Aku duduk menyandar di sofa empuk menghadap TV. Yang lain sibuk menonton Edisi Siasat. Aku pula tersenyum sorang-sorang. Sambil tu, mataku tertutup rapat. Fikiranku melayang. Aku teringat peristiwa pagi tadi, di Batu Feringghi. Ketika itu aku bersendirian. Kawan-kawanku yang lain sambung semula berendam setelah begitu lama merehatkan diri. Seseorang perlahan-lahan mendekatiku.
“Hai,” sapanya. Lembut, cukup lembut. Suara yang lembut bak nyayian burung murai pula. Hisk melebih-lebih pula aku ni. Aku menoleh. Gadis yang aku pandang tadi rupanya. Wah, begitu cantik. Tadi taklah aku perasan sangat kecantikannya.
“Hai.” Jawabku kembali setelah lama benar memandangnya. Dia senyum. Aku membalas.
“Sham kan? Ingat saya lagi tak? Kita satu sekolah dulu.” Suaranya masih lagi lembut. Aku mengangguk. Lama kami memandang antara satu sama lain tanpa berkata-kata. Namun kemudian aku ketawa kecil. Ini membuatkannya bertambah pelik. Akhirnya aku juga yang memecahkan kesunyian.
“Dulu kita tak pernah bertegur sapa ya. Sue buat apa sekarang? Macam mana boleh ada kat sini?” soalku tanpa segan lagi.
“Hmmmm… Sue minta maaf sebab masa tu Sue salah sangka kat Sham. Tapi, lepas tu Sue rasa bersalah sangat sebab berkasar dengan Sham. Sue tahu Sham sekadar bergurau je dengan Sue. Memang ada niat nak minta maaf tapi tak berani. Oh ya! Lupa pula. Sue sekarang ni menuntut di UKM dalam bidang Matematik pendidikan. Saja datang sini. Kan cuti,” ujarnya tanpa sedikit pun memandang wajahku. Segan kot. Sue memang dah banyak berubah. Kini dia sudah pandai bergaul mesra dengan semua. Tak macam dulu. But, i still miss Sue yang dulu.
“Yang tu dah lama Sham lupakan. Tak guna ingat-ingat lagi,” jawabku ringkas. Namun aku ikhlas menyatakannya.
“Terima kasih Sham,” ucap Sue.
“Kasihmu diterima,” sambutku sambil tersenyum. Lama juga kami bersembang. Nasib Yusof dan Helmi terutamanya tidak perasan. Kalau tak… pasti tak dapat aku duduk tenteram. Macam-macam mereka akan tanya. Syukurlah kerana rinduku pada Sue akhirnya terlerai juga. Kami sempat bertukar nombor telefon. Senang nak dihubungi. Sebelum kami berpisah, Sue sempat bertanya kepadaku sesuatu. Tersirap darahku. Mujur dapat dikawal.
“Sham,” begitu manja dia memanggilku.
“Hmmm…” selamba aku bersuara.
“Apa pendapat Sham tentang cinta?”
“Cinta….? Hmmmm… Love… Yup… For me….
Love;
It’s a beatiful line of words,
which have a strong feeling,
with sexual attraction too,
which grew deeper and deeper until the end of our life…
Love,
also make us crazy on it,
when we are with our loved one,
until can change everythings,
including ourself…
and…
love live forever and ever,
even we are no more in the world….”
Entah dari mana aku mendapat kekuatan untuk menyatukan perasaanku terhadap cinta; sesuatu yang setulus kalbu. Tidak dapat dilihat melalui mata kasar. Melainkan merasainya melalui perasaan, yang cukup indah. Pertemuanku dengan Sue tidak akan aku lupakan selagi nyawa dikandung badan. Dan akan sentiasa terselit jauh dijiwaku. Perhubungan yang aku sangkakan sudah retak kembali kukuh. Aku akan pastikan ia tidak lagi roboh.
“Laa hai. Sham tiduq ka? Ingat tengah tengok TV.” Cepat-cepat aku membuka kelopak mataku yang sebelum ini tertutup rapat. Nasib baik aku dah sedar dari lamunan. Boleh juga aku berlagak cool.
“Eh! Taklah Ghani.” Sepantas kilat aku menjawab. Kalau tak nanti mereka akan menyakat aku.
“Ingat tiduq tadi. Kalau hang dah ngantuk tu, baik masuk dalam noh. Kami lambat lagi. Banyak rancangan kat TV.” Ghani berterus-terang.
“Tak pelah.”
“Ala. Cheq tak kisah. Pilah…”
“Korang semua pula macam mana?”
“Wei, kalau dah ngantuk tu pergi jelah. Takkan kami nak ikat kau kat sofa ni.”
“Yalah. Jangan nak jerit pula.”
Aku melihat jam di dinding. Dah pukul 11.45 malam. Aku memang selalu tidur awal pun. Lagipun aku sedikit letih dan itu mendorong lagi untuk aku terus mencari katil. Baru landing dah lena lah pula. Aku pun kurang pasti pukul berapa agaknya mereka yang lain masuk tidur. Yang pastinya mereka tunggu sampai rancangan kat TV tu tamat. Mereka dah jadi serupa macam burung hantu. Malam berjaga, siang tidur hingga tak ingat dunia. Kadang-kadang tu, matahari dah tegak atas kepala pun mereka masih boleh selimut sampai menutupi kepala. Aku pun tak tahu mereka ni tahu atau tak erti panas. Siap berdengkur lagi tu.
Hari-hari berikutnya kami langsung tidak lekat dirumah. Kami ke Bukit Bendera, Snake Temple, Kek Loke See (Pagoda), Tanjung Bungah dan banyak tempat-tempat menarik yang lain. Rasanya satu Pulau Pinang kami dah pusing. Pergi merayau beramai-ramai begini sekali-sekala tu seronok juga. Tak ketinggalan juga, kami mengambil gambar buat kenang-kenangan. Kami juga sempat membeli-belah. Banyak juga yang kami beli untuk dibawa pulang sebagai oleh-oleh. Aku telah memilih sehelai selendang yang cukup unik buat umi. Mesti umi suka.
Sejak pertemuan pertama dengan Sue selepas bertahun-tahun lamanya tidak berjumpa dengan dia, tiap-tiap hari kami bermain sms. Pandai juga Sue buat lawak. Tak kering gusi aku membaca sms dia. Dia taklah sombong seperti yang hebat diperkatakan oleh bekas pelajar kelasku dulu. Mungkin sikapnya yang seperti itu menyebabkan orang salah sangka dengan dia.
Dua minggu cuti yang kami dapat rupanya taklah lama sangat. Rasanya macam baru semalam je kami sampai di Pulau Pinang. Dah nak kena balik semula ke campus. Sedihlah pula nak tinggalkan keluarga Ghani. Macam keluarga sendiri. Dalam tempoh dua minggu ni, kami semua dah rapat sangat dengan ibu, ayah dan adik perempuan Ghani. Tapi kami semua dah janji akan datang lagi ke situ.
Segala kenangan di Pulau Pinang akan terpahat dalam ingatanku. Mustahil untuk dilupuskan kerana selain daripada aku enjoy habis-habisan dengan sahabat-sahabat karibku, aku juga telah menjadi teman setia Sue, gadis yang suatu masa dulu membenciku. Teramat sangat. Dia tidak pernah nak melayan aku walaupun aku merupakan seorang yang agak kacak dan smart. Aku tidaklah memuji diri sendiri, tetapi itulah kenyataannya. Siapa yang tak meminatiku? Baru seminggu aku di sekolah baru, aku dah terima berpuluh-puluh keping surat cinta. Entah dari sapa-sapa. Aku pun tak kenal. Masing-masing menggunakan nama samaran; bintang77, kasih abang, anak mami, comel, ah boleh saja dan… macam-macamlah. Naik rimas aku nak selidik sorang-sorang. Jadi, aku letak tepi surat cinta yang aku anggap sebagai surat layang tu. Malas nak layan. Buang masa je. Kalau pun aku dapat cari orang tu pun tak ada gunanya. Bukannya aku nak pilih salah seorang dari mereka jadi isteri aku. Boleh belah lah! Tiada sikit pun ciri-ciri yang aku suka.
Sebenarnya, aku bukannya meminta Sue untuk menjadikan aku kekasih hati sebaliknya hanya sebagai seorang sahabat yang boleh berkongsi suka dan duka bersama. Sekurang-kurangnya beban di dada Sue dapat juga aku ringankan. At least ada juga orang yang sudi berkongsi masalah dengannya. Taklah berat hati tu menanggung kepiluan yang boleh memberi kesan kepada emosinya. Bukan itu sahaja, kebosanan hidupnya yang sentiasa bersendirian juga boleh dihapuskan sama sekali. Aku boleh sentiasa bertandang ke rumahnya. Atau, tak pun aku boleh membawanya ke rumahku. Boleh juga dia berborak-borak dengan Umi. Terubat juga rindu dia kat mama dia. Tapi, aku percaya, Allah Maha Esa. Kerana itulah aku diketemukan semula dengan Sue dan merapatkan jurang perpisahan kami buat selama-lamanya.
Kami menjadi sahabat karib. Tiada lagi kebencian. Tiada lagi api permusuhan. Tiada lagi keegoan. Yang ada hanya persahabatan. Yes, Friendship Forever! Aku yakin persahabatan kami akan sampai ke penghujungnya. Kalau tak masakan pertalian yang dulu tak pernah dimulakan sudah direstui. Itulah ertinya sebuah kemaafan. Tanpa ada sikap sudi meminta maaf dan di maafkan, nescaya tiada juga erti persahabatan. Begitulah juga dengan kami. Kami rela memohon maaf antara satu sama lain. Keegoan kami tolak ke tepi.








