“Adoi… letihnya,” rungutku sendirian. Kami sebenarnya baru sahaja sampai kat hostel. Ghani, Mat, Helmi, Peter, Yusof, Amin, Daus, Najib dan Rahim masing-masing kat cafe. Belum naik ke bilik lagi. Aku mencapai tuala dan bergegas ke bilik air. Selepas mandi, aku terus je mencari katil. Penat masih terasa lagi. Walaupun aku belum santap makanan lagi… belum pula perut aku ni terasa lapar. Akhirnya aku lentok sambil memeluk bantal spare yang umi bekalkan dulu.
“Tit… Tik…” Aku terkejut. Lantas bangkit. Hmmm… ada message rupanya. Dari…, Sue. Apa pula isinya kali ini?”
“Sham, dah sampai?
Dah makan?
Buat apa tu?„
Aku tersenyum sendirian. Ambil berat juga budak ni kat aku. Ingatkan tak serius. Tapi salah rupanya sangkaan aku. Rasanya inilah pertama kali, selain umi, ada perempuan lain yang ambil tahu mengenai diriku ini. Sekali lagi telefon bimbitku berbunyi. Sue lagi.
“Apasal Sham?
Tak balas…
Risau lak sya…„
Hisk… Betul ke budak ni risau? Tapi kenapa ya? Eh! Aku ni…? Orang risau sikit pun tak kan tak boleh. Dia tu kan ke kawan aku. Baik aku balas sms dia dulu. Sebelum dia bertambah risau.
“Baru je sampai.
Tengah tido. Letih.
Tu tak sedar sms Sue.
Buat apa tu?„
Kini giliran aku pula menyoalnya. Tak manislah pula kalau aku tak bertanya kembali. Keadaan senyap seketika. “Hah, dah masuk pun,” fikirku…
“Baru lepas makan.
Sekarang ngan kawan.
Sham letih kan… rehat dulu.
Esok Sue sms Sham.
Take care. Bye…”
Lepas layan message Sue, laparlah pula perut ni. Baik juga kalau aku pergi cari makanan kat luar tu. Kejab lagi tutup pula cafe. Nanti terpaksa makan biskut kering pula. Tak kuasa aku tahan lapar hingga ke pagi. Aku segera menyarungkan Tracksuit hitam bersama baju T-Shirt putih. Nasib aku agak baik sebab cafe masih lagi buka walaupun makanannya hampir-hampir habis. Disitu, aku terserempak pula dengan Athirah. Kenapa dia ni nampak kuyu semacam je? Sakit ke? Atau….??? Aku ni suka sangat fikir yang bukan-bukan. Sebelum ini dia bahagia bersama Saiful, boyfriend dia. Baik tanya… Kan senang. Buat berat kepala je fikir bukan-bukan. Aku ni tak de niat nak sibuk hal orang. Cuma ambil berat je. Mana tahu ada yang boleh aku bantu kalau mereka ada masalah.
“Hai Thirah. Apa khabar?” Begitulah aku memulakan perbualanku. Tak bolehlah terus nak tanya. Kang silap-silap ditengkingnya. Buat malu je nanti. Dia menoleh.
“Heh! Hisham ke? Ingat siapa yang tegur tadi. Saya boleh tahanlah. Hisham khabar baik?” soalnya kembali kepadaku.
“Baik. Saiful tak turun sama ke?”
“Kata baik tapi muka tu nampak pucat. Apa hal? Rindu kat sapa-sapa ke?” ternyata Athirah cuba mengelakkan sesuatu. Aku tanyakan Saiful tapi dia buat-buat tak dengar pula. Tengah crisis agaknya. Mungkin ada baiknya kalau tak selalu sangat jumpa kekasih hati. Takut jemu.
“Saya okey je. Tu ha; Thirah yang nampak lesu semacam. Ada yang tak kena ke?” Sekali lagi aku menyoal Athirah untuk mendapatkan kepastian.
“Tak adalah,” jawabnya ringkas. Tapi aku pasti ada sesuatu yang tak kena. Risau juga aku ni. Sebab kami ni satu campus. Satu hostel lagi. Kalau apa-apa berlaku kena tanggung bersama.
“Betul ke? Saya sedia membantu kalau ada problem. Lagipun… Both of us are a good friends. Sekali lagi aku cuba menyakinkannya. Lain yang aku sangka, lain pula yang jadinya. Athirah tiba-tiba menangis teresak-esak macam budak kecil. Aku kaget. Apa perlu aku buat? Tak pasal-pasal orang salah anggap pula nanti. Ingat aku apa-apakan anak dara orang. Nanti tak pasal-pasal kena sepak dengan Saiful pula. Dia tu dahlah panas baran.
“Sabar Thirah. Bawa mengucap. Orang semua tengah tengok kita.” Namun tiada tanda-tanda Athirah berhenti menangis. Hampir separuh mati aku memujuknya. Menyesal juga aku sebab sibukkan hal Thirah sebentar tadi. Emmmm… Lega. Dah bertenang pun.
“Maaf Thirah menangis macam budak-budak. Sebenarnya… saya sedikit tertekan. Hisham, awak boleh bantu saya tak?” Bersuara juga si Athirah akhirnya selepas lama menyepi.
”Ya, sure. Why not? Kalau boleh bantu mesti saya akan bantu punya.”
“Thank you, Sham. Saya… saya dah ditinggalkan oleh Saiful,” ujarnya sayu.
“What???? Saya tak salah dengar ke?” soalku semula. Agak terkejut dengan berita yang baru didengar olehku. Athirah dan Saiful bukan main rapat lagi sebelum ni. Kemana pergi mesti diangkutnya si Athirah tu bersama dengannya. Mereka tu bagaikan pasangan suami isteri pula. Begitu mesra hingga tidak kisah orang pandang dan mengata mereka dibelakang. Aku lihat… Athirah perlahan-lahan menggeleng. Kemudian dia menyambung semula ceritanya.
“Saiful tinggalkan saya sebab perempuan lain. Junior.”
“Ohhh! Begitu. Biar kita berfikiran practical sikit. Kalau dia dah buat macam tu, Thirah perlu banyak bersabar. Dan…. pilih orang lain yang boleh bahagiakan Thirah.” Hanya itu yang mampu aku cadangkan.
“Betul… Tapi bagi Thirah dah terlambat… se… sebabnya dia dah guna Thirah.”
“Masya-Allah! Sampai ke tahap tu dah.” Aku benar-benar kesiankan Athirah. Kenapalah dia bodoh sangat sampai sanggup dia bagi mahkota wanita yang paling berharga itu kepada Saiful dengan begitu senang. Padahal belum ada apa-apa ikatan yang sah pun diantara mereka berdua. Kenapalah Athirah terlalu percayakan Saiful. Tak kan Athirah tak tahu yang Saiful sememangnya dah banyak kali sangat tukar pasangan.
“Saya tahu Hisham terkesima. Tapi itu kenyataan yang benar. Tak ada gunanya saya sorokkan lagi. Sebabnya, sekarang saya rasa yang saya sedang menanggung waris Saiful.” Sekali lagi aku terperanjat besar.
“Athirah; buat masa ni, satu je cadangan saya. Check dulu. Kalau kandungan Thirah sah…. emmm… Thirah gugurkan. Maaf… saya tak sepatutnya bagi kata putus seperti ini. Tapi rasanya tiada pilihan lain. Melainkan Saiful sanggup bertanggungjawab. Dah bincang dengan dia?” Aku sebenarnya buntu. Bab macam ni aku tak dapat nak bantu sebenarnya. Dah terlalu privacy sangat.
“Belum lagi,” jawab Athirah ringkas.
“Hmmm… Macam nilah Thirah, lebih baik awak bincang dulu dengan Saiful tu. Manalah tahu dia tu sanggup nak bertanggungjawab. Tapi, kalau dia memang tak nak bertanggungjawab…” Belum pun sempat aku menghabiskan kata-kataku, segera dibidas oleh Athirah.
“Saya akan gugurkan. Daripada saya biarkan anak tak berdosa tu hidup merana kat bumi ni, dengan dikelilingi oleh manusia yang tiada hati perut… Lebih baik saya tanggung dosa tu bersendirian. Terima kasih Sham. Sanggup dengar problem saya. At least saya rasa release sikit.”
“Tak pe Thirah. Walau apa pun, saya harap sangat anak tak berdosa tu tak awak bunuh. Minta maaf sebab bagi idea yang tak baik tu.” Aku luahkan juga pada Athirah. Aku nampak dia angguk-anggukkan kepala dia. Aku pulang semula ke bilik. Pagi lagi, ketika solat subuh, aku memohon keampunan kepada-Nya. Fikiran aku terganggu oleh cadangan bodoh yang aku berikan itu. Tak patut aku cakap macam tu. Cabul betullah mulut aku ni.
“…Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku memohon padamu agar kau ampunkan dosaku… kerana sanggup memberikan cadangan yang salah disini keagamaan… kepada sahabatku yang sedang menderita akibat ditinggalkan oleh seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Aku telah melakukan dosa. Aku sujud padamu, Ya Allah. Kau berilah petujuk kepada sahabatku. Agar dapat menghindarinya daripada melakukan dosa dengan membunuh anak yang tak bersalah itu. Aku juga memohon agar kau hindarilah aku daripada melakukan sebarang perbuatan terkutuk seperti berzina. Aku berharap agar berita baik daripada sahabatku itu akan aku terima secepat yang mungkin. Ya Allah! Kaulah segala-galanya buat insan seperti aku. Amin…”
Selepas selesai berdoa aku kembali semula ke katilku. Letihku belum lagi terlerai kerana selama 2 minggu aku tidak dapat tidur yang mencukupi; gara-gara melancong seluruh Pulau Pinang. Aku tahu tak baik tidur semula lepas sembahyang subuh. Tapi, aku memang tidak dapat memaksa diriku untuk terus berjaga. Hanya untuk kali ini sahaja. Dan aku yakin tiada dosanya sekiranya ketidakupayaan adalah puncanya. Aku perlukan rehat yang secukupnya kerana selepas ini aku akan sibuk dengan peperiksaan akhir semester. Aku kena score result yang terbaik. Aku tak nak kecewakan harapan umi. Pantang anak melayu mengaku kalah. Chewah! Mulalah aku nak bermadah. Benda yang bukan-bukan pula tu. Dah sewellah aku ni. Belum jadi doktor lagi otak dah tak betul. Macam mana tu?








