji. Dont worry.” Ana segera kembali semula ke kamarnya. Sedih! Terpaksa memberikan janji yang telah pun terhancur dengan sendirinya beberapa bulan lepas. Syukurlah kerana tidak pula Ana pregnant ekoran daripada peristiwa tempoh hari. Sebenarnya Ana menerima surat tawaran kerja sebagai setiausaha daripada Syarikat Elektronik Adam.

Ini merupakan hari pertama Ana di Syarikat Elektronik Adam. Cemas pun ada perasaannya ketika itu. Maklumlah first time nak bekerja. Sebelum ni dia sekadar ajar tuition buat pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Lumayan juga pendapatan yang diperolehi. Tapi, terpaksa berubah arah. Dia tertekan setiap kali terpandang wajah ibunya. Dia takut terpecah rahsia yang terpaksa di telannya seorang diri itu.

Ana diperkenalkan kepada semua staf yang berada di situ ketika itu. Senyuman terukir di wajah Ana. Tak bolehlah nak buat sombong. Lagipun dia sudah pastinya memerlukan pertolongan daripada mereka nanti. Boss Ana, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40’an, baik orangnya. Tuan Azman.. Itulah nama yang di perkenalkan kepadanya. Kini, dah genap dua minggu Ana di situ. Cukup bahagia dia bersama kawan-kawan baru. Peristiwa hitam itu sedikit sebanyak dapat juga dia lupakan.

“Ana, ko pernah jumpa boss yang sorang lagi tu tak?” Siti bertanya sambil tersenyum kambing. Mesti ada apa-apa.

Boss yang mane? Kan aku orang baru kat sini.”

“Ya tak ya juga. Handsome giler. Ko tau dia baru je cerai ngan isteri dia. Perempuan tu curang. Ngandungkan anak ntah sapa-sapa.”

“Hisk, kau ni. Tak baik kata cam tu. Fitnah namanya. Biarlah. Lagipun tu their life. Tak de kena-mengena ngan kita semua. So, let we do our own works.” Ana tak suka masuk campur hal peribadi orang lain.

“Taklah bukan nak ngata. Cuma… boss tu baik sangat. Dia tak suka pandang serong mana-mana perempuan. Ntah nape dia dapat yang cam tu. Lagi satu sejak tiga empat bulan lepas, dia nampak cam tak bermaya je. Kami confuse jugak. Tapi, tak kan nak pegi tanya kot.” Siapa agaknya boss tu? Kenapa tak diperkenalkan kepadaku? Ana terlalu leka memikirkan hal tersebut sehingga tidak sedar dia dihampiri oleh Tuan Azman.

“Ana, jauh termenung.”

“Oh, mak kau. Eh! Emm… Maaf, Tuan Azman. Tersasul. Hamm.. apa yang boleh saya bantu?” Ana terkejut sebenarnya apabila tiba-tiba disergah oleh bossnya yang seorang tu.

“Emm… nothing much. Just nak bagitahu, boss sebenar Ana dah sampai. Dia outstation sebelum ni. Sekarang Ana akan teruskan kerja Ana dibawah penyeliaan Tuan Shazlan. Is it all right for you?”

Yup. Tak de masalah. As long as boss tu baik macam Tuan Azman.”

“Tak. Dia lebih baik dari saya. Sure you will be more confortable working with him. Trust me.” Kata-kata dari Tuan Azman sebentar tadi sedikit sebanyak memberi rangsangan kepada Ana. Tak perlulah dia takut sangat. Ana mengekori Tuan Azman menuju ke tingkat dua. Sedih juga sebab terpaksa berpisah dengan member-membernya. Kalau dulu dia bekerja di tingkat tiga. Kini, kena pula berpindah ke tingkat dua.

“Shaz, let i introduce your new secretary… Cik Adryana… or just call her as Miss Ana. Pekerja paling cun.” Sempat juga Tuan Azman bergurau. Boss baru Ana menoleh. Terperanjat kedua-duanya.

You?” laung Ana.

“Ana, what happen? You know him before?” sibuk je Tuan Azman nak tahu. Tetapi, akhirnya mati hasratnya apabila Shazlan meminta mereka ditinggalkan bersendirian. Dengan wajah sedikit mengerut Tuan Azman meninggalkan mereka berdua.

“Adik…” lembut sahaja Shazlan memanggilnya. Ana cuba menahan sebak. Lelaki yang dibencinya kini berada di depan matanya.

“Aku nak resign.” Hanya itu sahaja yang terluah oleh Ana. Dia tak sanggup bekerja dengan lelaki yang merosakkannya.

Please. Listen to me first.” Suaranya masih lagi lembut. Seperti mengharapkan perhatian daripada Ana.

“Nak dengar apa lagi. Ko bersalah sebab… sebab…” tak sempat dia nak habiskan kata-katanya apabila tiba-tiba sahaja Shazlan mencapai dan memegang erat pergelangan tangan Ana. Tindakkan spontannya menambahkan api kemarahan dalam diri Ana.

“Apa ni? Lepas. Kalau tak…”

“Kalau tak… apa???”

“Lepas…”

“Dengar dulu penjelasan abang. Memang salah abang. Sebab tu abang…”

“Cukup. Stop it. Please let me go. We are not husband and wife. You dont have the rights to touch me again,” sergah Ana. Tangisannya semakin menjadi. Perlahan-lahan pegangan Shazlan dileraikan. Dia tak sanggup melihat Ana menangis.

“Ok. Tapi adik have to work here until your contract end. Lama tau. Two years. Kalau nak resign gak, have to pay ganti rugi pada syarikat. A lot you know.” Ana tiada pilihan lain. Terpaksa juga akur. Mana dia nak cari duit untuk bayar kat syarikat? Luka lama kembali lagi. Bagaimana Ana nak bersemuka dengan lelaki itu setiap hari?

Kini, dah hampir dua bulan lamanya Ana menapak di bawah penyeliaan Shazlan. Dirinya begitu diambil berat oleh Shazlan walaupun mendapat balasan buruk darinya sendiri. Sedikit pun lelaki itu tidak berputus asa. Kesian juga Shazlan. Ana bukan sengaja nak lakukan begitu. Setiap kali dia cuba menerima Shazlan, peristiwa hitam itu menerajah. Hinggakan menambahkan kebencian pada dirinya. Seperti biasa, Ana pulang ke rumah sejurus kerja di pejabat diselesaikan olehnya tanpa sebarang cacat-celanya.

“Ana, ibu nak cakap sikit. Boleh tak?”

“Nape ni bu? Formal sangat.”

“Anak ibu ni dah banyak sangat berubah. Tulah terpaksa minta kebenaran.”

“Ibu? Emm… ok. Jom kita berbincang.”

“Ana, bu terima risikkan dari keluarga Dato’ Samier. Macam mana? Nak terima ke?”

“Sapa Dato’Samier tu bu?”

“Ntah. Bu pun  tak kenal. Tapi, nampak cam baik je.”

“Bu, Ana tak nak.”

“Nape, Ana? Sekarang umur Ana dah nak masuk 28 tau. Tua dah tu. Nak jadi an dar tu ke?”

“Anak dara tua lah bu….”

“Bu tanya betul-betul ni. Dia gi main-main pula.”

“Ana tak leh bu.”

“Yalah, nape?”

“Sebab…”

“Sebab Shazlan. Betul tak?”

“Bu?”

“Ibu tau semuanya. Sejak Ana terserempak semula ngan Shazlan kat pejabat. Dia terus je datang jumpa ngan bu. Dia dapatkan alamat dari maklumat staf. Dia dah cite semuanya. Memang dia salah. Tapi, dia nak kahwin ngan Ana. Dia nak langsaikan hutangnya.”

“Ana tak sanggup bu. Janganlah paksa Ana.” Kata-kata muktamad dari Ana tidak dapat di jawab oleh Pn. Jamilah. Tegas juga si Ana ni. Keras kepala sama macam ayahnya. Bisik hati kecil Pn. Jamilah.

Ana tidak lagi bersemangat ke tempat kerja. Dia malas nak berdepanan dengan Shazlan. Lebih-lebih lagi apabila dia mengetahui niat sebenar Shazlan untuk memperisterikannya. Bukan mudah buat Ana untuk melupakan peristiwa hitam itu. Walaupun dia dah tak layak untuk menerima sesiapa pun lagi. Dengan susah payahnya, terpaksa juga Ana bangkit menuju ke pejabatnya. Dia sampai seperti biasa. Awal… Lebih awal daripada staf-staf yang lain. Tiada siapa kelihatan disitu. Kecualilah bilik Shazlan yang terang-benderang oleh cahaya lampu.

“Awallah pula dia ni sampai,” luah Ana pada dirinya sendiri.

“Cakap pasal abang ke?” Terperanjat Ana. Bila pula dia ni sampai kat belakang aku? Buat malu je. Macam mana nak cover.

“Perasaan betullah Tuan Shazlan ni.”

“Adik, nape masih nak jauh dari abang. Nape adik tak leh nak terima abang?”

Please. Jangan ungkit lagi. Tak sanggup saya nak…”

“Adik…, abang ikhlas. Bukan sebab abang dah sentuh adik. Tapi, abang memang suka kat adik sejak mula-mula tengok adik. Bagilah abang peluang tebus dosa abang,” Shazlan sudah bertekad untuk memujuk Ana.

“Saya tak nak kahwin. Bukan dengan Tuan Shazlan aja tapi dengan sapa-sapa pun.”

“Adik, abang orang pertama yang sentuh adik. Dan biarlah jadi orang terakhir yang akan sentuh adik. Percayalah abang ikhlas. Family abang pun dah lama setuju. Adik janganlah musnahkan diri adik. Padahal yang berdosanya abang. Kalau adik tak nak maafkan abang pun tak pe. Yang penting adik jadi isteri abang. Abang janji tak kan sentuh adik tanpa kebenaran adik,” panjang lebar Shazlan menerangkan kepada Ana. Niatnya satu sahaja ketika itu. Ana menerimanya.

“Tapi…”

“Abang tau adik tak dapat lupakan perkara itu. Kan abang mengaku kesalahan abang. Bagilah abang peluang,” pinta Shazlan sekali lagi. Ana serba-salah. Memang dia patut bersyukur kerana Shazlan sanggup bertanggungjawab. Cuma…

“Emm… baiklah. Tapi ada syaratnya.”

“Syukur! Apa syaratnya. Abang sanggup penuhi.”

“Abang tak dibenarkan menuntut hubungan kebatinan dari Ana. Ana belum bersedia.”

“Abang janji. Abang sanggup tunggu sehingga adik emmm.. Ana.. benar-benar menerima kehadiran abang.” Tak kisahlah walaupun Ana sekadar menerima Shazlan untuk kebaikkan diri sendiri. Yang penting Ana berubah dan bersetuju menerima pinangan Shazlan. Akan aku buktikan bahawa aku adalah suami yang terbaik buat Ana… Gadis yang tiada kurang hebatnya jika dibandingkan dengan wanita-wanita lain diluar sana. Tetap menjaga kemuliaan diri.

 

 

 

p/s: cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Kalau ada yang pelik tu, minta maaflah ya. Tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Sekian terima kasih.

 

-TAMAT-



         “Syukur Alhamdullilah! Akhirnya berjaya juga abang tebus dosa abang. Terima kasih yang.” Begitulah Shazlan memulakan bicara pertamanya selepas mereka diijab-kabulkan.

          “Syukur… Syukur juga. Syarat Ana tu jangan pula abang buat tak endah.”

          “Syarat? Syarat apa pula? Bila masa Ana kenakan syarat ni?”

          “Abang! Jangan buat-buat tak ingat. Nanti Ana tunjuk belang Ana. Abang dah janji. So, kenalah kotakan.”

          “Ya Rabbi! Ayang? Abang betul-betul tak ingat. Apa bendanya?”

          “Hisk mengada-ngada betullah. Pasal tulah….”

          “Pasal apa?”

         “Eeee… Pasal abang tak diberikan kebenaran untuk menuntut hubungan kebatinan dari Analah. Kan itu syarat Ana terima lamaran abang.”

          “Oh…. Yang tu. Tengoklah macam mana nanti.” Sengaja je Shazlan berkata sedemikian. Nak kenakan Ana sebenarnya. Jelas menunjukkan Ana benggang. Muka dia dah nampak sangat macam singa betina. Geli hati juga si Shazlan melihatnya. Takut benar si Ana tu. Takkanlah Shazlan nak menghancurkan janjinya sendiri. Padahal dialah yang beriya-iya memujuk Ana menerimannya semata-mata untuk menebus dosanya memperkosa gadis yang tiada dosanya. Bukan hanya sebab itu… yang benarnya Shazlan jatuh hati pada pandangan pertama terhadap Ana. Dan yang paling penting sekarang Ana dah terima dia. Shazlan sebenarnya telah berjanji pada dirinya sendiri untuk memikat Ana sesudah mereka disatukan.

          “Dahlah malas nak layan.”

          “Tak baik tau tak nak layan suami. Dosa!” Sekali lagi Shazlan menyakat Ana. Semakin pucat jadinya. Kesian! Sekejab nampak Ana menelan air liur. Mungkin tengah fikir cara nak melepaskan diri kot. Atau mungkin dah mula gelabah.

          “A… Ana nak turun bawah jab.” Akhirnya dapat juga alasan. Tapi tak kena pada tempat.

          “Nak larikan diri dari abang ya….?”

          “Mana ada?”

          “Yalah tu. Abang percaya sangat. Ayang takut kat abang kan?”

          “Taklah. Buat apa nak takut kat abang. Bukannya abang makan orang.” Tak nak mengalah si Ana ni walaupun nampak jelas dia takut sebenarnya. Nak tipu pun tak pandai.

          “Kalau tak takut… mari duk sebelah abang.”

          “Buat apa?”

          “Adalah sebabnya. Tak kan nak bermanja sikit pun tak leh.”

          “Abang jangan menggatal. Syarat mesti dipenuhi.”

          “Ala syarat tu sebelum kahwin. Ni dah kahwinlah sayang oii.”

          “Abang jangan buat perangai. Nanti Ana…” tak sempat Ana nak menyudahkan ayatnya dah si Shazlan tu menyampuk. Sebenarnya dia rasa terhibur menyakat Ana. Budak tu pun mengelabah semacam je.

          “Nanti Ana apa? Ana nak belasah abang?”

        “A… Ana nangis nanti.” Shazlan tergelak mendengar jawapan Ana. Tak disangkanya itu jawapan yang akan diberikan. Macam budak kecil. Lawak betullah.

          “Dahlah ayang. Abang gurau je tadi. Saja nak kenakan ayang. Tak kan abang nak hancurkan kepercayaan Ana. Abang tak nak jadi kebinatangan lagi. Abang nak jadi suami yang paling baik kat dunia. Dan hanyalah untuk Adryanna seorang. Tiada yang lain dan yang seangkatan dengannya.” Baru lega rasanya dengupan jantung Ana. Kejab tadi habis hangat keseluruhan tubuhnya mendengar usikkan Shazlan. Kalau Shazlan menuntut sekali pun tiada dosanya… Itulah yang difikirkan oleh Ana. Walaupun Ana mengenakan syarat namun jauh dilubuk hatinya dia tetap mengharapkan kasih-sayang Shazlan. Cuma dia nak jual mahal sikit kerana dia pernah merana disebabkan oleh Shazlan.

Keesokkan harinya….

          “Hai anak mama… Puas tidur malam tadi? Mata nampak membengkak je,” tegur mama Shazlan. Ana yang baru je melangkah keluar dari kamar tidur tak berani nak meneruskan pergerakkannya. Dia masuk semula ke dalam bilik tidurnya.

          “Ala… Ni yang malas ni. Orang tua-tua ni kalaupun nak mengusik agak-agaklah sikit. Dahlah saudara-mara masih lagi lepak kat sini. Sekarang nak menyindir-yindir pula. Bukannya aku layan suami aku. Dia tidur kat atas lantai bertemankan bantal peluk je. Eeeeeeee… susahlah. Macam mana ni?” rungut Ana tanpa menyedari kehadiran Shazlan. Suami isteri sama je. Suka larikan diri. Shazlan tak mampu nak menghadap semua kat bawah lagi. Habis kecoh.

          “Kesian abang kan?”

          “Opocot. Mak kau…! opss…” pantas Ana menerkup mulutnya yang suka sangat melatah tu. Dia memang pantang ditegur tiba-tiba macam tu. Lebih-lebih lagi masa dia tengah rungsing fikirkan sesuatu.

          “Melatah! Macam ni….”

          “Dah. Abang jangan nak merapu pagi-pagi lagi.”

“Kesian abang kan?” sekali lagi soalan yang sama diajukan kepada Ana.

“Orang masih ramai ke kat bawah?” Ana segera menukar tajuk perbualan. Mahu tak mahu terpaksalah juga Shazlan jawab.

          “Ramai. Tulah sebabnya abang naik semula kat atas. Dah makin menjadi mereka tu.” Baru je Ana nak membalas…. tiba-tiba kedengaran pintu bilik mereka diketuk dari luar. Siapa pula tu?

          “Ayang tolong bukakan pintu?” pinta Shazlan.

          “Tak nak. Abanglah buka. Ana tak berani.” Mengelak lagi. Ana sebenarnya malu jikalau mereka menyoal yang bukan-bukan. Shazlan tersenyum mendengar kata-kata Ana. Lantas dia sendiri menuju ke arah pintu. Terperanjat dia sejurus pintu bilik terbuka luas.

          “Mak oiii…. Ramainya yang sudi bertandang ke bilik pengantin.” Shazlan terluah apa yang terbuka didalam kepala otaknya ketika itu. Hadirin dah tergelak besar.

          “Hai pengantin, tak nak turun menjamu selera ke? Atau dah terlebih kenyang?” mulalah mereka nak mengusik. Ana dah tak dapat nak larikan diri. Segera dia melirik pandangan ke arah Shazlan, minta dibantu. Shazlan hanya tersengeh macam kerang busuk. Tak nak pula dia nak menyibuk.

          “Ni nak turunlah.”

          “Betul ke ni Ana? Atau saja nak mengelak dari kita orang. Dari tadi kami tunggu kat bawah tak juga kamu tu turun. Sampaikan suami kamu tu pun menghilang sama. Kalau ya pun sabar-sabarlah. Malam akan menjelang tiba lagi.” Makin galak mereka mengusik.

          “Kak Min…. Saya naik semula nak ambil handset saya. Tak lebih dari tu.” Kini giliran Shazlan pula menyampuk. Dia kesian melihat wajah isterinya yang berubah bagaikan cicak kena lestik.

          “Betul ke???? Tapi kalau nak ambil handset kenapa lama sangat? Handset tak jumpa ke atau isteri yang tak jumpa.” Semakin menjadi kalau menjawab. Jadi, Shazlan dan Ana sama-sama mendiamkan diri. Tak nak masuk-campur lagi. Sedang galak mereka ditertawakan… Shazlan segera menarik tangan isterinya.

          “Jom yang. Abang janji nak bawa ayang ke rumah kawan abang. Hampir terlupa pula.” Ana bagaikan pak turut hanya mengekori tanpa sebarang bantahan. Sampai kat kereta terus je Ana menyoal.

          “Abang janji ngan kawan mana?”

          “Tak de sapa-sapa. Saja nak lari dari dia orang.”

          “Ooooo… Terima kasih abang.”

          “Kasihmu abang dah lama terima.” Shazlan memandang tepat ke anak mata Ana sehingga menyebabkan Ana gugup.

          “Ke…kenapa abang pandang Ana macam tu?”

         “Ana… emmm.. Adik… sebenarnya abang…” Shazlan tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia masih lagi setia memerhatikan Ana. Dari anak mata… menuju ke bibir… Ana semakin hilang keruan.

          “Abang?”

          “Ayang… shhhhh… Jangan…” suasana kembali sunyi. Yang kedengaran hanya nafas kedua pasangan. Ana dah mula naik risau….

          “Abang… kalau…”

          “Adik… abang tak tahu nak mulakan macam mana. Tapi abang nak juga bagitau adik.”

“Abang, Ana nak minta satu benda dari abang.”

“Cakap jelah adik. Abang sanggup serahnya nyawa abang sekali pun.”

“Tolong hentikan panggil Ana ni adik.”

“Kenapa pula?”

“Abang, Ana ni bukan adik abang.”

“Abang tau.”

“Habis tu kenapa panggil Ana macam tu.”

“Sebab.. Ana ni… nampak… hmmmm… muka Ana tu nampak sangat muda dari abang walaupun beza umur kita hanya 5 tahun. Tapi tak pelah… depan orang abang tak panggil adik. Belakang boleh kan?”

“Abang, sedar sikit. Kita ni sekarang suami isteri.”

“Ooooo… ingatkan Ana tak sedar.”

“Hah…! Nak kenakan Analah tu.”

“Tak… Sebenarnya abang betul-betul cintakan adik.”

          “Arrrrrrr???”

          “Ya. Tak pernah abang cintakan sapa-sapa pun macam abang cintakan Ana. Tapi abang tak memaksa Ana untuk turut mencintai abang. Abang sanggup tunggu. Biar beratus tahun sekali pun. Kalau abang masih hiduplah.” Ternyata Ana terharu mendengar ucapan ikhlas dari suaminya itu.

          “Abang…”

          “Tak pe yang. Abang tak kisah…”

          “Tak. Ana pun…”

          “Apa dia Ana pun??? Tak kisah juga ke?”

          “Bukan… Sebenarnya, Ana pun sayang gak kat abang. Cuma sengaja je Ana buat macam tu. Nak seksa abang sikit. Balik-balik Ana yang rasa terseksa.” Akhirnya terluah juga.

          “Betul…………”

          “Ya.”

          “Kalau abang….”

          “Nak tuntut pun boleh.”

          “Nanti tak tuduh abang yang bukan-bukan.”

          “Tak. Ni janji Ana.”

          “Syukur! Sekali lagi abang rasa seronok sangat ni. Tak sangka isteri abang ni boleh terpikat ngan abang sebelum sempat abang menjalankan operasi memikat.”

          “Oooo… Abang ada operasi tersendiri rupanya.”

          “Alamak… Terbocor rahsia. Tapi… I love you.”

          “Me too.” Sekali lagi pandangan mata Shazlan hinggap ke wajah Ana. Dari mata… ke bibir… Dan seterusnya… mulalah merayap ke merata. Ana terasa malu namun dia tetap control.

          “Abang, kita kat dalam kereta sekarang. Kawal diri sikit.”

          “Abang mana ada buat apa-apa yang tak senonoh. Masih waras lagi. Lainlah kalau sekarang…” sengaja Shazlan tidak meneruskan kata-katanya.

          “Kalau sekarang apa abang?”

          “Kalau sekarang ni kita kat bilik… minta maaflah ayang oii… abang pasti tak kan lepaskan ayang.”

          “Dah mula abang ni.” jerit Ana sambil menghadiahkan cubitan maut buat suaminya.

          “Terima kasih yang.”

          “Untuk apa?”

          “Untuk cubitan pertama ayang.” Tergelak Ana mendengar usikkan suaminya. Begitulah akhirnya mereka mengecapi kebahagian bersama. Tak disangkakan Ana akan menerima cinta Shazlan secepat itu. Padahal baru je 2 hari mereka hidup bergelar suami-isteri. Benci Ana pada Shazlan dah lama hilang. Sejak dia menerima lamaran Shazlan lagi. Kerana dia berjanji pada ibunya untuk menerima Shazlan sepenuh hati tanpa perasaan dendam. Tahniah kepada Shazlan kerana berjaya memikat hati isteri idamannya. Semoga berkekalan perhubungan mereka.

 

p/s: Maaflah sekiranya sambungan “Tebus Dosa” ini kurang memuaskan hati pembaca sekalian. Semoga pembaca terhibur. Dan sekiranya terdapat idea yang bernas kongsikanlah dengan Dewi. Lagi satu… sekiranya terdapat sebarang kesilapan harap dimaafkan. Biasalah kan… setiap insan tak lari dari melakukan kesilapan. Sekian terima kasih.

 

-TAMAT-

 

  



…Sambungan… “Tebus Dosa”

          “Abang, nak ikut!” pinta Ana penuh manja.

          “Nak ikut? Buang tabiat ke ayang ni? Abang bukannya nak pergi melancong kat Pangkor tu tau.”

          “Ala…… Bolehlah bang…..”

          “Ayang oii… tak yah nak ngada-ngada. Abang nak attend meeting. Bukan nak pergi dating. Yang duk rumah diam-diam.”

          “Tak nak. Ana nak juga ikut abang.”

          “Ni apa hal degil sangat ni? Makin hari makin menjadi perangai ayang ni. Abang dah cakap…. abang bukan pergi nak suka-suka. Atas urusan kerja. Tu pun 2 hari je. Bukan lama mana pun.” Shazlan dah mula hilang sabar dengan perangai Ana yang semakin menggila tu.

          “Abang please…. Sekali ni aja. Ana janji. Boleh ya?”

          “Tak boleh. No more compromise. Ana, abang tak nak tengking kat Ana. Tolong dengar cakap. Jangan buat abang naik angin. Perangai Ana sekarang ni menggalahkan anak jiran sebelah yang baru umur 5 tahun tu.” Keadaan senyap seketika. Pelik! Isteri aku ni diam je. Tak pula merengek macam biasa. Entahlah kenapa! Sejak seminggu lepas, perangai Ana dah lain sangat. Something wrong somewhere. Itulah yang berlaga di kotak fikiran Shazlan. Tapi dia tak pernah nak luahkan pada isterinya itu. Kalau dah merajuk bukan senang nak pujuk.

          “Masya-Allah! Ayang nape niiiiiiii….? Abang bukannya marah, sampai nak nangis pula budak ni. Ni yang buat abang lemah ni. Dahlah tu ya yang… Nanti kalau mama abang tengok mati abang.”

          “Ab… sampai hati abang. Abang dah tak sayang kat Ana,” luah Ana sambil tersedu-sedan.

          “Mana ada… Kalau abang tak sayang kat Ana sure abang tak kan pujuk Ana kahwin ngan abang dulu. Nape Ana fikir yang bukan-bukan ni? Ana sakit ke?” Semakin lembut nada suara Shazlan. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

          “Ana sihat. Kalau betul abang sayang kat Ana…. Bawalah sekali. Ana janji tak kan susahkan abang. At least bolehlah Ana jaga abang. Please bang.”

          “Ana nak jaga abang? Balik-balik nanti abang pula yang kena jaga yang.”

          “Ala abang ni… Tak baik tau tuduh sebarangan. Ana mana pernah tak jaga abang?”

          “Yalah.” Akhirnya terpaksa juga Shazlan bersetuju membawa bersama isterinya. Dia tak nak nanti dia dipersalahkan oleh mama yang suka sangat manjakan menantunya yang sorang ni.

          Kesian Shazlan… tiap-tiap hari kena layan karenah isterinya yang semakin kebudak-budakkan itu. Manja, degil, nakal, kuat menangis… semuanya sekalilah yang di serve oleh Ana buat Shazlan. Pening kepala juga Shazlan memikirkan punca perubahan isterinya. Namun, hampa.

          Sampai je kat Pulau Pangkor… mulalah si Ana tu….

          “Abang…”

          “Ya.”

“Ana laparlah.”

“Lapar? Baru kejab tadi kita makan kan. Ehhhh!!! Ayanggggg… ni perut ke atau tong?”soal Shazlan sambil jarinya menuding ke arah perut Ana. Geli hati juga tengok muka Ana yang dah mencuka tu. Maklumkan Tuan Azman (rakan sekerja) turut berada disitu.

“Abangggggggg… kalau tak nak belikan cakap jelah. Tak yah nak malukan depan orang. Ana nak masuk biliklah dulu.”

“Dah merajuk isteri abang yang sorang ni. Yalah abang belikan. Nak makan apa?”

“Sayang kat abang… Abang, Ana nak makan ikan bakar. Boleh kan?”

“Bertuah punya budak. Duk sembang ngan Tuan Azman. Abang pergi order jab.” Ana tersenyum panjang. Apa taknya… setiap permintaan dia tak pernah ditolak oleh suaminya mahupun mertuanya. Sekejab kemudiannya… muncullah hidangan ikan bakar… Lahab sekali Ana menjamah. Shazlan ada juga nak cubit sikit ikan tu, tapi…..

“Hiskkkkhhhh… apa ni ayang pukul-pukul tangan abang?”

“Tak malu abang. Ambil ikan Ana.”

“Ayang???? Ikan tu bukan Ayang pergi tangkap kat laut sampai abang nak cubit sikit pun tak boleh.”

“Abang nak… order lain. Boleh gak Ana tumpang sekali.”

“Tak de masa. Dah cepat makan. Abang nak tidur ni. Esok ada meeting.” Susah juga Shazlan melayan isterinya.

Nasib baik 2 hari je meeting kat Pangkor tu, kalau tak makin merana Shazlan. Macam-macam yang Ana minta. Itulah… inilah… Yang penatnya Shazlan. Kehulu kehilir mencari semua yang diminta isterinya. Kalau tak dibelikan siaplah Shazlan. Makin muncunglah mulut si Ana tu dan siap kena ugut lagi. Kalau Shazlan tak memenuhi kehendak Ana maka Ana akan report kat mama. Akhirnya kembalilah juga mereka berdua ke rumah. Baru je si Shazlan nak sandar kat sofa, dah isterinya panggil.

“Abangggggg.” Dah mula….

“Apa lagi ayang? Abang penat ni.”

“Ala abang. Bukan Ana nak suruh abang pergi beli apa-apa.”

“Habis tu?”

“Ana teringin nak makan roti canai.”

“Kata tak nak suruh beli barang. Tu minta roti canai. Kat kedai je yang ada kan?”

“Memanglah abang…Tapi Ana tak nak yang kat kedai punya. Ana nak yang buatan tangan abang punya.”

“Ayang? Jangan nak pandai-pandai suruh abang buat roti canai. Masuk dapur pun abang tak pernah tau. Jirus air pun tak tau.”

“Abangggggggg…. Janganlah cam tu. Ana tiba-tiba je rasa tak sihat. Sebab tu Ana nak abang buatkan. Nanti Ana bagitaulah macam mana nak buat. Cara-cara dia senang je.” Ana ni memang suka sangat memujuk.

“Ayang ni susahlah. Kerja yang abang tak mampu buat yang dia nak suruh buat.”

Please!!!!”

“Nak buat cam mana.. Kena jugalah setuju.”

“Muaaaahhhh… so sweet of you.”

Ana bangkit menuju ke dapur untuk mendapatkan bekas, tepung, air suam, minyak dan susu manis. Beberapa minit kemudian muncul semula dengan bahan-bahan tersebut. Shazlan pula memandang je isterinya. Cutenya isteri aku ni tiba-tiba. Dulu pun cute juga. Tapi sekarang bertambah ayu. Berseri-seri wajahnya. Tapi kenapa dia cakap yang dia tak sihat. Aku tengok sihat je. Bisik Shazlan. Tapi dalam hati jelah.

“Abang, mula-mula masukkan tepung ke dalam bekas ni. Pas tu tuang air. Tapi sikit je tau. Gaulkan dulu. Sampai tepung tu betul-betul uli. Pas tu bubuh pula minyak. Uli lagi tau abang. Bagi tepung tu jadi lembut dan tidak melekat kat tangan abang. Pas tu bubuh sikit susu.” Panjang lebar Ana menerangkan kepada Shazlan.

“Taklah susah mana…. rupanya… pup!”

“Abangggggggggg.” Jerit Ana. Tapi kemudiannya mula ketawa terbahak-bahak. Apa taknya…. Shazlan ganas sangat. Lepas je tuang air kat atas tepung, tangan Shazlan merempuh masuk ke dalam bekas dan dengan rakusnya meng‘uli’ tepung tersebut sehingga tepung tu terkena pada wajah handsemnya itu. Habis meja rosak dengan limpahan tepung tadi. Tak jadi Ana nak marah bila tengok wajah innocent suaminya itu. Namun akhirnya jadi jugalah roti canai hasil tangan Shazlan. Tapi banyaklah bezanya dengan roti canai kedai mamak. Yang Shazlan punya ni… bentuk entah apa-apa. Dah tu sedikit hangus pula tu. Shazlan sendiri tak lalu nak makan. Ana…? Bagaimana pula dengan dia?

“Mak oii… licin. Ayang, yang tak sedap macam ni pun boleh habis juga ke? Peliklah ayang ni.”

“Siapa cakap tak sedap? Ana berselera makan tau abang. Dahlah abang… Ana nak tidur sat.”

“Ana petang-petang cam ni tak baik tidur tau.”

“Tau. Tapi yang sakit dikecualikan.”

“Ana sakit ke? Tak nampak pun cam tu.”

“Ana sakit kat dalamlah bang. Ana rasa pening kepala sangat. Macam nak pitam je.:

“Ya ke? Kalau cam tu jom abang bawa jumpa doktor.”

“Malaslah bang. Abang nak… abang pergilah. Ana nak rehat.” Shazlan hanya mampu menggeleng kepala.

Dah dekat dua hari Ana menyendiri. Tak mengganggu Shazlan seperti biasa. Shazlan takut juga. Yalah! Lagipun sebelum ni isterinya dah bagitau yang dia pening kepala. Janganlah si Ana tu ada apa-apa penyakit berbahaya. Ya Allah! Lindungilah isteriku. Rintih Shazlan. Dia memang risau. Dia sayangkan Ana lebih dari nyawanya sendiri.

“Ayang.”

“Hmmm… Abang.”

“Nape ni? Tak sihat ke? Abang takut ni yang. Cuba cakap betul-betul ngan abang.”

“A… abang… Ana… Ana sendiri pun tak tahu. Ana rasa lemah seluruh badan. Ana rasa cam nak tidur je. Padahal Ana tak mengantuk.”

“Tulah yang. Makan lagi benda bukan-bukan. Sekarang sakit ayang juga yang susah.”

“Tak kan sebab makan, abang.”

“Manalah tau. Keracunan makanan ke?”

“Tak taulah abang. Tapi Ana tak larat sangat-sangat.”

“Tak pelah. Abang bawa ayang jumpa doktor jelah. Mari sini abang salinkan baju ayang. Pas tu kita pergi klinik.” Shazlan memang suami yang baik. Isterinya sering dilayan walaupun kadang-kala sikap Ana menggugat kesabaran Shazlan. Perlahan-lahan kereta BMW Sports berwarna merah kepunyaan Shazlan meluncur di atas jalan. Akhirnya tiba juga mereka ke klinik Sarimah. Shazlan dah mula mundar-mandir kat klinik tersebut. Apa hal ni? Patient sorang pun tak de. Tapi kenapa lambat sangat ni. Doktor ni tak tau ke aku tengah risau ni. Eeeeeeeee… Nak je aku cekik doktor ni hidup-hidup. Shazlan merunggut sendirian.

“Encik, doktor panggil.” Terperanjat Shazlan. Nasib dia pandai cover macho.

“Doktor, kenapa dengan isteri saya?”

“Kalau ya pun bawalah bersabar Encik Shazlan. Duduk dulu.”

“Oppsss,,, sorry doktor.”

“Emmm… sebenarnya isteri Encik Shazlan ni menghidapi penyakit merbahaya. Tak boleh nak di rawat lagi. Mahu tak mahu Encik kena juga terima.”

“Ya Allah!” jerit Shazlan sambil tangannya meraup wajahnya. Tak sanggup dia menghadapi kenyataan tersebut.

“Bawa-bawalah bersabar Encik. Yang penting sekali Encik kenalah puaskan kehendak isteri Encik sekiranya dia mengidam nak makan apa-apa.”

What?”

“Encik Shazlan… Penyakit merbahaya yang saya maksudkan tu… Isteri Encik ni kuat mengidam. Penyakit ni merbahaya buat si suami.”

“Saya tak faham. Maksud doktor….?”

“Encik Shazlan bakal menjadi papa tak lama lagi. Tahniah!”

“Patutlah!!!!!”

“Apa yang patutlah Encik Shazlan?”

“Emm… Patutlah isteri saya melampau-lampau perangainya. Rupanya dia pregnant. Serik saya. Tapi, I’m happy. I’m going to be a father very soon. Terima kasih doktor.” Shazlan teramat gembira dengan berita tersebut. Dia meraikan isterinya sampai berbakul-bakul buah mempelam muda dibeli olehnya. Hanya buat isterinya yang tersayang….

 

 

p/s: Sambungan ni hanyalah sebagai tambahan kepada cerpen: …Sambungan…. “Tebus Dosa”. Semoga pembaca terhibur. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, harap dimaafkan. Terima kasih di atas sokongan semua.

 -TAMAT-



{21 Oktober 2008}   “Jatuh Cinta”

Nasib malang menimpa Shaidatul Ainn ekoran kematian bakal suaminya di dalam kemalangan jalan raya yang telah meragut nyawa tunangnya. Ketika itu, hanya tinggal seminggu sahaja lagi untuk dia di ijab-kabulkan dengan jejaka pilihan keluarganya, Mohd Fariz. Shaidatul Ainn sudah mula berubah sikap. Jika dahulu dia mudah di dampingi, kini tidak lagi. Begitu payah untuk dia mengukirkan senyuman manis. Hilang serinya. Bukan hanya kerana nasib yang menimpanya. Tetapi juga disebabkan tuduhan daripada keluarga pihak lelaki. Ainn di katakan penyebab utama atas  kematian Mohd. Fariz. Dia di lemparkan dengan gelaran anak sial, yang hanya membawa nasib malang. Sebelum ini… keluarga tirinya sahaja yang akan berkata sedemikian. Puas juga sahabat baiknya, Noni cuba memujuk Ainn kembali ceria seperti sedia kala. Ternyata Noni gagal. Malahan Ainn lebih suka menyendiri. Kerja-kerja di pejabat juga makin lama makin diketepikan olehnya. Sampai begitu sekali Ainn terjejas. Pada suatu hari tu, Syarikat Ikram; tempat di mana Ainn dan Noni mencari nafkah telah menyampaikan berita bahawa anak teruna Dato’ Hasaruddin bakal mengantikan kedudukkan papanya dalam masa terdekat. Cuma belum dapat di pastikan tarikh sebenar pengisytiharan boss baru itu. Hinggalah tiba saatnya….

            Hello every body. Let i introduce… this is our new boss, En. Syamsul. Kenalkan semua.” Zamani, Pengurus Muda Bahagian Pemasaran memperkenalkan En. Syamsul. Semua menyambut manis salam perkenalan En. Syamsul, kecuali Ainn yang sambil lewa sikapnya. Syamsul naik marah melihat kelakuan Ainn. Di sebabkan itu merupakan hari pertama dia di Syarikat papanya, dia terpaksa kuburkan sahaja niatnya untuk melenting dan melepaskan geram pada Ainn. Tak pe!!! Sabar jelah dulu. Kau bukannya akan lari pun. Pandailah aku balas. Sebenarnya Ainn bersikap acuh tak acuh tadi kerana dia sedang menahan sakit yang tiba-tiba menyerang perutnya. Biasalah… kaum perempuan memang tidak lari daripada masalah bulanan. Betul tak? Lebih menyakitkan lagi itu merupakan first day period Ainn. Dahlah dia tak bawa pad. Susah payah dia cari spare kat member dia.

            “Cik Shaidatul Ainn.” Tiba-tiba je Syamsul muncul entah dari mana. Ainn sendiri pun tidak dapat pastikan. Yang surenya… suara lelaki tu, nampak sangat seperti menahan marah. Semua staf yang ada kat situ waktu tu, terkulat-kulat memandang antara satu sama lain. Baru masuk kerja dah mula tunjuk gaya boss. Itulah yang mereka fikirkan.

            “Ya, En. Syamsul.” Jawab Ainn sedikit lemah. Memang dia tak dapat menahan keperitan datang bulan sejak dari dulu lagi. Daya ketahanannya kurang.

            “Mana fail yang I minta you submit sekejab tadi?” lantang benar bunyi suaranya. Kecut perut Ainn mendengar suara sebegitu. Dia memang penakut pun. Orang marah sikit mesti nak menangis.

            “En. Syamsul, saya dah pass tadi.”

            I tak terima pun.”

            “Tak En. Syamsul. Memang saya dah bagi tadi. Rasanya En. Syamsul letak kat atas meja.”

            You jangan nak pandai-pandai, Cik Shaidatul Ainn. Datang kerja buat gaya datang kerja. Jangan nak malas. Makan gaji buta. Nanti I check. Kalau tak ada siap you. Tahulah I apa nak buat.” Tegas Syamsul melontarkan kata-katanya. Terubat sikit rasa dendam di jiwanya. Dia tidak mengambil peduli perasaan Ainn. Sakit Ainn makin menjadi, sampaikan lunch pun dia tak ambil. Kawan-kawan sepejabat yang lain kesian melihat Ainn. Syamsul yang sudah kembali ke bilik pejabatnya, masih belum menampakkan batang hidung. Dia rasa serba-salah sebenarnya kerana memarahi Ainn tanpa periksa dulu kebenaran kata-kata Ainn. Memang fail yang dia minta ada kat atas mejanya. Tetapi… biarkan… Dia patut rasakan… Siapa suruh cari nahas dengan aku, bentak hati kecil Syamsul. Bisikkan jahat melebihi ketulusan hatinya.

            “Eh! Cik Shaidatul Ainn?” sapa Syamsul sebaik sahaja terpandang gadis kecil molek tu masih setia menghadap PC menyiapkan kerja-kerjanya yang tergendala sebelum ni. Staf yang lain semuanya dah pulang ke rumah. Muka Ainn pucat. Memang Syamsul perasan waktu dia melenting kat gadis tu pagi tadi.

            “Boleh saya balik?” soalnya tanpa sedikit pun memaling muka ke arah Syamsul. Timbul pula rasa simpati jauh di lubuk hati Syamsul. Memang Syamsul suruh dia siapkan kerjanya dulu sebelum balik. Tapi, tak pula Syamsul sangka dia sanggup stay back.

            “Emm… yup sure. I boleh tolong hantar. If you don’t mind.”

            “Tak pe. Saya boleh balik sendiri. Thanks, anyway.” Balas Ainn sedikit kasar. Dia memang tersinggung dengan keganasan bossnya tadi. Syamsul naik geram juga mendengar bunyi ton suara Ainn. Tapi, di matikan sahaja geramnya.

            Are you okay? Nampak macam tak sihat je. Kenapa?”

            Nothing,” jawab Ainn ringkas. Malas nak layan. Syamsul pula sebagai majikkan, sudah menjadi tanggungjawabnya mengambil berat soal kesihatan anak buahnya. Dia masih tidak berputus asa. Dia setia memerhatikan Ainn. Ainn menekan perutnya. Tahulah Syamsul yang Ainn sedang mengalami stomach pain.

            You sakit perut ke? Nak I tolong.”

            No. Saya nak balik sekarang, En. Syamsul. Selamat tinggal,” ucap Ainn sambil menyentap dengan kasarnya beg tangannya yang tersangkut kat laci tempat duduknya. Syamsul memerhatikan langkah Ainn. Tersinggung juga dia dengan layanan dingin daripada Ainn. Tapi kemudiannya tersenyum nakal.

            “Emm… kalau dah perempuan marah-marah tak tentu pasal tu, semestinya satu je sebabnya. Datang haid lah tu. Patutlah dia pegang perut dia.” Syamsul bercakap seorang diri. Geli hati dengan sikap Ainn yang seperti cuba mengelak tadi.

            Begitulah saban hari, Ainn terpaksa menghadap boss mudanya yang bengis tak tak tentu pasal tu. Apa yang Ainn buat ada je salahnya. Separuh mati Ainn menjalankan kewajibannya sebagai seorang setiausaha yang berdedikasi. Syamsul memang sengaja memperlakukan sebegitu terhadap Ainn hinggalah one day dia melepaskan geram familynya pada Ainn. Masalah dia bukan Ainn tapi cadangan keluarganya yang telah memilih jodoh untuknya. Dia terpaksa menerima dengan hati yang berat. Dia masih belum dapat melupakan kekasih lamanya, Nadia. Cintanya hanya milik Nadia. Itulah yang dia fikirkan. Namun sekelip mata sahaja semuanya hancur berkecai apabila Nadia sendiri yang meminta perpisahan kerana cintanya telah beralih arah. Malahan dah dua tahun Nadia hidup bahagia bersama suaminya. Dia dah pun ada seorang anak. Takkanlah pula Syamsul nak meruntuhkan rumah-tangga orang lain semata-mata kerana cintanya yang di persiakan itu.

            Hari yang ditunggu-tunggu menjelang tiba juga akhirnya selepas dua bulan lamanya Syamsul bertunang. Pengantin lelaki dan perempuan masing-masing belum pernah diketemukan, sehinggalah tibanya waktu membatalkan wuduk. Terbeliak Syamsul dan juga Ainn. Tak disangka-sangkakan mereka yang disatukan rupanya. Papa Ainn memang selalu sangat mengambil keputusan tanpa bertanya terlebih dahulu kepadanya. Kalau Ainn menjawab pasti kena penampar hebat daripada mama tirinya. Dia tidak pernah dipandang sebagai anak oleh mama tirinya mahupun abang tirinya.

            “Ainn, I harap you faham. I belum boleh terima you sebagai isteri I walaupun kita dah bernikah.”

            “Saya tak kisah. Dan saya pun belum bersedia untuk menjadi isteri siapa-siapa pun.”

            “Terima kasih kerana memahami.”

            “Tapi, satu je permintaan saya. Saya tak nak berhenti kerja.”

            “Itu I tak boleh nak bantu. You kena bincang dengan papa I.” Senang-senang sahaja Syamsul lepas tangan. Dia tidak mahu masuk campur dalam urusan yang berkaitan dengan Ainn. Puas juga Ainn cuba memujuk mertuanya, tetapi mereka keras. Tak nak juga bagi Ainn bekerja. Cukup sekadar jadi suri rumah sepenuh masa.

            Kini, Ainn sudah dapat menyesuaikan dirinya bersama-sama dengan keluarga Dato’ Hasaruddin yang memang senang di dampingi. Syamsul merupakan anak sulung mereka. Selain Syamsul, ada lagi tiga orang anak Dato’ Hasaruddin. Tiga lelaki dan seorang perempuan. Sekelip mata sahaja Ainn sudah rapat dengan adik-adik iparnya, Syahril, Syahmir dan Syahidah. Hanya hubungan Ainn bersama Syamsul sahaja masih dingin. Sedikit pun tiada tanda-tanda mereka seperti pasangan suami isteri. Walaupun begitu, Ainn tidak ketinggalan menjalankan tanggungjawabnya. Segala makan minum dan pakaian Syamsul terurus rapi. Tak pernah di abaikan.

            “Akak, Shahril laparlah. Boleh tolong masak tak?”

            “Haik… Kan tadi dah makan kat luar?”

            “Memanglah akak. Tapi masih tak cukup. Please ya?” rayunya. Ainn menghadiahkan senyuman paling manis buat adik iparnya yang sorang tu. Manja sangat. Mengalahkan budak kecil je lagaknya. Padahal umur dia dah menjangkau 23 tahun. Hanya 4 tahun beza dengan Ainn.

            “Yalah. Tunggu jab. Akak masak nasi goreng jelah ya.” Shahril mengangguk-anggukkan kepalanya. Sedang sibuk mereka berempat menjamu sekali lagi, Syamsul muncul. Wajahnya serta-merta berubah melihat keakraban Ainn dan adik-adiknya. Dia cemburu. Dalam tak dia sedar sebenarnya dia dah jatuh cinta dengan isterinya. Ainn yang sedang sibuk melayan kerenah adik-adik iparnya, menoleh memandang Syamsul. Sebagai seorang isteri dia memanggil Syamsul.

            “Abang, marilah makan sekali. Saya hidangkan.”

            “Tak payah.” Ketiga-ketiga orang adik iparnya memandang antara satu sama lain. Mereka pelik dengan perangai abang mereka yang tidak boleh dijangka itu. Ainn tidak pula memaksa. Tak nak sudah! Jimat sikit makanan.

Sejak daripada itulah juga Syamsul mula menjauhkan diri daripada Ainn. Dia jarang balik awal. Selalunya dia akan balik lewat malam lepas semua dah masuk tidur. Ainn hairan dengan perubahan ketara Syamsul. Syamsul sekarang ni dah pandai keluar malam, lepas balik dari pejabat. Ini menimbulkan syak wasangka pada Ainn. Ada sekali tu, Ainn yang berpura-pura tidur menjenguk melalui tingkap biliknya apabila terlihat suaminya tergopoh-gopoh keluar. Seorang wanita muda duduk di seat depan kereta Syamsul yang tak diletakkan kat dalam garaj. Hancur berkecai hati Ainn tatkala melihat kemesraan Syamsul bersama wanita tersebut. Tahulah dia kini kenapa Syamsul selalu bersikap dingin terhadapnya. Sepanjang malam Ainn bertemankan air mata. Dia menyesal kerana menganggu perhubungan suaminya itu, yang mungkin sejak sebelum perkahwinan mereka lagi. Setelah berfikir panjang, Ainn mengambil keputusan untuk pulang semula ke rumahnya. Hubungannya bersama mama tirinya sudah pulih sejak menerima pinangan daripada Dato’ Hasaruddin. Biasalah perempuan memang cepat benar terburu-buru mengambil keputusan. Keesokkan paginya, Ainn menghampiri Syamsul.

“Abang, Ainn nak minta kebenaran untuk pulang ke rumah mama.” Syamsul yang tengah mengalami ketegangan sejak dua minggu lepas mengangguk tanda setuju. Sikit pun dia tidak menghalang. Di biarkan sahaja Ainn dalam kepiluan, padahal dia dapat melihat dengan jelas wajah sedih isterinya itu.

Sudah lebih dari satu minggu Ainn berada di kampung halamannya. Syamsul pula mula tidak terurus hidupnya. Sebelum ini Ainn yang buat segala-galanya untuk Syamsul. Syamsul mula merindui isterinya. Walaupun mereka tidak mesra, namun pemergian Ainn menganggu ketenangan jiwa Syamsul. Dia rasa bosan bila tidak dapat melihat wajah comel Ainn. Pertama kali dia menghubungi isterinya.

“Assalammualaikum, Ainn… Abang ni.”

“Waalaikummussalam. Ya abang. Apa hal?”

“Emmm… tak pelah. Tak de apa-apa. Abang letak dulu.” Syamsul mematikan panggilannya. Sekali lagi Ainn terguris. Pada sangkaannya Syamsul ingin memujuknya pulang. Syahril, Syahmir dan Syahidah tidak dapat berpisah dengan kakak ipar mereka. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk menjemput sendiri Ainn. Tak nak mengharapkan lagi abang mereka. Ainn yang tiada pilihan lain terpaksa juga pulang semula ke banglo tersebut. Di situ, dia terserempak dengan Syamsul.

“Dah balik? Ingatkan tak nak datang balik kat sini,” sindir Syamsul.

“Memang saya tak nak balik semula. Tapi, adik-adik abang paksa saya. Lagi pun saya tak nak merampas kebahagian orang lain. Malahan saya sanggup menerima jika di takdirkan untuk keluar dari rumah ni buat selama-lamanya,” terang Ainn, sedikit kasar. Entah kenapa Syamsul dapat merasakan kesantunan Ainn walaupun suaranya agak lantang juga ketika itu.

“Ni mesti Ainn dah tengok kan? Dia bukan seperti yang Ainn sangkakan. Memang kami pernah bercinta. Tapi bukan lagi sekarang. Saya bantu dia untuk process penceraian. Dia dah tak sehaluan dengan suaminya. Saya tak anggap dia lebih dari seorang kawan.” Kenapa perlu aku terang kepada Ainn? Asyik-asyik benda yang sama bermain di dalam kepala otak Syamsul. Ainn tidak begitu mudah mempercayai kata-kata Syamsul. Tidak di endahkan olehnya sehinggalah mak mertuanya sendiri turun padang menceritakan perkara sebenar.

“Ainn.”

 “Ya, mama.”

“Mama ada hal sikit nak bincang dengan Ainn.”

“Berkenaan apa tu mama?”

“Syamsul.”

“kenapa dengan abang?”

“Ainn, dengar cakap mama ni ya. Syamsul tu tak ada apa-apa hubungan lain dengan Nadia. Dulu memanglah mereka pasangan kekasih. Tapi, Nadia sendiri yang menolak lamaran Syamsul. Katanya hati dia dah terpaut kat lelaki lain. Selama setahun Syamsul merana. Sikap bengis dia tu lahir selepas di tinggalkan kekasih. Mama tahu sebab Nadia tu anak kawan mama.”

“Jadi betullah apa yang abang cakap kat Ainn tempoh hari tu.”

“Ya.”

“Mama, maafkan Ainn.”

“Tak pe, nak. Mama faham. Nanti, Ainn bincanglah dengan Syamsul ya.” Ainn yang terburu-buru mempersalahkan suaminya mula di himpit perasaan sayu. Dia sedih kerana tidak mempercayai suaminya. Hampir setiap hari Ainn menangis. Dia menyesal tak sudah-sudah. Hinggalah susut berat badan Ainn. Dia jatuh sakit. Syamsul yang sibuk dengan tugasan pejabat tidak pula perasaan apa pun. Syahril, Syahmir dan Syahidah yang dah lama tak mendengar gurauan mesra kakak ipar mereka, menjenguk ke dalam kamar tidur abangnya. Ainn terbaring kaku. Syahidah masuk seorang diri menghampiri Ainn.

“Masya-Alla! Akak panasnya badan,” jerit Syahidah. Laju-laju Syahril dan Syahmir menghampiri Ainn.
            “Akka, kenapa tak bagitahu kita orang. Tengok sekarang akak juga yang susah. Jom kita pergi klinik,” pinta Syahmir yang muda 7 tahun dari Ainn. Dia takut melihat wajah kuyu Ainn.

“Tak pelah Syahmir, Syahril, Syahidah… Kejab lagi oklah. Biar akak rehat kat sini je dulu. Sorry ya, tak dapat nak berborak lama. Akak nak tidur.” Suaranya lemah. Macam tak cukup tenaga je. Syahril yang dah kebuntuan idea segera menghubungi Syamsul.

“Hah! Apa hal ni awal-awal lagi dah call abang?”

“Abang, akak sakit teruk. Dia tak nak ikut kita orang pergi klinik. Kami takutlah abang.”

“Sakit? Emmm… Ok tunggu abang. Kejab lagi abang sampai.” Syamsul risau juga bila dapat berita tersebut daripada adiknya. Segera dia melangkah keluar.

“Noni, batalkan semua appointments and meetings saya. Saya ada hal sikit. Tak balik office.” Syamsul memecut laju keretanya setelah meminta Noni membatalkan semua agenda hari ini. Dia lebih pentingkan kesihatan Ainn. Sampai juga Syamsul kat bilik tidurnya. Ainn masih baring lagi, membelakangkan Syamsul. Perlahan-lahan Syamsul menghampiri Ainn. Pertama kali dia menyentuh tubuh isterinya. Dia menarik Ainn supaya menghadapnya.

“Kenapa ni, sayang? Lain kali kalau tak sihat, bagitahu abang.” Ainn terkebil-kebil melihat kehadiran Syamsul. Dia tidak menjawab pertanyaan Syamsul. Hanya memerhatikan sahaja.

“Kenapa tengok abang macam tu?”

“Ha… Emm… tak ada apa-apa.”

“Betul?”

“Betul.”

“Kalau macam tu, jom ikut abang pergi klinik.”

“Tak nak.”

“Jomlah.”

“Tak nakkkkk…..”

“Abang panggil betul-betul, tak nak ikut ya. Tak pe…” luah Syamsul sambil serta-merta mendukung isterinya.

“Abang, apa ni? Lepaskan. Malulah kalau adik-adik tak pun papa dengan mama tengok.”

“Malu apa pula.” Tanpa menghiraukan pujuk rayu Ainn, Syamsul yang masih mendukung isterinya menuruni anak tangga menuju ke halaman rumah. Semua ahli keluarga ada kat ruang tamu.

“Abang, kenapa dengan akak,” soal Syahidah pantas.

“Tak de apa-apa. Abang nak bawa ISTERI abang ke klinik. Itu je.” Ainn malu tapi langsung tak menunjuk. Terpaksa berlakon. Kalau tak mesti kena ejek punya.

Begitulah akhirnya Syamsul dan Ainn menjadi pasangan yang paling romantik. Tak perlulah jelaskan dengan lebih terperinci. Kalau si suami dan si isteri dah berbaik tu, faham-faham jelah apa yang akan berlaku seterusnya. Mestilah happy.



{20 Oktober 2008}   “ORANG GAJI”

“Ni yang tak best ni. Mama suka sangat paksa Gee melakukan sesuatu yang bukan atas kehendak Gee. kenapa mama? Kan dah Gee bagitahu dulu lagi yang Gee tak berminat nak berumah-tangga, layan suami, layan anak-anak. Rimas tau mama. Mama, tolonglah faham sikit perasaan Gee. Bagilah masa untuk Gee rehat-rehatkan sikit minda ni,” pinta Genelia seakan-akan merayu meminta belas kasihan.

“Gee ni memang anak yang degil. Okey tak pe… Mama bagi masa satu bulan je untuk Gee. Bawa calon suami sendiri atau kahwin dengan pilihan mama dan papa. Jangan ingat kali ni Gee boleh terlepas begitu je. Mama dan papa betul-betul maksudkannya,” Pn. Elina pula meluahkan rasa ketidak-puas-hatiannya. Pn. Elina sedikit rungsing mengenangkan sikap sambil lewa anak sulungnya itu.

“Tapi, mama…” baru je Genelia ingin mendesak mamanya supaya menarik balik permintaannya yang difikirkan melampaui batas tu.

“Gee, dengar baik-baik…. Umur Gee tu dah menjangkau 28 tahun. Adik-adik Gee semuanya dah pun bernikah. Masing-masing bahagia bersama suami dan anak. Tinggal Gee sorang je. Jangan berdegil. Kalau Gee masih berkeras, papa tak teragak-agak nak halau Gee dari rumah ni. Dah tu jangan sekali-kali datang berjumpa kami lagi. Papa dengan mama malu kat kawan-kawan seperniagaan yang dah selalu sangat tanya berkenaan perkahwinan Gee,” tegas benar bunyi suara Encik Rashlee menegur anaknya. Nescaya Genelia gagal. Pn. Elina dan En. Rashlee bertekad sepenuhnya. Kali ini tiada lagi belas-kasihan.

Genelia buntu. Apa lagi yang patut dia lakukan? Mana dia nak cari kekasih? Takkan dia nak kahwin dengan lelaki yang tidak dia kenali. “Melampaulah mama dengan papa ni,” bentak hati kecil Genelia. Dia dah hilang idea. Dah tak tahu apa lagi yang boleh dia lakukan untuk mengelak daripada topik yang sama. Sebulan tu bukannya lama sangat. Lebih-lebih lagi bagi orang macam Genelia yang tak pernah berkawan dengan mana-mana lelaki pun sebelum ini.

Kehidupan Genelia kini mula dirundum kemurungan. Terfikirkan jalan penyelesaian terbaik kepada isu yang dibangkitkan oleh keluarganya. Pn. Elina dan En. Rashlee bukan tak perasan perubahan anak gadis mereka. Tapi sengaja tak nak ambil tahu. Kali ni biar Genelia terpaksa terima desakkan mereka. Puas Genelia berusaha mencari calon yang sesuai untuk dijadikan suaminya kelak. Tak juga dia jumpa. Mana nak jumpa kalau pandang secara luaran je. Dia sebenarnya takut nak mendekati lelaki-lelaki yang dia terserempak kat jalanan tu. Tempoh yang diberikan oleh mama dan papanya hampir sampai kepenghujungnya. Tinggal dua hari sahaja lagi. Akhirnya, Genelia berterus-terang dengan keluarganya berkenaan masalah yang sedang melanda kotak fikirannya. Pn. Elina dan En. Rashlee hanya mampu tersenyum. Bukan niat nak mengejek.

“Gee fobia dengan lelaki? Kenapa pula?”

“Tak tahulah mama. Tapi, Gee takut nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Lebih-lebih lagi tang tu…” tanpa segan-silu dia keluarkan juga ayat yang tercekik kat leher dia tu. Mama dengan papa dia apa lagi, terdekah-dekah ketawalah. Genelia dah malu teramat sangat. Dia lupa papanya ada sekali kat situ.

“Gee, papa tak tahu macam mana nak pujuk lagi. Kami dah bagi tempoh. Tapi, Gee tak juga bawa bakal calon menantu kami. Jadi, redha jelah ya dengan pilihan papa. Nanti Gee akan biasa juga. Pandailah suami Gee pujuk.” Gee dah tak dapat nak menolak lagi. Mahu tak mahu kena juga dia terima calon papanya, yang entah sapa-sapa tu.

Manakala di banglo mewah milik Dato’ Akhmal pula lain ceritanya. Anak lelakinya, Ikram Shazlan yang memang serius nak mampus tu melenting tak tentu pasal apabila mama dan papanya menyampaikan hasrat ingin menjodohkannya dengan seorang gadis pilihan mereka. Payah sangat dia nak bernikah sebabnya dia memang tak suka budak-budak perempuan sejak dibangku sekolah lagi kerana dipersendakan oleh Linda, bekas rakan sekelasnya dulu. Sejak itulah dia menanam dendam terhadap kaum hawa, kecualilah mamanya.

“Az, jangan macam ni. Mama pun teringin nak ada menantu macam orang lain. Tak kesian ke tengok mama? Az sorang je anak mama. Mana ada yang lain-lain.”

“Mama, Az dah banyak kali cakap tak nak kahwin. Kenapa pilih calon bila orang dah cakap tak nak?” sekali lagi Ikram Shazlan meluahkan kebenggangan jiwanya dengan tindakkan papanya.

“Az, papa buat ni atas kebaikkan semua. Kalau nak tunggu Az berubah, sampai bila-bila pun rasanya tak juga Az nak berubah. Kami ni bukannya muda lagi. Dah tua. Tunggu masa je. Kami tak nak kempunan tak dapat main dengan cucu. Kalau Az masih nak keras kepala lagi,  teruskan. Papa dah tak kan masuk campur lagi,” luah Dato’ Akhmal. Kesal dengan perangai anaknya yang seorang itu. Tersentuh juga Ikram mendengar kata-kata papanya. Dengan berat di dada dia menerima pilihan papanya.

“Betul Az setuju?” tanya mamanya, Datin Maziaton sedikit ragu-ragu.

“Betullah, mama. Saya tak kisah siapa pun. Ikut suka mama dan papa. Saya just terima je,” balas Ikram. Ternyata dia tidak ikhlas. Itu tak penting… yang penting Ikram Shazlan bernikah. Dia dah mencecah 29 tahun, tapi masih ego dengan sikap kelelakiannya. Itulah yang bermain di kotak fikiran Dato’Akhmal dan Datin Maziaton.

Majlis akad-nikah mereka disambut dengan meriah sekali. Maklumlah persandingan yang ditunggu-tunggu ramai. Genelia dan Ikram Shazlan buat muka sekupang. Masing-masing geram dengan paksaan keluarga.

Pada malam pertama pasangan pengantin baru; perlahan-lahan Genelia melangkah masuk ke dalam kamar tidur barunya setelah selesai membantu Datin Maziaton berkemas sedikit apa-apa yang difikirkan perlu. Seram sejuk terasa seluruh badan. Benda yang dia risaukan… satu sahaja… Emmm… faham-faham ajalah. Dia meninjau keadaan sekeliling. Sunyi dan sepi. Macam tak ada penghuni. Pelik! Mempelai lelaki hilang. Tak pernah terjadi di mana-mana sebelum ni.

          “Patutnya aku yang kena lesap. Sebab… sebab.. aku yang nak elak diri daripada hubungan tu. Tapi, lain pula yang jadinya. Dia pun fobia ke?” omong Genelia bersendirian. Pada sangkaannya, Ikram dah keluar awal-awal lagi. Silap tafsirannya. Ikram sebenarnya duduk kat beranda. Gelap! Jadi kelibatnya tidak kelihatan dengan jelas.

          “Woi, perempuan!” jerit Ikram. Terperanjat Genelia. Hampir nak runtuh degupan jantung Genelia.

          “Ingatkan hantu pocong mana. Rupanya suami aku yang terlebih sopan,” tak terluah kata-kata tersebut. Setakat dalam hati jelah.

          “Pasal kaulah hidup aku tak tenteram dah. Gatal-gatal nak kahwin dengan aku,” herdik Ikram sekali lagi. Dah lebih dah ni. Bila masa pula Genelia sibuk-sibuk nak kahwin dengan dia. Dahlah Genelia pun kena paksa. Pakai tuduh je. Walaupun begitu, Genelia masih tidak menjawab walau satu perkataan sekali pun. Dia memang begitu. Tak suka panjangkan cerita dan tahap kesabarannya pun boleh tahanlah.

          “Kau dengar ke tak?” riak suara Ikram masih lagi keras. Takut juga Genelia hendak menjawab. Dia hanya mengangguk.

          “Kau boleh tinggal kat dalam rumah aku ni sebagai orang gaji tak berbayar. Dan… jangan mimpi aku akan layan kau sebagai seorang isteri. Ingat tu,” tambah Ikram lagi. Genelia mengukirkan senyuman buat Ikram. Tak kisahlah orang gaji pun jadilah. Yang penting lelaki kat depan aku ni tak sentuh aku. Geli! Tapi, tak logiklah; bekas pengurus Syarikat Ilham Sdn. Bhd. jadi orang gaji. Apa nak buat… Dah syarat pertama Genelia menerima pinangan daripada keluarga Dato’ Akhmal ialah tidak dibenarkan bekerja. Kena jadi suri rumah sepenuh masa.

          “Baik, Encik.” Setelah lama benar membatukan diri, Genelia akhirnya buka juga mulut dia tu.

          “Bagus. Sekarang kau boleh pergi tidur,” arah Ikram, malas nak tengok muka Genelia. Dia tersenyum puas hati. Dengar juga perempuan ni apa yang aku cakap. Gila! Dahlah senyum sorang-sorang. Memang sewel! Genelia pula perlahan-lahan mengatur langkah menuju ke arah pintu bilik setelah selesai menyalin pakaiannya di dalam bilik air sebentar tadi. Baru je dia memulas tombol pintu, tiba-tiba terdengar suara Ikram.

          “Hah! Nak ke mana tu?” sergah Ikram.

          “Sa… saya… saya nak tidur kat dapur, Encik. Kan ke saya ni… orang gaji,” sindir Genelia. Dia memang benci dengan sikap bengis suaminya itu. Hisk, tak ada hati aku nak panggil dia suami.

          “Apa? Memang sahlah kau ni gila. Kau orang gaji untuk aku sorang aja. Mama ngan papa aku tak ada kena-mengena. So, kau nak tidur… kat sini je. Jangan berani kau nak keluar dari bilik ni. Kau kena ikut perintah aku sebab aku ni suami kau.” Dia yang tak betulnya. Kejab kata aku ni orang gaji. Kejab lagi kata dia tu suami. Yang mana betulnya. Confused!

          “Kat sini? Tapi… tapi… kan… saya… saya…”

          “Dah! Kau tak yah nak gelabah. Aku tengok kau ni dah serupa macam cacing kena tuang minyak panas. Aku tak akan sentuh kau. Kan aku dah cakap kau jangan mimpi disiang hari. Kau boleh tidur kat atas sofa tu. Katil ni… tak bolehlah. Ia milik persendirian. Faham?”

          “Fa… faham, Encik,” tergugup-gagap Genelia menjawab. Tanpa banyak bicara, Genelia melangkah menuju ke arah terletaknya sofa keras tu. Dia terlena juga kat situ akhirnya. Nasib baik tak sejuk sangat. Kalau tak kat mana Genelia nak cari selimut malam-malam buta macam tu. Ikram pula sedap dibuai mimpi di atas katik empuk. Memang tak bertimbang rasa betul. Begitulah saban hari kehidupan harian Ikram dan Genelia. Langsung tak nampak macam orang baru kahwin. Lebih-lebih lagi mereka dah batalkan rancangan mama dan papa mereka yang telah mengaturkan honeymoon mereka. Ada sekali tu, Genelia yang sudah biasa dengan gelaran Encik, tersasul di depan mertuanya. Punya pucat si Ikram tu. Nasib dia pandai mengawal keadaan. Tapi yang jadi mangsa Genelialah. Ada ke patut dia tuduh Genelia terpengaruh dengan satu telenovela Mexico, yang mana si isteri telah memanggil suaminya dengan gelaran senyor yang bermaksud Tuan. Pandai-pandai je.

          Kini, dah genap 3 bulan mereka hidup serupa orang tak betul. Satu perkara yang tidak disangka-sangkakan berlaku. Ikram mula berubah sikap; ekoran daripada peristiwa yang berlaku 2 hari yang lepas. Waktu tu mereka berada di dalam bilik tidur. Cahaya lampu terang-benderang. Ikram sibuk dengan tugasan pejabat yang sengaja dibawanya pulang. Manakala Genelia tekun mengemas kain-kain yang berselerak kat atas katil. Pakaian Ikram! Tiba-tiba… pup! Bekalan elektrik terputus. Genelia memang sejak kecil lagi takut dengan kepekatan sebegitu. Tanpa berfikir panjang segera dia memeluk erat lengan gagah milik Ikram. Ikram pula naik rimas dengan keadaan sebegitu. Dia berasa kelainan pada jiwanya sendiri. Tak boleh jadi ni. Segera dia cuba meleraikan pegangan erat Genelia.

          “Lepaskan aku. Kau ni bangang ke?” bentak Ikram.

          “Tolonglah. Jangan tinggalkan saya sorang-sorang kat sini. Please. At least tunggulah sampai bekalan elektrik pulih dulu. Saya… saya takut,” rayu Genelia.

          “Ah! Lantak kaulah. Peduli apa aku. Kau lepaskan lengan aku. Aku benci kau,” sekali lagi Ikram berkeras.

          Please, Encik. Janganlah tinggalkan saya. Kalau Encik nak denda saya sekali pun saya sanggup terima. But, please… don’t leave me alone. Saya betul-betul takut.” Kali ini Genelia mula menangis teresak-esak bagaikan budak kecil je. Tak sampai hati pula Ikram nak membiarkan Genelia dalam ketakutan. Sebenarnya dia cuba meleraikan pegangan kemas Genelia bukanlah sebab dia benci. Tapi sebab… nafsunya sendiri. Suami mana yang tak cair bila lihat isteri sendiri sedekat tu. Bauan wangi daripada tubuh Genelia mengugat keegoan Ikram. Sepasang matanya mula menjilat keseluruhan tubuh ramping milik isterinya. Fuh! Nasib baik bilik kembali terang. Kalau tak mesti berlaku adengan romatik macam filem-filem hindustan pula. Tapi tak kisahlah. Hubungan sah…

          Ikram tak senang duduk. Sekejab menoleh ke kiri. Sekejab menoleh ke kanan. Entah apa yang merungsingkan dia.

          “Az, mama ngan papa nak keluar sekejab. Jaga rumah dan isteri tu. Kalau Az pun nak keluar bawa sekali si Gee tu,” pinta Datin Maziaton. Ikram hanya mengangguk tanda faham. Ini peluang aku. Bisiknya bersendirian. Dia sebelum ni susah sangat nak mendekati Genelia. Tetapi tidak lagi kini. Dia dah mula mabuk asmara. Jatuh cinta dengan isteri sendiri padahal dulu dia yang terlebih-lebih jual mahal, mengalahkan perempuan. Dia menjenguk ke laman. Hmm… ada kat sini rupanya. Tunggulah! Aku tengah datang ni. Waktu tu Genelia sedang sibuk mencantas pokok bunga matahari, kegemarannya.

          “Arggggg!” jerit Genelia. Terperanjatnya dia apabila tiba-tiba ada orang peluk dia dari belakang. Dahlah badan dia memang sensitif sangat. Naik bulu roma.

          “Shuuu… apa jerit-jerit ni. Malu kalau jiran dengar,” bisik Ikram.

          “Ok saya tak jerit. Tapi, boleh tak kalau Encik leraikan pelukkan Encik tu. Gelilah saya.”

          “Geli? Emmm… pelik. Suami peluk pun boleh geli ke?”

          “Encik tu boss saya. Bukan suami.”

          “Ya ke? Tak pe… boss pun boleh ada hubungan secret dengan anak buah dia kan?”

          “Apa merepek ni? Lepaskan saya. Rimasssssssssss!!!!” jerit Genelia. Dia dah tak kisah orang dengar sekali pun. Ikram yang memang dah tak tahu malu tu mula bertindak liar apabila tiba-tiba je menghadiahkan kucupan ringkas ke belakang leher isterinya. Genelia apa lagi… tolaklah suami dia. Terkebil-kebil Ikram melihat tindakkan spontan Genelia.

          “Ganas juga awak ya. Ingatkan awak ni memang sampai bila-bila pun boleh dibuli. Lembut! Tapi kasar juga. Ni yang buat saya bertambah suka,” tambah Ikram sambil mengenyitkan mata. Genelia yang tak tahu nak buat apa berlari masuk ke dalam rumah. Malulah pula kalau orang tengok adengan-adengan romatis yang tak bertempat tu. Ikram yang memang dah gila bayang tu just menurut jelah. Dia mengejar Genelia. Akhirnya… berjaya juga dia menarik lengan Genelia. Kini, sekali lagi Genelia berada di dalam pelukkan Ikram. Kalau tadi Genelia dipeluk dari arah belakang. Kini, berdepanan pula. Muka Genelia dah merona merah. Hampir nak nangis. Ikram masih tersenyum basi. Lucu dengan gelagat isterinya yang fobia dengan hubungan suami-isteri. Tu pun dia dapat tahu daripada mak mertuanya beberapa hari yang lepas. Senang sikit nak buli!

          “Sayang,” panggil Ikram lembut. Seram dengar suara dia.

          “Lepaslah…Please!” rayu Genelia. Juga lembut.

          “Manjanya isteri abang ni. Cairlah pula iman abang. Tapi kalau sayang nak tahu, abang dah jatuh cinta kat sayang.” Huh! Lega rasanya bila dah berterus-terang.

          “Jangan nak bergurau, Encik. Ingat saya ni orang gaji.”

          “Emm… memang pun. Tapi orang gaji untuk abang je kan? Jadi, of course, kena layan abang sorang je. Lagipun abang serius ni. Tak ada niat nak bergurau. Mungkin cinta dah berputik buat abang. Bukan buat ayang. Tak pe… abang sanggup tunggu.” Kata-kata ikhlas dari Ikram sedikit sebanyak memberi kesan kepada Genelia. Entah mengapa tiba-tiba dia dapat merasakan ketulusan hati suaminya. Kalau sebelum ni dia cuba meronta-ronta minta dilepaskan. Tidak lagi kini. Dibiarkan sahaja pelukkan kemas Ikram. Ikram pula tersenyum manis apabila melihat Genelia tidak lagi memberontak. Perlahan-lahan Ikram mendekatkan wajahnya. Dia sekali lagi menghadiahkan kucupan ringkas. Tapi, kali ini betul-betul singgah di bibir manja milik isterinya.

          “Laa.. apa ni?”

          “Apa pula?”

“Mengatal,” gerutu Genelia.

“Hisk! Pulak dah… Suami rasanya tak salah berkasih dengan isterinya kan? Dosa tau kalau isteri menolak. Kalau ayang tak suka abang tak pelah. Abang pun tak nak menganggu,” luah Ikram sambil meleraikan pelukkannya. Kemudian melangkah berlalu menuju ke kamar tidurnya. Dia bukan maksudkan pun. Saja nak bodek isteri dia. Dia yakin mesti isteri dia akan mengalah juga nanti. Genelia terpinga-pinga melihat tindakan gila suaminya tu. Macam mana ni? Nak biarkan aja, rasa bersalahlah pula. Tak pelah… tak salah kalau aku mengalah. Sebenarnya, pada malam dia memeluk suaminya… dia juga merasakan kelainan tersebut. Genelia yakin dia juga telah mula jatuh cinta dengan suaminya, Ikram Shazlan. Perlahan-lahan Genelia melangkah masuk ke bilik tidurnya.

           ”A… abang,” akhirnya keluar juga perkataan yang terkubur dalam hatinya sebelum ini. Ikram senyum. Aku dah berjaya!

           “Emm… apa ayang panggil tadi. Encik?” sengaja dia menyakat Genelia.

           “Tak… saya panggil abang. Kalau tak sudi tak pe.”

          “Eh! Sudi… sudi… siapa kata tak? Kalau lebih dari tu pun abang sudi.” Genelia malu teramat sangat. Dia tak dapat nak mengelak lagi. Suaminya yang sorang tu dah mula merayap keseluruh tubuhnya. Akhirnya… terjadilah juga adengan malam pertama mereka yang tergendala dulu ekoran kebencian masing-masing pada alam perkahwinan. Genelia yang pada mulanya gugup dan fobia tu berjaya juga ditenangkan oleh Ikram. Ikram dengan penuh berhati-hati membawa Genelia kepangkuannya.

          “Terima kasih, sayang,” luah Ikram setelah mendapat sepenuhnya hak sebagai seorang suami. Genelia membalas pelukkan suaminya.

           “Terima kasih pada abang juga.” Akhirnya kedua-dua pasangan suami-isteri itu mula bercinta macam pasangan kekasih yang lain. Apa salahnya bercinta selepas berkahwin kan???

 

-TAMAT-

 

 

p/s: so, kepada yang kahwin atas pilihan keluarga, belajarlah mencintai pasangan anda. Jangan jual mahal tak bertempat. Kalau tak nanti tak pasal-pasal jatuh tersungkur seperti Ikmal yang dah mula gila bayang kat isteri sendiri. Samalah juga dengan si Genelia tu. Hehehe!!!!

           

 



{15 Oktober 2008}   IMRAN IZUAN!!!

            Semalam, Imran Izuan telah selamat pulang semula ke tanah air yang telah agak lama juga dia tinggalkan. Dia sudah penat dan berasa rimas berada di negara orang. Jika dahulu dia terlalu mengagung-agungkan tanah barat itu, tetapi kini dia mula menyedari Malaysia juga tiada kurangnya. Dia rindu teramat sangat pada kampung halaman; ayam, itik, kebun dan rumah pusaka arwah ayahnya. Dia menyesal kerana selama berada di London, dia tidak pernah tergerak hati untuk pulang menziarahi bonda dan ayahanda tercinta sehinggakan berita kematian ayahnya turut tidak diketahui olehnya. Apakan daya, sudah tiba masa bagi ayahnya menyeru panggilan Illahi. Rentetan daripada peristiwa itu, ibunya telah kehilangan kewarasannya. Ya! Kini, Mak Timah hilang ingatan. Dirinya tidak lagi terurus. Kanak-kanak kampung terutamanya, gemar mempersendakannya.

            “Mak cik Timah gila… Yeh! Yeh! Mak cik Timah gila. Eeik busuknya!” Inilah antara ungkapan-ungkapan buruk yang sering dilontarkan. Kalau setakat cacian, boleh juga dimaafkan. Tapi, kalau dah mula menyakiti tubuh Mak cik Timah mereka memang patut dipersalahan. Tak habis-habis nak baling batu kearah mak Timah. Takkanlah kerana sebab sekecil itu, mereka sanggup mendera mak Timah yang tidak pernah berniat jahat pada sesiapa pun sebelum ini. Inikah balasan bagi seorang yang bertimbang rasa dan baik hati?

            “Ya Allah Ya Tuhanku… Berdosa besar aku kerana meninggalkan orang tuaku semata-mata untuk memenuhi kepuasan diriku sendiri. Aku tidak menjaga mereka dengan baik. Ayah juga telah menghembuskan nafas terakhirnya tanpa aku disisi. Dalam tak sedar aku telah menjadi anak derhaka. Kenapa tidak aku sedari selama ini? Aku sujud pada-Mu, memohon agar kau ampunkan dosaku ni. Mulai daripada saat ini, aku berjanji akan menjaga ibuku dengan mencurahkan kasing-sayang sepenuhnya seperti yang sebelum ini pernah aku perolehi. Aku ditatang bagaikan minyak penuh. Aku bertaubat, Ya Allah. Kau berkatilah hambamu ini, ya tuhan… Amin.” Tanpa disedari Imran Izuan mula menitiskan air mata kepiluan mengenangkan kebodohan dirinya sendiri. Dialah penyebab ayahnya meninggalkan ibunya bersendirian. Dia menyesal tak sudah-sudah dengan tindak-tanduknya. Tetapi apakan daya, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.”

            Imran Izuan berusia 28 tahun dan merupakan bekas graduan daripada Universiti Perubatan di India. Dia seorang pelajar yang cemerlang sehinggakan menerima tawaran daripada London untuk melanjutkan perkhimatannya sebagai seorang doktor disana. Itulah yang diidam-idamkan oleh Imran Izuan sebelum ini.

            “Kring! Kring! Kring!” telefon rumah Imran Izuan berbunyi menandakan ada yang teringat kepada mereka dua beranak.

            “Assalammualaikum, Imran Izuan ni. Boleh saya tahu siapa disana?”

            “Waalaikummussalam. Iz, Rahim ni.”

            “Rahim! Apa khabar kau sekarang. Lama tak dengar khabar ya. Macam mana kau tahu aku ada kat sini.”

            “Iz, takkan kau tak kenal dengan member kau yang sorang ni. Aku sihat walafiat. Aku harap kau pun sama. Mungkin kau tak perasan. Waktu kau kat terminal aku ada terjerit-jerit panggil kau macam orang bodoh. Tak juga kau sahut. Dah tu aku call kau sekarang. Tu pun aku mintak nombor kau kat Irwan.” Panjang lebar Rahim menerangkan. Sebenarnya Rahim nak mengajak Imran menyampaikan sedikit ceramah disiplin kat pelajar-pelajar dia. Imran sebagai seorang sahabat tak sanggup nak menolak permintaan Rahim.  Rahim kini telah menjadi seorang guru berkaliber. Lydia pula peguam sivil, Daus menjawat jawatan sebagai Pegawai Daerah manakala Amir dan Irwan sebagai Usahawan muda yang terkenal. Mereka rakan paling rapat Imran.

            Keesokkan harinya disekolah, Imran memulakan dengan memberi salam perkenalan terlebih dahulu. “Assalammuallaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pelajar sekalian. Saya Imran Izuan, bekas pelajar sekolah ini dan merupakan sahabat sejati cikgu Rahim. Saya sebelum ni bekerja di London dan bakal meneruskan perkhimatan saya di sini. Hari ni saya dijemput menyampaikan sedikit kata-kata perangsang berkenaan dengan disiplin. Disiplin menentukan diri kita.” Begitulah dia memulakan ucapannya.  Sebelum mengakhiri ucapan ringkasnya, Imran telah memberitahu para pelajar, “ pada masa kini, semakin moden dunia ini, semakin tinggi keruntuhan akhlak para remaja terutamanya. Kes ponteng, merokok, menagih, seks bebas, merogol, gengsterisme dan sebagainya menjadi salah satu daripada pegangan hidup remaja. Mengapa ini semua terjadi? Salah siapa? Ibu-bapa, kerajaan atau pihak sekolah? Renungkanlah? Jangan salahkan orang lain, sebaliknya salahkan diri sendiri kerana Allah sudah kurniakan akal kepada kita semua untuk berfikir. Tampillah kehadapan, kerana anda semua bakal menjadi pemimpin negara. Akhir kata, sambut salam manis daripada saya. Saya doakan agar para pelajar akan berjaya dalam kehidupan anda. Wassalam.”

            “Wah! Tak sangka ya Iz… kau pandai bermain kata-kata. Nasib baik telinga aku tak berdarah.”

            “Hisk.. budak ni. orang dah tolong dia.. pandai-pandai pula nak kenakan orang balik.” Dari dulu sampai sekarang tak pernah nak berubah. Itulah yang bermain dalam kepala otak Imran. Pada petang itu, Imran dan sahabat-sahabatnya yang lain bertemu di warong Pak Abu. Mereka memang gemar kesana. Suka, duka, pahit, manis… semuanya mereka kongsikan disana.

            “Iz, kenapa ni? kau tak nampak gembira pun. Ada masalah ke? Monyok je dari tadi aku tengok. Kalau ada yang tak kena tu kongsikanlah dengan kami. Mana tau ada yang boleh kami bantu. Janganlah berahsia sangat. Nanti kau juga yang merana,” pinta Lydia.

            Mula-mula Imran ingat tak nak susahkan sahabatnya. Tapi, dia tiada pilihan lain. “Sebenarnya sejak aku tinggalkan Malaysia, ayah jatuh sakit. Selama setahun dia menderita. Akhirnya, dia meninggal dunia. Ekoran daripada kematian ayah, ibu… Ibuku hilang ingatan. Aku tak rela melihat kesengsaraan ibuku. Hatiku bagaikan dipanah rasa bersalah. Aku terpaksa tabahkan diriku. Aku tahu semua ini dugaan tuhan, semata-mata untuk mencabar keimananku,” luah Imran; sayu.

            “Sabarlah, Iz. Kami akan doakan agar ibumu cepat sembut.” Buat masa ini, itu sahajalah yang dapat mereka katakan. Lebih kurang seminggu lamanya Imran menanti jawapan berkenaan kerjayanya daripada pihak Hospital. Akhirnya berjaya juga dia mendapat jawatan doktor di Hospital Besar Ipoh. Imran teramat suka-cita. Dia ingin menyambut bersama ibunya. Malam itu, dibawanya Mak Timah ke Hotel yang cukup terkenal di bandar Ipoh, Hotel Syuen untuk menjamu selera. Semua yang ada kat situ, memandang semacam ke arahnya. Ah! Lantaklah. Yang penting mak aku gembira.

            Kini sudah genap satu bulan Imran bekerja di Hospital Besar Ipoh. Namun dia sedikit gusar kerana tidak mengambil jurusan kedoktoran dalam bidang sakit jiwa. Seban hari, Imran mencari maklumat mengenai doktor pakar sakit jiwa. Dan… akhirnya dia berjaya mendapat berita mengenai doktor yang dicari-carinya selama ini.

            “Mak, Iz nak minta tolong mak ikut Iz ke England untuk rawatan lanjut. Mungkin ingatan mak akan puluh seperti sedia kala. Atau tak pun, mak dapat merasa sedikit perubahan yang boleh mententeramankan jiwa mak.”

            “Siapa kau? Kau bukan anakku Iz. Dia dah terbang jauh tinggalkan aku.” Imran tidak sanggup melihat maknya meraung, menangis mengenangkan tindakkan bodohnya dulu. Meninggalkan mereka.

            “Mak, Iz minta maaf. Tolonglah mak… Ikut Iz.”

            “Kau bukan Iz. Tapi, kau baik. Aku ikut kau dengan syarat kau jaga aku baik-baik.” Alhamdullilah, akhirnya Mak Timah bersetuju untuk mengikut Imran. Malam itu, Imran tidak dapat tidur dengan nyenyak. Dia teringatkan Jane. Siapa Jane?        

London sebuah kota yang cukup indah dan terkenal. Pemandangan yang cukup mempersonakan. Bangunannya tersergam indah, unik binaannya. Ramai juga anak muda tempatan menuntut disana. Siapa yang nak lepaskan peluang yang datang dengan sendiri. Imran bahagia tinggal menumpang di London. Dia memiliki kereta dan rumah. Kehidupannya agak mewah. Namun, akhirnya kebahagiaan yang dikecapinya hancur berkecai. Dia mula benci pada diri sendiri. Semuanya kerana kebodohannya sendiri.

Imran mempunyai rupa paras yang menawan. Dia kelihatan seakan-akan kacukkan Inggeris; hidungnya mancung dan matanya yang berwarna hazel itulah keistimewaan yang menyebabkan dia diminati ramai. Buat pertama kalinya, Imran tersungkur dek godaan seorang gadis Britain. Cantik dengan rambut ikal mayang. Itulah Jane, gadis yang berjaya memiliki Imran. Jane seorang yang agak peramah. Tetapi ada sesuatu yang pelik tentangnya. Dia seorang yang tidak mudah berkongsi masalah dan banyak menyimpan rahsia. Imran dan Jane menjadi rakan baik. Jane banyak membantu Imran. Mereka sering bersama. Kemana sahaja mereka pergi pasti bersama. Bagaikan merpati sejoli. Sedikit sebanyak, Jane sudah dapat menguasai Bahasa Malaysia. Akhirnya, persahabatan mereka bertukar menjadi jalinan percintaan. Mereka rapat sehingga sanggup menjalinkan hubungan yang tidak sah. Padahal tiada sebarang ikatan diantara mereka. Mungkin amalan ini biasa di negeri barat. Tapi, bagi penduduk di timur… tidak! Hati kecil Imran sering terusik, dihimpit perasaan bersalah. Dia takut kepada Allah. Kini, dia bertekad untuk menolak pujuk rayu Jane melainkan mereka bernikah. Tetapi, setiap kali mengutarakan isi hatinya, pasti Jane akan mengamuk.

Entah mengapa, sejak kebelakangan ini, kelakuan Jane menyangsikan. Dia sering kelihatan seakan-akan berkhayal. Dia cepat marah. Anginnya sentiasa berubah. Dan, ada masanya dia gembira. Pada suatu hari, seperti biasa Jane dan Imran bergaduh. Mereka kini kerap bertikam lidah. Tetapi, kali ini pergaduhan mereka sampai kepada kemuncaknya. Jane tidak dapat mengawal kemarahannya. Lantas meninggalkan Imran terpingga-pingga. Hampir lima jam lamanya Jane menghilang. Puas juga Imran mencari. Tapi, tak juga jumpa-jumpa. Risau juga dia.

Akhirnya, Jane kembali semula. Imran gembira. “Alhamdullilah, you returned home back. Im really sorry,” Imran memohon maaf. Namun kemudiannya hilang pertimbangan apabila tiba-tiba sepasukan polis memasuki rumah banglo miliknya. Mereka membawa waran gedah. Imran diberkas dan dihadapkan ke mahkamah London atas tuduhan memiliki beberapa gram dadah jenis morfin dan juga sepucuk pistol ditemui. Ia bukan milik Imran. Dia terpaksa berada di kota London sehingga kes tersebut selesai. Mula-mula Imran memang dipersalahkan. Tapi, Allah maha esa…. akhirnya dia dibebaskan daripada penjara setelah dapat dibuktikan bahawa pistol dan juga dadah itu adalah milik Jane oleh peguam Paul Micheal. Nasib baik ada juga orang yang nak bantu dia. Kalau tak sampai bertahun lamanyalah dia terpaksa meringkuk kat dalam penjara.

Setelah Imran dibebaskan daripada tuduhan membuta-tuli tu, dia terus mengambil keputusan untuk pulang semula ke pangkuan keluarga. Tulah dulu degil tak nak dengar cakap ibu dan bapanya. Sekarang dia sedar… Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Pagi-pagi lagi, dihalaman rumahnya, Daus terpekik terlolong macam orang hilang akal je. Mana taknya, si Imran suruh Daus kesana tepat jam 7 pagi. Tapi, batang hidungnya pun tak kelihatan. “Woi, Iz! Mana kau ni? Tak ingat dunia ke? Aku pekik macam nak pecah bumbung rumah kau, masih tak dengar ke?”

“Eh! Daus, kaum ke? Dah pukul berapa?”

“Astaghfirullah Azim, apa nak jadi dengan kau ni. Masih tidur. Aku ni jerit macam orang gila je kat luar. Malu tau Pegawai Daerah buat perangai macam ni.”

Sorrylah kawan. Ni aku bersiap. Tunggu kejab,” lauh Imran sambil berlari ke bilik mandi. Daus menggeleng.  Dia setia menanti kawannya yang sorang tu. Sebenarnya dia dikehendaki menemani Imran menuju ke Hospital Amran & Ida untuk mendapatkan surat sokongan buat ibunya meneruskan rawatan di England.

“Selamat pagi Encik. Ada apa yang boleh saya bantu?” seorang gadis manis bertanya.

“Emm… begini. Saya nak jumpa dengan Dr. Amran.”

“Maaf, Encik. Dr. Amran belum sampai lagi. Adiknya, Dr. Shahidah Shamie je yang ada. Encik boleh berjumpa dengannya di bilik yang pertama tu,” jelas pembantu perubatan Hospital Amran & Ida.

“Terima kasih,” sampuk Daus. Sibuk je. Mereka berdua menuju ke bilik Dr.Ida. Seorang gadis bertudung tercengat didepan pintu untuk melihat tetamunya yang disangkakan pesakit. Kemas, cantik dan sopan dengan sepasang mata yang tak lekang dek mata memandang.

“Ya. Dipersilakan masuk. Duduklah. Saudara sakit apa?”

“Saya tak sakit, Doktor. Saya datang ni nak dapatkan surat sokongan untuk mak saya. Dr. Amran suruh saya kemari.”

“Ohhh… Saudaralah orangnya ya. Boleh. Tapi sebelum tu, jangan marah ya. Nak tanya sikit. Kenapa nak ke luar negara? Tak yakin dengan kebolehan doktor tempatan ke? Rasanya negara kita pun kaya dengan doktor pakar. Kalau Encik nak saya boleh rekomen seseorang yang saya kenal.” Imran terasalah pula. Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Dr. Ida.

“Dr. Ida, saya hanya akan marah jika berencik dengan saya. Nama saya Imran Izuan. Panggil je Iz. Rasanya apa yang Dr. Ida kata tu ada kebenarannya. Saya berbesar hati jika Dr. Ida sanggup kenalkan doktor pakar tersebut untuk merawak ibu saya.” Dalam hati Imran tak habis-habis memuji semangat Dr. Ida.

“Baiklah. Iz pun janganlah panggil saya Dr. Ida. Nama saya Shahidah Shamie. Nanti saya kenalkan dengan Dr. Iman.”

“Terima kasih, Shamie. Tak pe kan saya panggil awak Shamie?” Hanya sekuntum senyuman dilemparkan. Tandanya setujulah. Daus pula tiba-tiba menyampuk, “ Cik Ida, kalau nak tahu, Iz ni pun doktor juga. Doktor sakit puan.” Terbeliak mata Shahidah. Dia tak sangka pun. Akhirnya mereka berdua meminta diri. Didalam kereta, Imran naik rimas dengan perangai Daus yang makin mengila tu.

“Lawa ya Ida tu. Manis mukanya.”

“Bila pula kau mula merasa muka orang, Daus. Setahu aku dulu kau hanya merasa sirap manis.” Saja Imran mengenakan Daus. Terdiam terus si Daus tu. Tak nak menyampuk lagi. Kan kena siku pula dengan Imran. Petang tu juga Imran membawa ibunya berubat. Niatnya agar ibunya cepat sembuh. Shamie pun ada disitu. Rupanya Dr. Iman tu bapa dia. Becok juga minah ni. Macam-macam dia tanya. Sejak daripada pertemuan pertama itu, Imran dan Shamie sering berjumpa. Pada suatu hari tu, Imran tergerak hati untuk menceritakan perkara sebenar kepada Shamie. Dari A sampailah Z. Shamie menarik nafas panjang dan melepaskan semula. Mereka berpandangan.

“Dahlah tu, Iz. Perkara yang lepas tak payah dikenang-kenang. Buang yang keruh ambil yang jernih,” jelas Shamie, lembut tetapi bersungguh-sungguh. Imran meneliti wajah Shamie kemudian perlahan-lahan menjawab.

“Awak seorang yang baik.” Shamie tersenyum manis. Mencairkan hati kelelakian Imran.

“Iz, tak kerja ke hari ni?” sengaja cuba mengubah topik perbualan.

Off. Dua hari. Dah lewat ni. jom balik. Saya hantar.” Tawaran Imran disambut oleh Shamie. Lagipun dia tak bawa kereta malam tu.

Hampir lima bulan lamanya Imran setia menemani ibunya mendapatkan rawatan daripada Dr. Iman yang akhirnya membuahkan hasil. Mak Timah pulih sepenuhnya dan bersyukur kerana anaknya insaf terhadap perkara lepas. Kini, dia dijaga baik oleh Imran. Tiada sikit pun runggutan malas daripada Imran. Dia bangga menjaga ibunya.

Pada malam itu, Imran menghubungi Shamie. Hatinya tiba-tiba merindui senyuman gadis kecil molek itu.

“Hi, Shamie. Dah tidur ke?”

“Hi, Iz. Belum. Tak ngantuk lagi. Apa hal malam-malam buta macam ni awak call.”

“Emmm… tak ada apa-apa. Saja, rindu. Kenapa, tak boleh ke?”

“Boleh tu bolehlah… Tapi kan Shamie ni anak dara orang. Apalah mak abah fikir nanti. Iz tu rindu kat saya, apasal? Bukannya tak jumpa pagi tadi.” Hai pura-pura tak fahamlah pula budak ni, fikir Imran bersendirian.

“Wahai cik adik manis woi, awak tak tahu ke kenapa saya call? Tak pelah. Saya pun malas nak ganggu Shamie lagi. Tidur tau. Jangan termimpikan saya pula,” usik Imran. Entah azimat apa Imran pakai, Shamie tak dapat nak lelap.

“Hisk, ilmu apa yang cik abang ni pakai. Aku tak dapat tidur pula.”

Kini sudah genap dua tahun lamanya Imran dan Shamie berkawan. Kedua-dua belah keluarga memang mempunyai niat untuk menggandingkan mereka. Tetapi, tidak berani menyuarakannya kerana tidak tahu apa yang ada dalam hati kedua-dua anak muda itu.

“Shamie, awak free tak malam ni?”

“Eh! Apasal?” tanya Shamie kembali dengan nada suara peliknya.

“Emmm…. Iz nak ajak Shamie keluar. Makan malam. Tu pun kalau Shamie tak keberatanlah. Iz ada hal penting nak cakapkan pada Shamie. Perkara ni tak boleh dibincangkan dalam telefon,” rayu Imran. Pandai je dia nak pujuk Shamie.

“Baiklah. Shamie datang. Tunggu tau,” akhirnya terpaksa juga dia memberikan persetujuan. Sebabnya Imran beria benar menjemputnya. Shamie sangat menawan malam tu. Sesiapa yang melihatnya pasti akan jatuh cinta. Sengaja dia bergayakan baju kurung kedah yang berkain sutera tu.

“Wau! Shamie nampak cantik malam ni. silakan duduk,” pelawa Imran sambil menarikkan sedikit kerusi kat restaurant mahal tu. Mereka menikmati makan malam yang indah bertemankan lilin yang siap terpasang kat atas meja. Macam pasangan kekasih pula jadinya. Tiba-tiba…

“Shamie, sudikah awak menjadi suri hidup saya? Saya ingin mengambil awak menjadi isteri saya yang sah,” lamar Imran. Muka Shamie dah merona merah. Rasa macam nak menangis je. Nak buat kejutan pun jangan waktu ada ramai orang macam tu. Malulah. Imran menghulurkan sebentuk cincin berlian yang dipilihnya khas buat Shamie beberapa bulan lepas. Dia dah bertekad nak luahkan isi hatinya secepat mungkin sebelum kena sambar. Walaupun Shamie terkejut dengan lamaran spontan Imran, namun akhirnya dia terima juga. Dah cinta biasalah. Dia memang suka kat Imran sejak dulu lagi. Lebih-lebih lagi bila Imran sudi berterus-terang mengenai peristiwa hitam yang pernah melandanya dulu. Mereka menyampaikan berita tersebut sejurus tiba dirumah. Keluarga mereka apa lagi… gembiralah…

Akhirnya majlis akad-nikah mereka selesai juga. Walaupun majlis mereka menerima tetamu tidak diundang, siapa lagi kalau bukan si Jane.  Yang sengaja datang nak tuntut balik cinta lamanya. Nasib baik Imran ni kuat imannya. Dia sikit pun tidak menoleh ke arah Jane. Malahan memeluk Shamie lebih erat. Biar meluat Jane melihat kebahagiaannya. Jane yang memang panas baran tu, meninggalkan pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah-tangga itu bermain kasih. Dia kecewa kerana pernah menghancurkan sendiri cinta miliknya. Syukur! Kini Imran bijak membuat pilihan yang terbaik buat selama-lamanya.

 

-TAMAT-



{10 Oktober 2008}   CINTAKU, CINTAMU JUGA!!!!

            “Wei, apa duk termenung ni? Tak de kerja ke?” Aku tiba-tiba je di tegur oleh seseorang. Tegas dan sedikit kuat, memeranjatkan aku. Lantas lamunanku mati disitu.

            “Maaf. Puan… Laa hai, ko ke? Ingat lady boss tadi. Apa hal sergah-sergah orang ni, hah!” gerutuku. Geram dengan sikap Asyikin yang suka sangat menegurku tanpa memberi salam.

            “Heh, salahkan orang pula. Yang ko tu, angan-angankan sapa? Putera kayangan ke? Sampai dah tiba waktu lunch pun tak sedar.”

            Alamak malunya. Aku sebenarnya sedikit gusar. Ada-ada je benda yang menganggu concentration aku. “Oh ya ke? Tak perasanlah pula. Masa tu cepat sangatlah hari ni. Ko lapar tak?”

            “Mestilah. Tengok perut aku dah bising ni. Ko tak dengar ke?”

            “Dengar… Dengar….,” jawabku sambil ketawa kecil. Geli hati dengan sikap kawanku yang seorang ni. Asyikin ni kalau bab makan, first class. Tak payah jemput. Laju je. Tapi body dia tetap maintain. Macam aku ni taklah kurus sangat. Berisi juga. Tapi, kalau nak kata gemuk pun tak juga. Boleh tahanlah. Sesuai dengan ketinggianku.

Aku sebenarnya sedikit terganggu memikirkan hal yang mak aku ungkitkan pagi tadi. Aku belum lagi tergerak hati nak mendirikan rumah tangga. Aku sendiri pun tak berapa pasti sebabnya. Tapilah kan, menurut firasat sahabat karibku, aku ni mungkin fobia terhadap alam perkahwinan. Betul ke? Entahlah. Yang aku tahu, aku tak nak kahwin mahupun mencari calon buat masa terdekat ni. Aku lebih selesa bersendirian, melayani perasaan sendiri. Aku ni tak suka cari masalah.

“Alhamdullilah, kenyang sungguh aku hari ni. Terima kasih, cik Shafinaz Suzanna kerana susah-susah belanja aku makan,” omong Asyikin sambil mengeliat malas. Tiada lagi ruang kosong untuk diisi. Aku hanya menggeleng melihat telatah Asyikin. Tak pernah nak berubah. Macam ni macam mana nak jadi isteri orang.

“Kasihmu aku terima. Apa nak buat, kan?” balasku sambil mencapai gelas yang berisi teh o’ ais, minuman kegemaranku. Begitulah kami dua sahabat menghabiskan masa lunch kami. Selain itu, kami juga berkongsi menyewa bilik yang sama; nak kurangkan sikit perbelanjaan. Maklumlah, kami ni anak dagang. Datang ke KL, semata-mata untuk mencari rezeki. Jadi, tiada gunanya memikirkan soal jodoh.

Pada malam harinya, Asyikin tergesa-gesa bersiap. Aku nak juga tahu. Rupanya, dia ada janji temu dengan tunangnya yang kebetulan akan berada di KL untuk satu minggu berturut-turut. Katanya ada conference penting di Putrajaya. Nampak gayanya, kenalah aku teman diri sendiri malam ni. Malasnya aku nak turun pergi makan sorang-sorang. Tak bestlah. Kalau ada Asyikin, boleh juga kami sembang-sembang sementara menunggu pesanan kami. Tapi, apa nak buat. Tak kan aku nak halang member aku tu berjumpa dengan bakal suaminya. Tak manislah pula. Nak ikut sama nanti dikatakan kacau daun pula.

“Pak, bagi saya nasi putih campur tom yam pedas.Untuk sorang ya.”

“Siap. Minum apa, dik?”

“Emmm…. Sirap limau, pak.”

“Ok. Tunggu sebentar ya.” Aku mengangguk sambil menghadiahkan sekuntum senyuman buat Pak Mail. Aku memang selalu makan kat sini. Sedap! Aku duduk di meja yang paling hujung sekali. Ramai sangat pelanggan Pak Mail. Tak cukup tempat pula. Akhirnya, pesanan aku tiba. Sedang aku sibuk melayani hidangan, tiba-tiba aku disapa oleh seseorang.

“Hai.” Suara seorang lelaki! Tersirau darahku. Aku perlahan-lahan mengangkat sedikit kepalaku. Siapa pula mamat ni? Tak pernah pun aku jumpa sebelum ni. Macam mana ni? Nak jawab ke tak? Aku confused.

“Cik adik, boleh saya tumpang duduk kat meja ni? Tak de tempat lain,” pintanya lembut. Ceh! Aku ni kenapalah lekas benar gabrah. Macam-macam yang aku fikirkan. Aku tidak menjawab, sebaliknya hanya mengangguk. Tanda setuju.

Thanks.

Peliklah mamat sekor ni. Meja, kerusi ni bukan aku punya. Tempat awam. Kira okeylah tu dia dah minta kebenaran. Tapi kenapa nak ucap terima kasih pula. Aku sedikit kekok meneruskan santapanku. Sebelum ni aku tak pernah duduk makan semeja dengan mana-mana lelaki pun. Tak cukup dengan tu, mamat ni tenung aku macam nak telan aku hidup-hidup je. Entah apa masalah dia. Aku ni memang pandai cover. Aku sikit pun tak layan. Aku pura-pura seperti tidak perasaan diri aku diperhatikan. Nasi kat pinggan aku ni bila nak habis…. rasa macam banyak pula. nak buang sayanglah pula. Aku memang sejak kecil lagi dah dididik supaya tidak merugikan makanan. Nangis nasi tu nanti.

“Cik, awak ada masalah ke?” tiba-tiba mamat terlebih sopan tu tanya aku. Sibuk je. “Kenapa, muka aku ni nampak macam ada masalah ke?” balasku, tapi dalam hati jelah. Tak berani nak tembak kat lelaki tu. Bukannya aku kenal dia pun. Tak pasal-pasal kena lenting pula. Aku memandang tepat wajah mamat kat depan aku tu. Kali ni, dia pula macam tak selesa. Tahu pun. Macam tu jugalah  aku pun rasa bila orang tengok aku tanpa berkelip mata. Rasakan sekarang. Balas dendam ni.

“Awak tak selesa ke?” sekali lagi aku diajukan pertanyaan. Dia ni tak nak mengaku kalah. Dah tahu aku tak nak jawab, tapi masih juga mencuba. Aku ni pun teruk juga perangai. Orang tu bukannya tanya benda yang bukan-bukan. Aku menarik nafas panjang sebelum menjawab pertanyaan lelaki tersebut.

“Taklah. Saya okey je.”

“Kalau awak feel not comfortable, saya boleh cari table lain.”

“Hiskkkk, tak pelah. Saya tak kisah. Lagipun saya dah nak balik ni,” jawabku sambil tersenyum kelat. Dia membalas senyumanku, semanis madu. Kacak juga mamat kat depan aku ni. Tapi, pujianku ini tiada niat lain. Ikhlas. Apa salahnya kalau sekali-sekala kita puji seseorang yang memang berhak mendapatkannya. Akhirnya, aku mengatur langkah menuju ke apartment dengan ditemani oleh bebola mata lelaki tadi. Dia ingat aku tak nampak. Aku bukannya buta cik abang oii.

“Comelnya gadis tu. Macam anak patung. Cute sangat. Melepaslah pula,” bisik hati kecil Shahmir Shazlan. “Moga-moga aku diketemukan sekali lagi dengan dia. Aku pasti akan cuba-cuba berkenalan dengan dia. Walaupun aku tahu aku perlu bekerja keras untuk merapatinya. Dia bukan gadis sebarangan. Aku dapat rasa sangat kemuliaan diri gadis itu. Dan sedikit sombong.”

Hari-hari berikutnya berjalan seperti biasa. Aku bahagia menjalankan kewajipanku sebagai seorang Personal Financial Executive, di Maybank bersama-sama dengan Asyikin. Walaupun kadang-kadang tu aku ada juga kena marah dengan lady boss, Pn. Martini Sulaiman.

“Finaz, Pn. Mar panggil ko.”

“Panggil aku. Ko tau ke apa sebabnya Syikin?”

“Manalah aku tahu. Cepat pergi. Nanti lenting pula orang tua tu,” bisik Asyikin. Aku pula serba tak kena jadinya. Apa lagi aku dah buat ni? Aku perlahan-lahan menghampiri bilik pejabat Pn. Martini. Aku dijemput masuk. Suaranya lembut. Tak ada tanda dia tengah angin. Aku melangkah masuk. Ada oranglah pula kat situ, bersama-sama dengan Pn. Martini.

“Assalammuallaikum, Pn. Mar panggil saya ke?”

“Waalaikummussalam. Ya! Sila duduk sebentar. Ada hal sikit saya nak bincang dengan awak.” Aku memang dah blur. Tak faham apa yang tengah berlaku kat situ. Lebih-lebih lagi bila terpandang lelaki separuh umur yang duduk kat situ. Dia tersengih-sengih memandangku. Kenapa pula pak cik ni? Dah gila ke? Heh! Tak baik aku kata macam tu.

“Pn. Mar, saya ada buat silap lagi ke?” soalku. Aku memang dah tak boleh sabar lagi.

“Taklah. Sebelum tu kenalkan suami saya, Dato’ Sulaiman.”

“Apa khabar, Dato.” Aku menegurnya.

“Sihat. Tak yahlah berdato’ dengan saya. Panggil je abah.” Eh! Kenal pun tidak. Tiba-tiba suruh panggil abah. Memang peliklah.

“Shafinaz, sebenarnya kami berdua ni ada niat panggil awak ke sini. Kami nak lamar awak untuk anak tunggal kami. Sudi tak?” terang Pn. Martini. Aku dah terpana mendengar isi hati bos aku tu. Mana mungkin. Aku tak kenal anak dia. Aku perlu mengambil keputusan yang berpihak kepadaku sendiri.

“Pn. Mar, Dato, saya minta maaf banyak-banyak sangat. Saya tak dapat terima lamaran ni. Saya belum bersedia lagi. Maaf ya.”

“Tak pelah, Shafinaz. Kami tak memaksa. Tapi, diharapkan awak fikir-fikirkan pinangan ni ya. Kami berkenan sangat dengan awak. Kami yakin, begitu juga dengan anak kami nanti.”

Kenapalah aku selalu sangat didatangi masalah yang sama. Asyik-asyik kahwin. Aku tahulah sekarang ni aku dah capai 25 tahun. Tapi, itu tak bermakna aku kena jugak kahwin kan. Macam kat luar tu, ingat semua bila dah capai umur 23 tahun tu terus je kahwin ke. Ni zaman moden. Ada banyak lagi benda nak buat.

Aku ceritakan pada Asyikin apa yang Pn. Martini cakapkan siang tadi sebaik sahaja tiba di rumah sewa. Dia apa lagi… gelakkan aku. Entah apa yang lucunya. Aku pun tak tahu. Aku sedikit tersinggung.

“Terima jelah. Keluarga kaya-raya mereka tu. Ko boleh hidup senang.”

“Wei, ko ni… aku tak pernah pandang harta tau.”

“Taklah, itu bukan maksud aku sebenarnya. Itu hanya sampingan. Aku tak suruh ko kahwin sekarang juga. Tunang dulu. At least taklah kau tu jadi anak dara tua nanti. Dah ada calon. Bila-bila pun boleh kahwin.”

“Kenapa tak ada yang faham perasaan aku ya? Aku belum jumpa orang yang aku cintai. Aku tak boleh pakai kahwin je. Tak bercinta pun tak pe. Yang penting aku kenal hati budi dia. Itu dah cukup,” terangku panjang lebar. Asyikin terdiam mendengar kata-kataku. Mungkin dia diimpit rasa bersalah kot. Aku akhirnya mengambil keputusan untuk tidur je. Malas aku nak keluar makan. Tak lapar pun. Asyikin tak pula datang mengangguku. Aku tak dapat tidur. Dah cuba paksa pun. Jauh dilubuk hatiku tiba-tiba semacam perasaan terbit. Aku tidak dapat katakan dengan pastinya apakah perasaan itu. Gemuruh tak tentu pasal. Jangan-jangan ada perkara yang tak diingini nak berlaku kot. Hisk! Minta sangat dijauhkan. Aku tak sanggup nak menghadapinya. Jiwa aku ni bukannya kuat. Dahlah tu cepat sangat sensitifnya. Nanti tak pasal-pasal aku meraung kat tengah jalan pula. Manakala si Shahmir Shazlan pula bagaikan pungguk rindukan bulan pula. Lama juga dia duduk terpacak kat kedai makan Pak Mail. Menunggu kehadiran bidadari malam.

Seperti biasa, aku hujung-hujung minggu macam ni suka sangat menghabiskan masa di taman bunga. Rasa seronok hati bila tengok kemekaran bunga-bungaan yang tersenyum manis menyambut salam daripada mentari. Biasanya Asyikin tidak turut serta. Jauh katanya. Sebenarnya itu hanya alasan. Dia tu tak suka duduk kat taman macam orang bodoh. Aku suka. Tak kisahlah walaupun seorang diri. Sedang aku leka menghayati setiap kuntum bunga-bungaan disitu, aku dihampiri oleh seseorang. Aku segera menoleh. Pantas. Memeranjatkan si tuan punya badan.

“Cik adik ni, buat saya terkejut je. Kuss semangat. Nasib tak de sakit jantung. Kalau tak, alamatnya masuk hospitallah.”

“Maaf. Tak sengaja,” jawabku spontan. Aku tak berniat nak takutkan orang. Kalau orang tu dah takut tu bukanlah salah aku.

“Dimaafkan. Sorang je ke?”

“Ya,” jawabku ringkas. Dia tulah mamat yang aku jumpa kat gerai makan tempoh hari. Macam mana dia boleh ada kat sini? Jangan dia ekori aku dahlah. Ceh! Pandai-pandai je tuduh orang. Perasaan nak mampus.

“Ingat kat apa tu, awak?”

“Ahhh??? Tak ada apa-apalah. Cuma.. Emmm… just leave it.” Aku pun tak tahu apa yang aku merepek. Buat malu je. Tak pasal-pasal dia ingat aku mengelamun ingat kat pak we.

“Siapa nama awak? Boleh berkenalan tak? Harap sangat awak sudilah terima salam persahabatan saya. Ikhlas ni.”

“Emmm…” aku mengambil masa sejenak untuk fikir-fikirkannya. Tapi, lepas tu aku pun menjawab, “Boleh. Apa salahnya. Nama saya Shafinaz Suzanna. Awak?” soalku kembali setelah memperkenalkan diri. Dah adat, kenalah tanya balik.

“Sedap nama tu. Saya suka. Saya panggi awak Inaz ya. Nama saya Shahmir Shazlan. Ikut suka Inazlah nak panggil apa. Saya tak kisah.” Dia tersenyum manis. Kacak dan segak juga lelaki kat depan aku ni. Tak de cacatnya. Perfect! Terpikatlah pula aku. Nampak gaya macam anak orang-orang kaya je. Tapi budi bahasa dia memang tinggi. Tak berlagaklah katakan. Macam ni bolehlah jadi kawan aku. Aku pun bukannya ada kawan lelaki. Apa salahnya kalau ada seorang.

“Kalau macam tu saya panggil awak… awak jelah ya…” jawabku sambil mengaru-garu kepalaku yang bertudung kemas. Ini menyebabkan Shazlan tergelak kecil. Dia masih lagi merenung wajahku tanpa sedikit pun mengalih pandang ke arah lain. Aku semakin gelisah. Mungkin dia dah dapat rasa perubahan pada wajahku. Segera dia mengalih ke arah pasangan couples yang ada kat situ. Keadaan senyap seketika. Aku kematian akal. Tak tahu nak cakap apa dengan dia. Aku tak pernah berkawan dengan kaum adam sebelum ni.

“Inaz, saya rasa macam nak bagitahu perkara sebenar kat awak.” Shazlan tiba-tiba memecahkan kesunyian.

“Apa bendanya?” soalku tenang. Tapi dalam hati, tuhan je yang tahu. Dub dab dub dab bunyi degupan jantungku.

“Sebenarnya saya ekori Inaz,” katanya jujur.

“Oh! Patutlah awak boleh ada kat sini ya.”

“Bukan tu je. Kawan Inaz, Asyikin tu kenalan saya sejak kat U lagi. Dia tu junior saya yang paling rapat. Lagipun tunang dia tu kawan saya. Kami satu campus. Dia yang bagitahu saya Inaz kat sini.”

“Asyikin punya kerjalah ya ni. Tak pe. Sabar. Nanti saya ketuk kepala dia.” Aku geram sangat dengan Syikin sekarang ni. Dia asyik-asyik nak kenakan aku. Dia tahu aku cepat sangat gabrah bila berduaan dengan seorang lelaki. Tapi, masih juga cari jalan. Memang nak kena budak ni. Kurang asam betullah…. Namun aku pendamkan ajalah amarahku. Kalau bukan kerana Asyikin aku tak mungkin mempunyai sahabat sekacak Shazlan.

Begitulah saban hari perhubungan kami semakin akrab. Aku selalu juga keluar berduaan dengan Shazlan tapi ketempat-tempat khalayak ramailah. Mana boleh pilih tempat yang tersorok. Kang kena tangkap basah baru tau. Tak pasal-pasal dapat kahwin free. Minta dijauhkan. Dan aku memang tak nafikan budak Shazlan ni memang baik orangnya. Cuma… aku kurang pasti kenapa dia beriya benar nak kawan dengan aku. Tapi, taklah pula aku tanya dia. Nanti memalukan aku sendiri pula. Sehinggalah suatu hari tu, ketika kami lepak kat tempat yang biasa aku kunjungi setiap hari ahad, Shazlan memulakan bicaranya.

“Inaz cantik.”

“Apa?” aku binggung sikit. Ni apasal pula tiba-tiba puji aku. Ada udang disebalik mee ke…?

“Ya! Inaz cantik macam patung barbie kat shopping complex tu.”

“Merepeklah.”

“Tak. Sumpah.”

“Tak baik main sumpah-sumpah.”

“Ok. Tapi, memang Inaz cantik sehingga menganggu tidur Shazlan.”

“Gila.”

“Inaz masih tak dapat agak lagi ke?”

“Agak apa benda? Saya tak fahamlah.”

“Saya serius nak berkawan dengan Inaz.”

“Yalah, kan saya dah terima salam persahabatan awak. Kalau tak saya dah lama blah tau. Tak kan keluar ngan awak. Sebab awak kawan sayalah, saya sanggup teman awak.”

“Tak. Bukan tu. Maksud saya…. saya nak lebih dari pertalian persahabatan.”

“Maksud awak?” Aku mula rasa gugup. Sekarang baru aku tahu kenapa sejak beberapa bulan lepas selalu benar fikiranku melayang jauh tanpa sebab. Aku seperti hilang keruan. Rupanya aku bakal berdepanan dengan bala baru. Punca utamanya kawanku sendiri. Siap dia! Aku cekik dia hidup-hidup.

“Saya cintakan Inaz,” luah Shahmir Shazlan jujur. Dia memang tak dapat nak sorok lagi. Dia dah jatuh hati pada Shafinaz sejak pertemuan mereka yang pertama lagi. Dan dia bertambah gembira apabila terlihat Shafinaz bersama dengan Asyikin kat Jusco beberapa bulan lepas iaitu dua hari sebelum pertemuan keduanya. Dia yakin dapat memiliki Shafinaz jika bersungguh-sungguh memasang niat.

“Apa? Cintakan saya? Saya tak nak.”

“Kenapa?”

“Tiada niat nak jatuh cinta.”

“Yalah, kenapa?”

“Tiada sebab.”

“Tapi saya yakin; cintaku, cintamu juga.”

“Jangan perasan.”

“Kenapa, Inaz takut rahsia hati Inaz terbongkar ke?”

“Malas saya nak layan awak.”

“Ego Inaz tak bertempat tau.”

“Saya nak balik. Selamat tinggal.”

“Sebelum tu. Inaz dengar dulu apa saya nak kata. Saya ikhlas nak bernikah dengan Inaz. Malahan saya dah minta mama dan papa lamarkan Inaz untuk saya. Rasanya sampailah mereka kat kampung Inaz malam ni.” Aku terbeliak. Gila ke lelaki ni. Aku ingatkan dia main-main je. Saja nak gurau dengan aku. Tak sangkalah pula dia serius macam ni. Aku tahu benar perangai mak dan abah aku. Mesti mereka terima punya kalau dah ada yang merisik. Mereka memang pernah beritahu aku. Kerana kalau nak harapkan aku, alamatnya tumbuh janggutlah.

“Awak ni biul ke?”

“Ya, sejak bertemu dengan Inaz saya dah jadi biul.” Aku dah tak dapat nak tahan lagi. Aku gelak. Tetapi, kemudiannya, aku sedar silapku.

“Opssss… maaf. Saya dah tak dapat kawal.”

“Tak kisahlah. As long as Inaz sudi terima saya. Jangan buat saya merayu-rayu depan orang ramai kat sini tau. Saya ni tak tahu malu.”

“Mengaku pun yang awak tu tak tahu malu.”

“Jangan ubah topik. Inaz terima cinta saya atau tak? Kata putus. Kalau tak… saya janji tak kan ganggu Inaz lagi. Tak kan datang cari pun. Kalau itu yang Inaz nak. Kat luar tu banyak lagi bunga. Saya sunting je mana-mana yang nak kat saya.” Kini, suara Shazlan sedikit tegas.

“Hai macam tak ikhlas je.”

“Memang ikhlas. Tapi kalau orang tu dah tak sudi takkan saya nak terhegeh-hegeh nak kat dia kan. Lebih baik cari yang lain. Saya ni berfikiran praktikal sikit.” Aku serba-salah. Bila otak kata tolak je lamaran tu, hati pula kata jangan buat kerja bodoh. Bukan senang nak dapat lamaran yang baik. Tengok gaya nampak sangat yang Shazlan tu baik orangnya. Tak pernah pun mengambil kesempatan sepanjang berkawan dengan dia.

“Saya ada pilihan lain tak?” Ceh! Apa punya soalan aku tanya. Macam orang tak betul pula. Ada-ada jelah aku ni. Kalau nak katakan jelah nak. Ni tak… Pandai-pandai nak putar-belit pula.

“Kalau saya kata tak ada.”

“Emmm…”

“Terimalah saya. Saya janji akan bahagiakan Inaz buat selama-lamanya. Sebelum ni pun saya tak pernah memiliki mahupun dimiliki. Inaz cinta pertama saya. Dan yang pastinya cinta terakhir saya juga,” luah Shazlan sambil tiba-tiba je melutut depan aku. Aku terharu. Aku pun suka juga dengan dia. Cara dia, cara gentelmen. Memang ciri-ciri yang aku idami. Ingat nak jual mahal sikit tapi tak jadilah pula. Balik-balik aku yang malu.

“Eh! Apa ni? Bangun cepat. Orang semua tengok kita je.”

“Fuyooooo… romantiknya brother. Baru nak pikat ke? Teruskan. Kami sokong ni,” jerit salah seorang daripada pasangan yang ada situ. Aku dah merah muka ni. Kulit pun dah tebal semacam.

“Sudikan Inaz menjadi permaisuri saya?” bisik Shazlan sambil menghulurkan sebentuk cincin berlian yang memang cantik sangat. Bukan aku je, sesiapa pun bila dilamar sebegitu sekali, sure boleh cair punya. Perlahan-lahan aku mengangguk.

“Hurrayyyyyy!!!!!!” jerit Shazlan. Hampir nak roboh taman bunga tersebut. Memang tak tahu malu dia ni. Pasangan kekasih yang lain-lain bertepuk tangan. Macam filem hindustan pula jadinya. Buat malu je. Memang betul kata Shazlan. Dia tak tahu malu.

Akhirnya, majlis Ijab-kabulku bersama Shazlan diadakan dengan begitu meriah sekali. Lagi satu berita yang mengejutkanku. Hari tu aku tolak pinangan Pn. Martini dan Dato’Sulaiman. Balik-balik mereka juga yang jadi mertuaku. Mana aku tahu Shazlanlah anak mereka. Tapi, itulah takdir. Jodoh dan pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan tuhan. Kini, aku sudah pun bergelar isteri kepada Shazlan, beberapa jam lepas. Pejam celik dah pun selesai majlis perkahwinan.

“Ayang, abang gembira sangat hari ni. Abang dah ada ayang kat sisi abang. Mestilah gembira kan?” usik Shazlan. Aku faham benar disebalik maksud ayat tu.

“Malas nak layanlah. Inaz nak turun bawah jab. Tolong mak kemas-kemas sikit.” Aku sebenarnya nak larikan diri. Sebabnya… tahu-tahulah bila suami isteri baru nak bermanja. Aku sebenarnya malu. Yalah! Mak dan ayah mertuaku ada kat bawah. Aku pun sedap-sedap berkasih dengan suami kat bilik. Apa fikir mereka nanti. Tak ke ingat aku ni tak sabar. Tapi, belum pun aku sempat melangkah keluar, dah pun ditarik oleh Shazlan.

“Tunggulah ayang. Yang tu esok pun boleh buat. Mama dah pun masuk tidur. Jom duk sebelah abang.” Aku akur. Isteri soleha katakan. Mesti dengar cakap suami punya. Tak nak cari dosa.

“Awak… ehhhh… abang… apasal semacam je perangai abang ni?”

“Hisk… tak baik tau cakap macam tu. Hari ni malam pengantin kita. Mestilah ada feeling tertentu,” sambungnya sambil mencuit pipiku. Aku dah agak pun.

Aku dan Shazlan telah memulakan hari pertama kami dengan penuh kasih-sayang. Moga-moga perhubungan kami kekal abadi.

 

 

-TAMAT-



{19 Jun 2007}   Ayah!!!

Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 9.00 pagi. Aku mencapai failku lalu bergegas keluar. Aku tidak sempat menikmati hidangan pagi yang cukup enak pada pandanganku. Penat aje ibuku menyediakannya.

“Laaaa…. Mana bas ni? Aku dah lambat,” rungut hati kecilku.

Hari ini merupakan hari yang bersejarah buatku, yang mungkin akan berupaya mengubah nasibku yang selama ini bergelar penganggur. Aku mengerti betapa terseksanya graduan-graduan Universiti masa kini kerana aku turut mengalaminya sekarang. Penat-penat mereka mendapatkan tempat di menara gading demi untuk masa depan yang cerah, namun segalanya termusnah sekelip mata sahaja  apabila mereka tidak berjaya di alam pekerjaan. Ada yang belajar tinggi-tinggi pun akhirnya ke kilang juga mereka. Entah apa nak jadi dengan kehidupan ini. Tiada seorang pun dapat menjangka. Aku merupakan bekas graduan Sarjana Muda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian. Aku telah tamat pengajianku lapan bulan lepas. Puas aku mencari peluang kerjaya, namun usahaku tidak menunjukkan sebarang perubahan. Aku sikit pun tidak mengeluh. Mungkin belum lagi reseki aku agaknya. Aku tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku telah terpilih sebagai salah seorang calon yang bakal berhadapan dengan penemuduga, walaupun aku tidak pasti apa yang akan dipersoalkan, siapa dan bagaimana orangnya…..? Aku berharap sangat agar memperolehi kerja ini. Sedang aku mengelamun, tiba-tiba sebuah teksi berhenti betul-betul dihadapanku.

 

“Cik, nak pi mana?” seorang pakcik tua bertanya kepadaku.

“Georgetown,” aku menjawab ringkas. Sebenarnya aku terkejut. Sememangnya aku tidak berapa gemar menaiki teksi, kurang selesa. Keadaan aku yang terdesak memaksaku; aku tiada pilihan lain. Pakcik, pemandu teksi ini agak pendiam orangnya. Jadi, perbualan antara kami agak terbatas. Akhirnya, aku tiba ke destinasiku, iaitu sebuah Syarikat Multinasional yang terkenal di Pulau Pinang. Nasibku agak baik kerana giliranku belum tiba lagi. Mataku liar meninjau setiap sudut bilik tersebut, yang akhirnya terpikat dengan lukisan pemandangan air terjun yang terletak disudut hujung sekali. Begitu halus keseniannya. Sempat juga aku melihat calon-calon yang hadir. Mereka kelihatan begitu bersemangat sekali. Nampaknya, hanya aku seorang sahaja yang berpakaian ‘Baju Kurung’ dengan ‘Tudung’ berwarna biru muda yang menutupi kepalaku. Yang lain…….Modennya! Mereka mengenakan blaus dan skirt pendek atau lebih dikenali sebagai “mini skirt”. Calon lelaki pula memakai pakaian kemas dan bertali leher. Aku tersentak apabila tiba-tiba sahaja namaku dipanggil.

“Cik Natasha Binti Abdul, anda boleh masuk sekarang,” begitulah pegawai pendaftar memanggilku. Aku melangkah dengan penuh keyakinan. Perlahan-lahan aku menyusun pergerakkanku menuju ke Bilik Mesyuarat 1.  Aku sedikit gementar, namun tidak aku tunjukkan. Aku memberi salam sambil melemparkan senyuman manis ke arah tiga orang penemuduga yang setia menanti kehadiranku.

“Cik Natasha Binti Abdul?”

“Ya, saya Encik.”

“Silakan duduk.”

“Terima kasih Encik.”

“Baiklah Cik Natasha, sebelum kita meneruskan sesi temuduga ini, bolehkah Cik bagitahu kami……. siapa kami? Bos ke atau makan gaji je? Kami nak juga tengok sejauh mana Cik Natasha mengambil tahu pasal Syarikat ni.”

Waduh aku seperti dipanah petir. Nasiblah kerana semasa aku menunggu giliranku, aku sempat bertanya kepada penyambut tetamu perihal penemuduga yang bakal aku hadapi. “Boleh Encik. Mengikut maklumat yang saya perolehi, Encik bertiga merupakan pihak pengurusan atasan yang mana En. Ibrahim, En Kassim dan En. Saiful merupakan pekerja paling lama, berpengalaman dan dipercayai oleh Tuan Haji Abdul Saki, pemilik Syarikat ini.”

“Okey, antara kami bertiga, siapa En. Ibrahim, En. Kassim dan En. Saiful?” sekali lagi aku diuji.

“En. Ibrahim berbaju merah, En. Saiful yang duduk di tengah manakala En. Kassim yang sedang menulis”, aku menjelaskan dengan lebih terperinci. Aku dapat mengagak yang mereka bertiga agak terkejut kerana aku dapat meneka dengan tepat. Pelbagai soalan diajukan kepadaku. Proses temudugaku akhirnya sampai ke penghujungnya. Mereka berpuas hati dengan semua jawapan yang diberikan olehku.

“Cik Natasha, terima kasih kerana sudi hadir. Cik boleh tunggu di luar. Kami akan panggil semula selepas membuat keputusan,” jelas Encik Kassim. Rupa-rupanya aku merupakan calon terakhir. Selepas setengah jam kemudian, kami semua dipanggil semula. Aku amat gembira kerana akhirnya aku telah berjaya mendapatkan kerja. Aku diarahkan melapor diri keesokkan harinya. 

Hari ini merupakan hari pertamaku di Syarikat Multinasional Saki. Selepas melapor diri, aku diperkenalkan dengan staf-staf yang bekerja disitu. Aku telah dilantik sebagai “Software Engineer.” Ketika aku sedang sibuk membuat kerjaku, En. Saiful memanggilku ke biliknya. Bersamanya seorang jejaka tampan.

“ Cik Natasha, kenalkan ini Encik Iskandar, waris tunggal Tn. Hj.”

“Assalamualaikum, En. Iskandar,” aku memberi salam.

“Waalaikummuassalam.” Dia menjawab sambil mengukir senyuman kepadaku. Aku agar rimas berada di bilik itu. Apa taknya, aku dipandang bagaikan hendak di telan oleh En. Iskandar. Aku tidak pasti apakah puncanya aku ditenung. Mungkinkah aku dikenalinya sebelum ini atau adakah aku pernah berhutang dengannya? Entahlah… biarlah apa pun. Apa yang pentingnya ialah aku ke sini untuk bekerja. Akhirnya, aku meminta diri untuk menyambung semula kerja yang aku tinggalkan sebentar tadi.         

“Sopan ye Cik Natasha tu.”

“Ya sesuai dengan gaya Baju Kurung yang dipakainya. Bertudung pulak tu. Ha, Is terpikat ke?”

“Eh, ke situ pula pakcik ni. Tak kan salah kot puji seseorang yang sememangnya patut menerimanya.”

“Yalah. Pak cik mengaku Natasha memang seorang gadis yang ayu. Dia juga seorang yang pemalu, berbudi dan sopan. Keistimewaannya ialah dia memiliki sepasang mata yang cukup menawan. Matanya agak besar juga. Sesiapa yang melihatnya pasti akan jatuh cinta. Pak cik rasa kecantikkannya  pasti diwarisi daripada Ibunya.” Pandai-pandai sahaja mereka membuat kesimpulan. Ketika tiba waktu makan tengahhari, aku didatangi oleh En. Iskandar……

“Cik Natasha, tak pi makan ke?”

“Belum lapar lagi,” aku terpaksa berbohong. Padahal perut aku dah mula minta diisi. Sebenarnya, aku tidak berapa tahu akan tempat itu. Maklumlah baru dua minggu aku berpindah ke Pulau Pinang.

“Eh…….. tak kan tak lapar kot? Apa kata saya teman Cik Natasha. Itu pun kalau Cik Natasha sudi.”

“Tak pelah En. Iskandar,” aku menolak tawarannya.

“Panggil je Is. Tak payah berencik-encik. Formal sangat. Saya pun panggil awak Tasha je ye? Manja sikit…”Aku pelik. Kenapa dengan mamat sorang ni, lain macam je. Macam tak betul lah pulak. Emmmm….. lantaklah. Akhirnya, aku terpaksa mengalah. Kami sama-sama ke Restauran terdekat. Ketika aku sedang menikmati hidanganku…..

“Tasha orang mana?”

“Perak” aku menjawab ringkas.

“Kebetulan ayah Is pun orang Perak juga.” Aku tak tanya pun kat Mamat ni. Sibuk je dia. Aku hanya diam. Ibuku selalu berpesan, ketika menghadap reseki kurangkan percakapan. Hormatilah pemberian Illahi. Kita patut bersyukur kerana mendapat makanan yang secukupnya. Tidak seperti beberapa negara yang menghadapi masalah kebuluran. Bukan senang hendak dapat sesuap nasi. Kami kembali semula ke tempat kerja. Aku dapat rasai kebanyakkan pekerja di sana memerhatikanku. Ada yang tersenyum, ada yang buat tak tau dan ada juga yang menjeling. Semuanya gara-gara Iskandar. Apa taknya, sebelum ini dia tak pernah keluar makan dengan mana-mana stafnya, terutama staf wanita. Waktu kerjaku tamat tepat jam 5.00 petang. Aku mengorak langkah ke perhentian bas yang terdekat. Sedang aku menunggu bas, tiba-tiba Iskandar muncul. Berdebar-debar jantungku apabila terpandangnya. Aku sedikit kekok bila bersamanya.

“Tasha, Is tolong hantaq.”

“Tak pe.” Kali ini aku sudah bertekad tidak akan memberi Iskandar peluang. Bas ke Bayan Lepas akhirnya tiba. Nyawaku bagai kembali semula. Aku meninggalkan Iskandar. Sempat juga aku menoleh kearahnya. Dia tersenyum memandangku.Saban hari aku terpaksa berdepan dengan Is. Aku tidak nafikan Is memang seorang lelaki yang baik dan jujur. Tetapi….Entah apa yang menghalangku dari terus merapatinya. Mungkin kerana aku takut untuk mempercayai kaum lelaki setelah melihat penderitaan ibuku yang telah ditinggalkan oleh seorang lelaki yang bergelar suami. Sehingga ke hari ini, aku tidak pernah mengenali ayahku apakan melihat wajahnya walau pada sekeping gambar. Namun, aku pasrah menghadapinya. Aku percaya pasti ada hikmahnya disebalik kejadian yang berlaku.

“Hai, cik adik. Termenung panjang nampak. Aku segera kembali dari lamunanku ke alam nyata. Is berdiri disebelahku sambil tersengih-sengih melihatku, membuatku malu.

“Ingat kat sapa? Is ke?”

“Eh….. muka tak tahu malu. Buat apa Tasha nak ingatkan Is. Tak de masa lah,” aku menjawab lantas mencapai kertas kerja yang perlu disiapkan olehku. Dia masih tersengih. Malas aku nak layan si Iskandar. Makin dilayan makin menjadi pula nanti. 

Sudah hampir mencecah dua tahun aku bekerja di Syarikat Multinasional Saki, dan masih menjawat jawatan Software Engineer. Kini, aku dan Is semakin akrab. Kami menjadi sahabat sejati. Kehulu, kehilir pasti bersama. Kami bagaikan pasangan kekasih, merpati sejoli. Walaupun demikian, aku masih belum tergerak hati untuk memperkenalkan ibu tersayangku kepadanya. Bagi aku, belum lagi masanya. Seperti biasa aku menunggu bas ke Bayan Lepas. Aku tidak memiliki kereta kerana ibuku tidak membenarkannya. Mungkin takut sesuatu yang buruk akan berlaku. Maklumlah, akulah satu-satunya saudara terdekat ibuku.

“Mak, Tasha dah balik.”

“Penat ke nak?”

“Ya mak.”

“Mandi dulu sayang…” Ketika aku mencapai tualaku menuju ke bilik mandi, pintu rumahku diketuk. Aku bergegas ke pintu utama. Aku terkejut melihat jejaka yang terpacak di depanku.

“Tasha, siapa nak?”

“K…. kawan Tasha Mak.Ibuku menjenguk kepalanya. Is menyapa ibuku lalu dijemputnya masuk oleh ibuku. Aku pula diarahkan membawa air minuman buat Is. Aku menjeling Is, tapi dia pura-pura buat tak nampak. Akhirnya, ibuku meninggalkan kami bersendirian.

“Tasha, maafkan Is sebab datang tiba-tiba tanpa diundang. Is nak sangat berkenalan dengan ibu Tasha. Boleh Is tahu, kenapa dengan ibu Tasha?”

“Lumpuh,” hanya itu yang mampu aku katakan.

“Tak rawat?”

“Dah cuba. Tapi….. keadaan masih tak berubah.”

“Macam mana ibu Tasha jadi macam tu?”

“Ayah…..!”

“Ayah?”

“Ya…. semuanya salah ayah Tasha. Berlaku ketika Tasha baru berusia dua bulan, ayah Tasha telah meluahkan hasratnya untuk pergi jauh dari kami dua beranak. Sampai ke hari ini, ibu Tasha sendiri masih belum mendapat jawapan kenapa ayah tinggalkan kami. Apa dosa Tasha dan ibu? Ketika ayah keluar dari rumah, ibu mengejarnya dari belakang sehingga dia tidak sedar akan sebuah lori yang dipandu laju menuju dari arah bertentangan. Lori tersebut terbabas lalu merempuh ibu Tasha. Ibu terselamat dari ajal tetapi hidupnya terseksa.” Tanpa disedari, air mataku tidak lagi dapat dikawal. Biarlah….. biarlah air mataku itu membasahi pipiku. Biarlah air mataku itu menolong membasuh luka hatiku. Aku redha. Jika semua ini dugaan-Nya, aku rela menghadapinya. Is kelihatan agak terharu. Akhirnya, dia bertanya kembali,“Ayah Tasha tahu tak ibu Tasha kemalangan?”

“Tak. Waktu tu dia dah jauh dihadapan.“ 

“Is tak sangka Tasha dan ibu menghadapi penderitaan sebegini. Maafkan Is sekiranya menyebabkan luka lama Tasha berdarah kembali. Is tak tahu macam mana nak tenangkan Tasha. Tasha, Is…. Is minta maaf ya.” Aku tahu ‘berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya’. Hampir satu jam kami berbual mengenai ibu. Akhirnya, Is meminta izin daripadaku untuk pulang. Dah lewat sangat. Tak manis dipandang orang jika anak gadis dan teruna berdua-duaan pada waktu itu walaupun hanya sekadar berborak. 

Aku kembali bekerja semula selepas dua hari bercuti. Aku terpaksa menjaga ibuku. Badannya tiba-tiba sahaja panas. Demam agaknya. Bersyukurlah kerana kini demamnya sudah surut.

“Tasha, ibu awak dah sihat ke?”

“Eh…. Is. Okey dah.”

“Awak?”

“Alhamdullillah, sihat.”

 “Sebenarnya… Is ada sesuatu nak bagitahu Tasha.”

“Apa dia?” aku akui timbul perasaan debar didada kerana tidak tahu apa yang bakal diperkatakan oleh Is.

“Arggg… tak ada apa-apalah.” Dia segera beredar meninggalkan aku. Aku terpaku melihat kelakuannya. Semenjak itu, Is sering mengelak diri daripada terserempak denganku. Perangainya sejak kebelakangan ini agak memelikkan. Pasti ada sesuatu yang disembunyikan olehnya. Perhubugan kami yang dahulunya akrab, kini mula dilanda taufan. Persahabatan kami menjadi renggang. Aku dengan kerjaku dan Is dengan kerjanya. Aku juga sedaya upaya mengubah haluanku sekiranya aku terlihat akan kelibat Is. Pekerja-pekerja lain juga turut menyedarinya. Selepas dua bulan lamanya kami hidup menyepi tanpa sebab, Is kembali sekali lagi. Kali ini kerana ingin menjemputku ke majlisnya.

“Tasha, maafkan Is kerana mengelak daripadamu. Ada sebabnya. Suatu hari nanti akan tahu juga Tasha. Malam ini ayah Is mengadakan majlis ulang tahun kelahiran Is yang ke 25. Is harap sangat kehadiran Tasha dan ibu. Tolong jangan hampakan harapan Is.” Is kelihatan masih menunggu kata putus daripadaku.

“Baiklah, Tasha akan datang bersama ibu,” akhirnya aku memberi persetujuan.Pada malam itu, aku berpakaian kemas; tetapi masih dengan koleksi Baju kurungku yang aku sesuaikan dengan Tudang berwarna jingga. Perlahan-lahan aku menolak masuk kerusi roda ibuku kedalam rumah Tn Hj Abdul Saki, insan yang belum pernah aku temui sebelum ini walaupun sudah dua tahun aku bekerja di Syarikat miliknya. Aku diperkenalkan kepada Tn. Hj. Abdul. Tiba-tiba………

“Fatin.”

“Aaaaaaa…. abang.”

“Aduh, Tasha… tolong mak. Kepala mak terasa berat.” Akhirnya ibuku tidak sedarkan diri. Aku terkejut besar melihat keadaan ibuku.

“Mak, mak… bangun mak. Kenapa dengan mak.” Aku cuba mengerakkan ibuku. Tetapi aku gagal. Segera aku menghubungi Dr. Amri. Ibuku dirawat dan dimasukkan ke wad kecemasan. Aku semakin gelabah. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaanku di saat itu. “Ya Allah, Ya tuhanku. Janganlah kau terus mendugaku. Selamatkanlah ibuku. Aku tiada sesiapa pun selain daripada ibuku. Janganlah kau rampasnya daripadaku. Kau berkatilah hambamu ini. Kau tunaikanlah doa aku ini. Ya tuhan……. Amin.Iskandar dan ayahnya turut berada di hospital. Aku cuba ditenangkan oleh mereka, namun usaha mereka sia-sia sahaja. Aku tidak sanggup kehilangan ibuku yang telah mendidikku selama 25 tahun. Aku dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah, tetapi aku tidak pernah merasa kekurangan tersebut. Tiada siapa pun yang boleh menggantikan tempat ibuku. Aku dapat merasai Tn. Hj. Abdul Saki memandangku. Mungkin dia simpati denganku.

“Dr. Amin, macam mana mak saya?”

“Sabar Tasha. Keadaan mak Tasha masih kritikal. Dia diserang sakit jantung. Dia masih belum sedarkan diri, jadi saya tidak dapat memberitahu awak apa-apa sekarang ni. Banyak berdoa ya.”

“Dr. Amin, mak saya tiada sebarang tanda-tanda sakit jantung. Macam mana tiba-tiba dia boleh mendapat serangan tersebut?”

“Tasha, sebenarnya mak awak terkejut. Dia tidak dapat menerima kenyataan. Ada sesuatu yang membuatnya tidak dapat kawal perasaannya, lalu diserang sakit jantung yang serius.”

“Ya…… Allah. Selamatkanlah ibuku.” Aku masih setia menunggu ibuku sedar daripada lenanya. Apa yang penting buat masa sekarang bagiku ialah ibuku sedarkan diri. “Tasha, biarlah Is tunggu ibumu sedar. Dah malam sangat. Tasha baliklah dulu. Tak baik duduk sorang-sorang kat sini. Awak tu perempuan.” Is menasihatkan aku.

“Tak pelah Is. Tasha tunggu mak. Is baliklah. Lagipun dia mak Tasha. Tolong tinggalkan Tasha sendirian.” Sambil menangis aku memberitahu Is. Aku memang seorang yang agak degil, lebih-lebih lagi bab ibuku.

“Jangan macam ni Tasha. Kuatkan semangatmu. Is risaukan Tasha. Is sayang Tasha. Tasha satu-satunya gadis yang sentiasa berada didalam hati Is. Is tahu sekarang bukan masa yang sesuai untuk Is luahkan isi hati Is. Biarlah ibumu sembuh dulu. Is balik dulu…”Aku juga sememangnya sukakan Is. Namun, apakan daya, aku telah dilahirkan sebagai seorang perempuan. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Akhirnya aku tidak sedar bagaimana aku boleh terlena di salah sebuah kerusi yang berhadapan dengan wad kecemasan.Keesokkan harinya, aku dikejutkan oleh Dr. Amri.

“Tasha, bangun nak. Dah pagi. Awak tertidur.”

“Ohh, Dr. Amri. Mak saya okey ke?”

“Saya ada berita baik buat awak. Mak awak sudah sedar. Keadaannya stabil. Awak boleh berjumpa dengannya sekarang.Kebetulan Is dan ayahnya sampai tepat pada masanya. Oleh itu, kami sama-sama masuk berjumpa dengan ibu.

“Mak, Tasha bimbang tengok keadaan mak.”

“Tasha, mak tak apa-apa. Jangan bimbangkan mak”

“Macam mana Tasha tak bimbangkan mak. Tasya ada mak sorang aje dalam dunia ini. Harapkan ayah, entah kat mana dia sekarang? Hidup ke?”

“Tak baik kata macam tu Tasha. Baik mahupun jahat dia tetap ayah Tasha..” Ibuku dan ayah Iskandar berpandangan. Aku pelik. Apa perhubungan mereka? Kenapa mereka berpandangan? Belum sempat ibuku bersuara, Iskandar menyampuk….“Mak cik, Is sukakan Tasha. Kalau mak cik izinkan, Is akan membawa rombongan meminang. Is nak jadikan Tasha permaisuri Is. Mak cik setuju ke?” Mukaku berubah menjadi merah. Aku tunduk malu.

“Maaf. Mak cik tidak berniat menghalang perhubungan kamu berdua. Tapi……. sebenarnya….. Tasha, Is, kamu berdua adik-beradik kerana ayah Is, Tn. Hj. Abdul Saki merupakan ayah Tasha juga.”

“Apa?” serentak aku dan Is menjerit. Mukaku agak pucat. Segera aku meninggalkan mereka. Ibu dan ayahku sudah bersama semula setelah sekian lama berpisah. Ayahku sebenarnya merupakan seorang insan yang baik. Dia terpaksa meninggalkan ibuku atas desakkan datuk dan nenek sebelah ibuku. Ibu berasal dari keluarga berada manakala ayahku hanyalah pekerja buruh binaan biasa. Perbezaan darjat menyebabkan ayahku tidak diterima. Akhirnya, ayah aku bertekad meninggalkan kami semata-mata untuk mencari harta kekayaan. Selepas mencapai taraf tersebut, barulah dia akan datang mencari kami semula. Namun, nasib tidak menyebelahi ayah apabila ibu membawaku berpindah ke Kedah. Dan, kini kami menetap di Pulau Pinang. Seperti kaum Nomad, kami juga akan sentiasa berpindah-randah.Aku telah memohon melanjutkan pelajaran ke London. Sebenarnya, aku tidak dapat menerima kenyataan bahawa Is adalah abangku. Kini, aku berada di Kota London yang tersergam indah dengan seni binaannya yang menarik. Masa berlalu begitu pantas sekali. Aku kini berada dalam semester tiga. Tinggal satu semester sahaja lagi untukku menamatkan pengajianku. Sedang aku bersiar-siar di Kota London, aku didatangi seseorang. Seseorang yang aku memang kenal rapat. Ya, Iskandarlah orangnya.

“Is, apa awak buat kat sini?”

“Cari Tasha. Apa khabar?”

“Sihat.” Nada suaraku menunjukkan aku kurang senang dengan kehadirannya.

“Boleh bagi Is masa tak? Nak cakap sikit.”

“Cakaplah… Tasha tak halang.”

“Tasha, apa yang awak dan saya sangkakan sebenarnya tidak benar.”

“Apa yang saya dan awak sangkakan?”

“Tentang perhubungan kita.”

“Perhubungan kita? Apa lagi Is?”

“Tasha, sebenarnya kita berdua bukan adik-beradik kandung. Kita tiada pertalian darah.”“Apa yang Is merepek ni. Kan sudah jelas, ayah kita berdua sama.”

“Memang… Tapi Tn. Hj. Abdul Saki bukan ayah kandung Is. Dia ayah Tasha. Is ni hanyalah anak angkat. Perkara ini pun Is baru je tahu. Is telah diambil oleh ayah dari Rumah Anak Yatim. Ketika itu, Is baru berusia dua minggu. Is anak luar nikah. Is tak tahu siapa ibu mahupun bapa Is. Ayah ambil Is bagi mengambil alih syarikatnya kelak apabila dia meninggal dunia. Ayah ingat dia tak akan jumpa semula dengan isteri dan anak kandungnya. Is sekadar menumpang kasih sahaja.”

“Is, jangan sekali-kali berkata sebegitu. Tasha pun sebenarnya amat sayangkan Is. Sebab tu bila Tasha dapat tahu Is abang Tasha, terus Tasha memilih untuk melanjutkan pelajaran agar boleh berjauhan dengan Is. Tasha tak dapat terima Is sebagai abang Tasha. Sudah lama Tasha inginkan Is menjadi suami Tasha,” jawabku jujur.Aku tidak sedar bahawa mak dan ayahku turut datang bersama Is. Mereka memelukku erat. “Tasha, maafkan ayah kerana tidak memberitahu perkara sebenar pada Tasha. Dan….. mulai hari ini ayah akan mengambil- alih semula tugas ayah sebagai seorang suami dan ayah yang baik. Kini, ayah mempunyai dua orang anak. Seorang anak kandung dan seorang lagi anak menantu. Ya….Ayah bersetuju mengkahwinkan kamu berdua. Ayah yakin Is akan memberi kebahagian kepada Tasha kerana dia memang seorang yang penyayang.”

“Terima kasih ayah…”Aku dan Is di Ijab Kabulkan sebaik kami pulang ke Pulau Pinang. Kami bagaikan pinang di belah dua. Pasangan yang cukup ideal. Segala urusan perniagaan ayah diuruskan oleh Iskandar dan aku hanyalah pembantu setianya. Selang setahun kami berkahwin, kami dikurniakan pasangan kembar. Ayah dan ibuku gembira kerana berpeluang menimang cucu. Mereka banyak menghabiskan masa bermain dengan cucu kesayangan mereka. Akhirnya, aku bahagia disamping ibu, bapa dan suamiku yang tercinta. Semoga perhubungan kami sekeluarga akan bahagia sampai ke bila-bila pun. Akan aku didik anak-anakku menjadi insan yang berguna kepada bangsa, negara dan masyarakat.

 

-TAMAT-



dan sebagainya