Aku pasti Pulau Pinang, bandar Metropolitan yang cukup terkenal itu akan dipenuhi dengan manusia-manusia dari pelbagai tempat kerana minggu depan dah nak start Dewali. Semperna perayaan kaum Hindu itu jugalah kami mendapat cuti selama dua minggu. Kalau dulu, maksud aku time form five, pasti kami beramai-ramai mengunjungi rumah Asha. Walaupun dia agak berada orangnya, namun sekali pun tidak pernah dia menunjuk keangkuhannya. May be because of that, she is too special for me. I mean… she is best friend of mine. Huh, how much i missed her… Especially her beautiful pair of eyes and also her dimples. How charming she is. Dah mula aku nak merepek ni.
Aku teringat pula, masa pertama kali menjejakkan kaki ke rumah Asha. Segan tu memanglah ada. Tak payah nak cakap. Tapi disebabkan semua memaksa, aku pun ikut jugalah. Aku dikenalkan kepada mama dan papa Asha. Sporting giler. Banglo mereka juga tak kurang hebatnya. Macam istana Raja-Rajalah pula. Cita rasa yang cukup mempersonakan. Aku kagum. Dalam hati terfikir pula aku; lepas aku berjaya menjadi seorang Doktor nanti, pasti akan aku hadiahkan umi banglo seperti itu. Untuk isteri tercinta juga. Entahlah siapa yang akhirnya akan aku miliki untuk seumur hidupku. Yang pastinya aku akan mengkahwini seseorang yang sesuai bergelar isteriku, ibu yang baik buat anak-anakku nanti dan juga menantu kesayangan umiku. Chewah! Sampai kesitu pula aku. Ini baru lihat satu banglo je. Belum lagi yang berlambak-lambak kat luar sana tu. Angan-angan Mat Jenin.
“Hai cik abang ooi. Mimpi kat puteri mana pula ni? Termenung panjang nampak,” usik mama Asha yang dari tadi memerhatikan aku agaknya.
“Puteri Santubong,” selamba aku menjawab. Menyebabkan semua di situ ketawa besar. Aku pun ikut sama ketawa. Aku lupa yang Asha dan mamanya berasal dari Sarawak. Aku memandang Asha. Dia menggigit bibirnya. Tanda benggang dengan kata-kataku yang secara tidak langsungnya mengenakan dia. Kesilapan aku yang tak disangka-sangkakan.
“Bukan puteri Santubong mak cik, tapi puteri Sue,” sampuk Najib. Terperanjat aku. Ada ke patut Najib gossipkan aku dengan Sue tanpa sedikit pun selindung. Celupar betul mulut budak ni. Tak insuran agaknya. Kalau ya pun nak gurau, janganlah babitkan orang ketiga yang tak ada kat situ pula tu. Bila lihat riak wajahku yang agak serius, tak berani pula mereka nak menyindirku lagi. Bukannya apa…., kalau Sue dapat tahu benda-benda macam ni, mampus aku dek dikerjakan olehnya. Dia tu bukannya akan percaya kalau aku cuba terangkan perkara sebenar. Dahlah sememangnya aku pernah kena marah dengan dia ketika aku cuba meminta maaf diatas sikapku terhadapnya. Bukan tu je, aku sempat menjeling ke arah Azmir. Muka Azmir berubah serta-merta. Emmm… perubahan yang ketara.
Seperti Asha, mamanya juga fasih berbahasa melayu. Menurut cerita Asha, dia tidak pandai sangat bahasa Punjabi mahupun Tamil. Sekadar nyawa-nyawa ikan. Tahu sikit-sikit sahaja. Ini kerana sejak dulu lagi mereka lebih banyak bertutur dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Maklumlah, papanya bergelar Dato’ dan mereka lebih terdedah kepada kehidupan ala-ala melayu kerana jiran mereka kebanyakkannya orang Melayu. Cuma ada dua tiga rumah sahaja kepunyaan jiran Cina dan India. Setelah puas menjamu selera, kami semua masing-masing mengambil haluan sendiri. Rumah kami jauh jaraknya antara satu sama lain. Ada yang ke utara, ada pula yang ke timur dan tak lupa juga ada yang ke barat dan selatan. Aku pula tengah-tengah. Sempat juga aku tersengeh sorang-sorang, terkenangkan gurauan mama Asha.
Aku pasti kat sekolah nanti, teruk aku akan kena dengan Asha sebab aku tak pasal-pasal meyakatnya di depan mamanya. Aku bukannya sengaja. Dah ayat tu nak terkeluar, nak buat macam mana. Bukannya boleh aku tarik balik kata-kataku. Kalau boleh… dah lama aku settle kan masalah aku dengan si Sue tu. Taklah berat sangat kepala otak aku ni. Asyik memikirkan perasaan Sue. Asha pula suka sangat kata, “Sham, i will kill you.” Sanggupkah dia? Beranikah dia? Walau apa pun, tak kuasa aku nak cabar dia. Lagipun, dia tu pantang dicabar. Kang betul-betul dicucuk tembus perut aku dengan pisau tajam. Tak sanggup aku bayangkan. Nanti Umi hilang waris pula. Bukan pun ada spair part, nak ganti-ganti. Kalau dah sekali melayang tu, tak akan kembali lagi. Bukan boleh agak perangai dan emosi budak-budak perempuan ni. Kadang-kadang betul, kadang-kadang macam something wrong somewhere. Hisk tak baik aku fikir yang bukan-bukan. Baik lupakan sahaja. Benda yang tak berlaku jangan diminta pula. Moga-moga pertalian persahabatan aku dengan Asha berkekalan sampai bila-bila pun. Tiada penghujungnya. Moga-moga tiada ketegangan wujud antara kami. Hanya itu sahaja yang aku pinta. Aku percaya, kami berdua akan sedaya-upaya mempertahankan ikatan keakraban ini nanti. Tetapi, sekiranya takdir menetapkan perpisahan buat kami berdua, biarlah perpisahan itu buat sementara waktu sahaja. Tak dapat aku bayangkan… Persahabatan yang aku sayangi itu retak begitu sahaja.
Perut aku dah penuh sangat dengan kuih-miuh Dewali Asha tu. Tak larat rasanya nak duduk. Aku terus rebah diri di sofa sambil menonton filem melayu klasik berjudul tiga Abdul; yang dilakonkan oleh Allayarham Tan Sri P.Ramlee. Best juga duduk tengok cerita lama. Boleh belajar cara nak menyakat orang. Aku terhibur pula dengar lagu bunyi gitar… sama-sama aku mengajuk lagu tersebut.
“Oh bunyi gitar
Irama twist
Tidak sabar
Si gadis manis
Dengar lagu rancak gembira
Hatinya rindu tergoda
Ingin dapat teman
Menari suka ria
Sungguh merdu
Lagu ini
Siapa mahu
Boleh menari
Pilih satu teman sendiri
Ataukah si hitam manis
Kalau sudi mari, kita menari twist
Oh gitar berbunyi
Menawan hati sedang berahi
Oh rancaknya irama
Dapat mikat sukma
Gadis dan teruna
Mari cari teman gembira
Gitar solo
Dan melodi
Ikut tempo
Kalau menari
Sila adik, sila cik abang
Marilah kita berdendang
Irama gembira
Hati jadi riang”








