Akhirnya, tamat sudah pengajianku di Universiti Sains Malaysia (USM). Kini, aku bakal menjalani latihan praktikal di GHKL (General Hospital Kuala Lumpur) dalam tempoh dua minggu lagi. Dari Perak aku ke Kelantan, kini ke Kuala Lumpur pula. Kemudian, aku tidak pasti ke mana lagi aku akan dihantar untuk melanjutkan perkhidmatanku sebagai seorang Doktor selepas tamat latihan praktikalku. Sepanjang dua minggu aku dirumah, tak senang duduk umi. Aku asyik menganggu umi. Maklumlah dah empat tahun lamanya aku berpisah dari umi dan tak pernah pula pulang ke rumah semasa cuti semester. Mestilah teramat sangat rindu. Pelbagai macam perkara aku ceritakan kepada umi.
Aku juga sempat melawat Sue, di rumahnya. Kemudian aku berjumpa dengan Azmir, Rozaidi, Akhmal, Megat, Najib, Mohan, Mani, Raj dan Irwan. Selepas tamat tingkatan 5, kami belum pernah lagi bersua. Inilah kali pertama. Lama kami lepak. Pelbagai cerita-cerita menarik dikongsi bersama.
Akhmal kini telah membuka kedai ayam sendiri. Mohan telah melanjutkan pelajaran ke Maktab perguruan. Azmir dan Rozaidi baru je pulang dari Overseas mengikuti program kat sana. Raj telah menjadi seorang anggota Polis. Manakala; Megat, Najib dan Irwan telah menyertai anggota Tentera Diraja Malaysia. Aku bangga dengan kawan-kawanku kerana mereka berjuang tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Masing-masing dengan kerjaya masing-masing. Cuma aku belum lagi berjumpa dengan Asha Bairavi…
“Sham…! Oh Sham!!!”
“Ya umi…”
“Ni handphone sham memekik je… Ada orang call. Cepat sikit datang…” jerit umi. Aku segera mencapai telefon bimbitku dari pegangan umi.
“Hello, Assallamuallaikum…”
“Waalaikummussalam. Sue ke? Ingat sapa tadi… Apa hal? Ada masalah ke?”
“Hishkkkk tak de apa-apa. Tak kan tak boleh call Sham kalau tak ada apa-apa masalah. Sue saja je call. Rasa malas duduk sorang-sorang.”
“Ohhh macam tu. Tak delah, bukan tak boleh call. Cuma saya ingat Sue sakit ke… apa ke? Itu pasalnya saya tanya.”
“Tak. Sue ok je. Sham buat apa tu? Dah makan ke? Borak dengan mak cik ya? Sue tak ganggu kan?” Banyak benar soalan dari Sue.
“Saya duduk tengok TV je. Memang tengah borak dengan umi. Saya saja ganggu umi. Sebabnya satu minggu lagi saya akan ke KL. Ada latihan praktikal kat GHKL. Jadi, saya ambil kesempatan ni untuk kacau umi. Tak pe sekarang saya kacau Sue pula lah.. Umi dah terselamat. Tapi, Sue tak akan terselamat.”
“Eeeee awak ni. Jahatnya. Patutlah kat sekolah dulu orang takut nak sembang dengan Sham. Sebabnya Sham ni suka sangat nak menyakat orang lain. Sue pun pernah jadi mangsa walaupun kita tak berkawan waktu tu.” Jawab Sue sambil ketawa manja. Mungkin dia terasa lucu dengan perangai aku yang tak pernah nak berubah.
Lama juga aku dan Sue bersembang. Maklumlah lepas ni aku tidak dapat pastikan sama ada aku dapat berborak manja dengan Sue lagi atau tak. Latihan praktikal aku mungkin penyebab utamanyalah. Yalah; aku kan akan belajar cara-cara merawat pesakit. So, kenalah matikan talian telefon bimbit. Kalau tak…. nanti tak pasal-pasal kena marah dengan Head Doctor.
Setelah puas bersembang dengan Sue selama lebih kurang dua jam lamanya, aku kembali ke kamarku. Pada waktu senja begini, aku amat gemar bermain gitar sambil menyanyikan lagu kegemaranku; Bayangan Gurauan oleh Mega.
“Tak pernah ku alami,
Tak mungkin ku hindari,
Di himpit perasaan,
Bayangan gurauan,
Di dalam jaga ku tercari-cari,
Di dalam tidur termimpi-mimpi,
Siapakah gadis misteri,
Melambai dan terus menyepi,
Jangan biarkan ku ternanti-nanti,
Usah benarkan masa berlalu pergi,
Cintamu oh gadis misteri,
Adakah kekal dan abadi,
Andai di berikan emas permata,
Ku pilih senyumanmu,
Andai kupunyai mahligai indah,
Ku hadiahkan untukmu,
Dalam berjuta bintang berkelipan,
Kau bagaikan kejora,
Antara ribuan mata menikam,
Takkan kubiarkan kau tenggelam,
Di dalam jaga ku tercari-cari,
Di dalam tidur termimpi-mimpi,
Siapakah gadis misteri,
Adakah dapat ku kenali,
Andai di berikan emas permata,
Ku pilih senyumanmu,
Andai kupunyai mahligai indah,
Ku hadiahkan untukmu,
Dalam berjuta bintang berkelipan,
Kau bagaikan kejora,
Antara ribuan mata menikam,
Takkan kubiarkan kau tenggelam,
Di dalam jaga ku tercari-cari,
Di dalam tidur termimpi-mimpi,
Siapakah gadis misteri,
Belum puas ku temui…” Aku menghayati setiap baris ayat dari lagu milik Mega… Touching giler… Siapa yang tak suka lagu ni…?
Akhirnya, hari yang aku tunggu-tunggu tiba iaitu hari pertama aku lapor diri sebagai pelatih di GHKL. Tepat jam 8.00 pagi, aku dibawa masuk berjumpa dengan Head Doctor, bersama-sama dua lagi sahabatku yang kebetulan mendapat tempat practical sama dengan aku. Dr. Abraham Grill, ketua doktor di GHKL memberikan serba-sedikit penerangan tentang Hospital dan juga tugasan-tugasan yang bakal menanti kami untuk tempoh 6 bulan. Aku, John dan Poovan mengangguk tanda faham dengan apa yang telah dikatakan oleh Dr. Abraham sebentar tadi. Kami diberikan kebenaran untuk menginap di Hostel yang disediakan khas buat kakitangan-kakitangan hospital. Lega rasanya, tak payahlah kami bersusah-payah mencari tempat tinggal. Apa yang lagi menyeronokkan hati kami ialah… kami tidak perlu membayar sewa rumah. Kurang sikit perbelanjaan kami. Bukan itu sahaja, kami juga ditawarkan allowance sebanyak RM980 per seorang. Memang lebih dari cukup. Tempat-tempat lain, ada yang menawarkan allowance dan ada yang tidak sedikit pun memberikan penghargaan dalam bentuk wang, tetapi sebaliknya sevenier. Tak kisahlah; as long as kami mendapat ilmu yang berguna untuk masa depan. Kami telah diperkenalkan kepada para doktor yang sememangnya berkhidmat di sana. Kami benar-benar mengharapkan kerjasama dan tunjuk-ajar dari mereka yang berpengalaman lebih dari dua tahun. Ada yang telah berkhidmat sebagai seorang doktor lebih dari 15 tahun. Cukup matang, dan boleh menurunkan begitu banyak ilmu kepada kami. Ketika aku masih menjalani latihan praktikal di GHKL, aku menerima panggilan daripada GHI. Menyatakan aku ditawarkan untuk bekerja di situ. Siapa yang akan menolak rezeki yang datang melimpah dengan sendirinya. Betul tak? Jadi, aku menerima tawaran tersebut. Tetapi pada masa yang sama aku memberitahu pihak GHI yang aku masih belum tamat latihanku. Dan lega… mereka kata tak kisah as long as aku setuju untuk join kerja kat sana. Rasanya, taklah lama sangat latihan praktikalku di GHKL. Hanya enam bulan. Rasanya taklah lama sangat.








