
Wahai si gadis manis,
Gerangan teman rumah sebelah,
Kau memandangku,
Aku membalas pandanganmu,
Ternyata kau menggelabah,
Ku sengaja melemparkan ciuman manja,
Sekali lagi kau merona merah,
Marah bukan sebabnya,
Kau malu…!
Ternyata kau mahu,
Sambutlah terus cinta segarku,
Yang hanya berputik buat dirimu,
Gadis sebelah rumahku,
Yang tetap ayu di mataku.








