Mutiara Hidup!!!











{28 Januari 2009}   BAB 12

     Cuti sudah pun bermula. Kami seramai 15 orang, menuju ke destinasi yang telah dirancang oleh Ghani dan mendapat persetujuan sebulat suara oleh semua kawan-kawan yang lain. Biasalah, kalau dah kumpul ramai-ramai pasti kecoh sedikit. Bagaikan peniaga di pasar malam lagaknya. Masing-masing sibuk bersembang. Bas ekspress yang kami naiki pada mulanya sunyi dan sepi, tapi kini bising teramat sangat. Sekali dua tu ada juga pak driver geleng kepala melihat telatah kami. Macam budak kecil walaupun dah besar panjang. Kalau dah kahwin mesti ada dua tiga orang anak. Paling teruk Helmi dengan Yusoflah. Sampai ganggu penumpang-penumpang lain yang ada kat dalam bas bersama kali. Nasib budak-budak tu jenis yang sabar. Kalau tak pasti kena pukul dengan kasut tumit mereka dua orang ni.

     “Emmm… cantik rumah kau Ghani,” puji Helmi. Memang tidak dapat dinafikan kebenarannya. Kemas dan tersusun rapi. Rancangan kami, selepas sampai, rehat dulu. Esok baru decide nak keluar merayau ke mana.

     “Ghani, kau tak pernah cerita pun yang kau ada adik perempuan secantik ini?” soal Amin. Gatallah pula budak ni. Tapi niatnya ikhlas. Suka betul. Bukan main-main. Lagipun Amin belum pernah memiliki mahupun dimiliki oleh sesiapa pun. Tengoklah berjaya tak dia menjadi adik ipar Ghani nanti. Kalau ada jodoh, tak kemana pun. Balik-balik kesitu juga datangnya. Nasiblah Ghani ni baik orangnya. Dia hanya tersenyum lembut dan tidak mengambil serius kata-kata Amin. Kalau tak tentu kena tempeleng budak ni. Khadijah, adik Ghani juga hanya mampu tersenyum. Begitu juga dengan ayah dan ibu Ghani. Mungkin mereka berkenan dengan sikap Amin yang suka berterus-terang. Aku pun suka juga kalau ada orang yang straight forward macam tu.

     Keesokkan paginya, kami bersiap sedia menuju ke Batu Feringghi. Pagi-pagi macam ni tentu seronok berendam. Sekali-sekala tu ada juga kami tertelan air masin. Selepas puas berenang, kami lepak di bawah pokok rendang yang berdekatan sambil berborak-borak. Sempat juga kami menjamu nasi lemak yang kami beli ketika dalam perjalanan ke Batu Feringghi. Hinggakan pada satu tahap, Mat mula merunggut-runggut tanpa henti-henti. Aku sendiri pun pelik. Tiba-tiba je budak ni membebel mengalahkan nenek moyang aku.

     “Masya-Allah, tengok sana. Dahsyat betul anak gadis zaman sekarang. Berpelukkan, bercumbuan, berasmara… entalah apa lagi yang boleh aku ungkapkan. Bagaikan dunia ni milik mereka. Bagaikan tiada lagi manusia-manusia lain di sekitar yang sedang memerhatikan gerak-geri mereka yang terhina itu. Apa nak jadi dengan anak muda zaman sekarang. Aku pun tak tahu.” Memang betul apa yang dikatakan oleh Mat. Jijik mata memandang. Apa taknya, gadis itu teruk diraba oleh lelaki tu. Mereka langsung tidak menghiraukan orang lain yang berada di sekeliling mereka. Mereka berdua nampak macam educated je. Zaman sekarang ni, budak Universiti yang paling teruk perangainya. Harapkan belajar je tinggi-tinggi. Tapi, ilmu tetap masih cetek. Dah banyak sangat kes budak-budak Universiti ni. Tengoklah dah berapa banyak Edisi Siasat cekup curi-curi kes budak U. Mereka dah tak mengira tempat untuk melakukan perkara terkutuk itu. Kat tangga flat pun jadilah.

     “Lantak mereka la. Itu peribadi mereka. Tak ada guna kita masuk campur,” jelas Yusof pula.

     “Memanglah Yusof. Itu hal depa. Tapi, depa tu patutnya pikiaq pasal orang lain juga. Ingat Batu Feringghi ni kepunyaan mereka ka? Kalau macam cheq, hang semua ni, tak lah kisah sangat. Kita buat-buat tak endah ja. Tapi, macam mana ngan orang-orang tua yang datang kat sini?” sampuk Ghani. Dia memang tidak berpuas hati dengan gaya hidup mereka berdua.

     “Hah! Betul tu. Orang berumur datang sini nak hirup udara segar, nak tenangkan jiwa. Tapi, perbuatan terkutuk mereka ni hanya menambahkan beban dijiwa je,” tambah Mat lagi.

     “Ya. Aku mengakui kebenaran kata-kata korang. Kesedaran tu patut ada pada diri mereka. Kalau dah gian sangat tu, baik kahwin je. Betul tak? Tak yahlah cari dosa. Hari-hari pun boleh buat. Halal pula tu.” Kini giliran aku pula meluahkan rasa kebencianku terhadap pasangan kekasih itu.

     “Tapi… walau apa pun, tak guna kita nak nasihatkan. Mereka tak akan terima. Sebabnya mereka tengah hangat. This is the fact that we should accept.  Nanti bila dah ‘terkena’ baru nak menyesal. Apa gunanya. Lelaki tak ada ruginya. Tapi… perempuan..? Besar nilainya,” tambahku lagi.

     “Memang pun. Lepas dah hilang semuanya baru terhegeh-hegeh nak report polis. Kata diri diperkosalah. Tapi, ni bukan nampak cam dipaksa. Ni nampak cam direla,” Mat masih lagi belum puas hati kalau tak condem budak dua ekor tu. Rasanya kalau orang yang dah kahwin pun tak kan buat macam ni kat luar. Dahlah pakaian budak perempuan tu macam nak koyak je. Ketat nak mampus. Dah tu lurah dada dia nampak sangat. Bukan hanya oleh mata lelaki tu, tapi oleh mata kasar semua pengunjung Batu Ferringghi.

     “Dahlah. Jom kita pi sana. Duk sini pun tak ada gunanya. Sakit hati cheq. Depa pun awatlah datang sini. Pilah hotel ka rumah tumpangan ka… Lagi baguih.”

     Syukurlah… sahabat-sahabatku walaupun suka mengusik, tidak pula jahat mahupun miang seperti pemuda tu. Ada ke patut dia meramas buah dada si gadis, pasangannya tu. Tu pun depan public.  Tak malu ke mereka. Nasib baiklah, Sue mahupun Asha bukan gadis seperti itu. Kalau tak…. tak tahulah macam mana aku nak katakan. Ada satu hari tu, aku tersilap pegang tangan Asha. Ingatkan Azmir. Sikit lagi aku hampir merasa satu tamparan hebat daripadanya. Nasib baik aku sempat mengelak dan serta-merta memohon maaf. Huh! Garang nak mampus. Sue pula aku nak pergi minta maaf pun dia boleh marah-marah. Kalau aku cuba sentuh dia pasti aku tak selamat pulang kebrumah.

     “Wei Sham! Dah mula lagi ni. Angau ke kau ni hah? Asyik termenung je,” sinis sungguh bunyi suara Yusof.

     “Tak… taklah. Sham tak angau… Emmm… maksud Sham, Sham tak termenung. Cuma..?”

     “Apa merepek ni? Kau ni makin lama makin tak betul. Kena bawa berubat ni.” Aku geli hati mendengar luahan rasa pelik dari sahabatku. Aku tergelak kecil.

     “Laaa… kesitu pula kau. Sebenarnya… aku macam kenal je budak yang duduk kat situ tu hah…”

     “Mana? Tak nampak pun,” celah Helmi. Dia memang macam tu. Kalau bab perempuan, cepat je. Rasa macam nak ketuk je kepala budak dua ekor ni. Takkan mereka tak nampak kot. Dah rabun agaknya.

     “Tu ha… yang pakai T-Shirt hitam, duduk dengan geng dia, empat orang; dua lelaki dua perempuan,” terangku dengan lebih terperinci.

     “Ohhh… Yang tu ke? Baru sekarang kami nampak,” kata Yusof.

     “Macam bekas…”

     “Girlfriend ke? Kau tak pernah cerita pun yang dulu kau ada kekasih. Patutlah kau asyik berkhayal ke… Teringatkan si dia rupanya…” potong Helmi tidak sabar.

     “Cuba jangan menyampuk. Bagi peluang aku habiskan kata-kataku,” ujarku. Tidak senang dengan pertanyaan Helmi. Mereka terdiam. Menanti aku jelaskan perkara sebenar.

     “Dia tu macam bekas class mate aku je. If not mistaken, Sue namanya.”

     “Kau sure ke?”

     “Tulah. Nak tegur takut salah orang. Malulah pula,” jujur aku mengeluarkan apa yang terbuku didalam hatiku. Aku terus memerhatikannya tanpa berkelip mata. Agak lama juga aku memerhatikannya. Mungkin budak tu tersedar kot yang aku dari tadi memandangnya. Dia menoleh. Mata kami bertemu. Akhirnya…, terpaksa aku mengalah. Begitu tajam renungannya. Mungkin bukan Sue kot, sebab Sue tak berani renung aku sebegitu. Siapa agaknya ya? Mungkin pelanduk dua serupa kot.

     “Sham, kau tak nak joined sekali ke? Cukup ke? Kita orang nak pergi mandi satu round lagi. Dah kering lah,” ajak Amin. Dia memang suka sangat berenang kat laut.

     “Tak pelah. Korang pergilah dulu. Saya nak hirup udara segar dari sini sekejab. Sambil tu bolehlah saya cuci-cuci mata sikit.”

     “Buatlah apa yang patut. Jangan kau pergi mengurat anak dara orang dahlah. Nanti tak pasal-pasal kami pun kena sekali sebab bersama-sama dengan kau,” usik Mat.

     “Pandailah kau tu Mat. Aku ni baik. Tak pernah buat kerja-kerja macam tu. Kalau aku nak usik pun, yang aku kenal je. Yang tak kenal pandang pun idak. Apatah lagi nak mengusik. Kan kena ketuk dengan sepatu yang mereka pakai tu, benjol pula kepala. Aku tak nak cari nahas.”

     “Yalah. Walau apa pun, hang hati-hati duk sorang-sorang kat sini. Sebabnya takut depa pula yang ngurat hang. Tapi, cheq percaya kat hang. Hang tak kan layan pun. Hang ni kan ka baik orangnya. Hang ni kuat imannya. Kalau hang kena usiq ngan sapa-sapa, cepat-cepat panggil cheq ya.” Aku tak tahu Ghani ni betul-betul maksudkannya atau pun sekadar nak ejek aku. Namun, tidak pula aku tanya pada Ghani. Sebab Ghani nanti ingat aku tak percaya pada dia pula. Dahlah sememangnya Ghani memang sensitif orangnya.

     “Baiklah Ghani. Kau tak yahlah bimbang sangat.”

     “Cheq pi ni tau.”

“Iya. Hang pi ja lah.” Dah geram aku ni. Sampai cakap pun loghat penang. Tersenyum pula budak Ghani ni dengar aku ajuk loghat dia. Akhirnya Ghani meninggalkan aku selepas dia pastikan aku masih waras dan berpijak di bumi nyata. Kan aku ni suka mengigau dan termenung panjang. Takut juga dia… Mungkin takut aku tersalah peluk anak dara orang kot. Aku taklah angau sampai macam tu sekali. Hingga tak sedar diri. Aku still kuat lagi. Takkan peluk sebarangan gadis. Hanya ngan bakal isteriku sahaja. Tu pun lepas dah sah ikatan kami.



Tinggalkan jawapan

dan sebagainya